Sunday, August 8, 2010

Cuma aku tak tahu

Salam.

Aku rasa cukup lama aku tidak kemaskini blog. Bukan rasa lah. Memang cukup lama. Bukan malas ke apa. Cuma aku tiada idea nak tulis apa. Pernah aku tulis dua tiga perenggan kemudian padam dan offline. Agak tertekan jika tiada idea.

Dahulu rajinlah tulis-tulis. Yelah membaca pun banyak. Banyak la idea yang datang. Hendak mengarut pun tidak keterlaluan.

Sekarang ini membaca pun kurang. Setakat mengira petak-petak lantai. Kadang-kadang mengira cicak-cicak di syiling. Biasalah orang yang bekerja macam aku selalunya akan buat kerja-kerja macam tu. Otak ni pun tak berkembang.

Aku selalu terfikir bagaimana cara untuk mengembangkan otak ini. Bila otak berkembang pasti banyak idea-idea yang bernas datang. Aku ada terniat untuk tanya manusia-manusia di luar. Tetapi aku malu. Mungkin cara melontar di alam maya dapat memberikan aku kepastian.

Walaupun aku rasa macam sial juga ayat aku sekarang ini. Aku tidak akan berpatah balik. Tidak mahu aku menggunakan button backspace untuk memadam. Jadi biarlah yang sudi memberi pendapat yang bernas membuat keputusan. Kadang-kala komen seseorang itu boleh menunjukkan tahap kepandaian atau keseriusan seseorang dalam satu perkara.

Sempena hendak dekat puasa ini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua umat islam. Terutama kepada yang berpenyakit gastrik. Bukan apa. Cabaran kita besar. Harap-harap berjayalah semua berpuasa sampai habis. Yang tahun lepas tu tak habis puasa harap tahun ini habislah.

Dan tak lupa kepada yang berniaga. Semoga murah rezeki di bulan penuh berkat ini. Dan dan menguatkan diri dari godaan nafsu. Jangan pergi menyorok belakang stor pula ya. Tahulah line clear dekat situ.

Baiklah, teringin betul aku mengucapkan ini, 'SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL-MUBARAK'.


"pakcik balik yo.."

20 comments:

-yana- said...

hahaha..
bes pe blog awk.. sy suke..
blog sy ntah pape..
byk tol merapu, merepek, kerepek..
ehem.. bes gk mkn kerepek..
tgk.. da mula da..
hmm HEPI FASTING dear.. jgn tgl ey taun ney.. awk baek kan? ehem ehem ehem.. =p

Razman said...

aku pandai. aku serius. ok, nampak tak kepandaian dan keseriusan aku dlm komen ni?

-yana- said...

hahahahhaha. seriusnya. macam hakim mahkamah.. =p

.rafiq. said...

yana: memang lah. awak tak paham-paham lagi awak suka keledek.

razman: aku nampak kau lah pling serius seumur hidup aku baca komen.

yana lagi: pandai awak. dia memang hakim mahkamah syariah.

-yana- said...

hahahhaha. mn awk taw sy TAK suke apam? pandainya awak..
awak ni bomo ke?

oranglidi said...

eleheheheleele.. main saya awak plak kat sini. hahahaa

.rafiq. said...

yana: saya penah cita2 nak jadi bomo. tapi tok guru saya dah besara. dia jual jus tok guru je skrg.

oraglidi: awak jeles ke? hehehe

oranglidi said...

cis...

.rafiq. said...

kek!

Liquid said...

slamat berpose ea jangan ponteng n jangan masuk2 bilik tetengah hari then ade bau nasik goreng menusuk hidung sudah la ehehehehe....

(ini berdasarkan pengalaman) hee

DuniakuAbstrak said...

takde idea cari idea sampai jumpa..=)

.rafiq. said...

liquid: selamat berpose gak.. aik kena batang idung sendiri nampak? hehe

dunia: kalau boleh cari mesti dah ada pasukan pencari idea seluruh dunia.

fiQfrozen said...

rafiq!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


cisssssssssssssssss..
smart gile blog kauuuu...

oi oi

.rafiq. said...

oi oi marah oranglidi, pandai ekau pancing din. ingat din tak kenal ekau..

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

http://owlkieranaa.blogspot.com/

hye...pliz visit yeahh

Eireen Camelia said...

kau jangan balik sangat la.. takpe sempena puasa ni aku bagi kelonggaran. lepas setel puasa ni aku ketatkan balik!

.rafiq. said...

ctiey, yeahhh!

eireen, kau ni pomen mana nak ketat nak longgar ni. puasa2 pun buka bengkel.

nadia said...

tengok tu.
ramai nye peminat ko ye.
mcm ni aku pon nk buat ruangan keluh kesah.
bia ramai yg ngomen.
haha

.rafiq. said...

haha peminat setia tu. terharu aku ada peminat.haha. ko buat lah nanti aku komen kau juta-juta.haha