Friday, July 2, 2010

Mahu jadi jutawan?

Mula-mula rasanya banyak idea hendak tulis. Tapi bila dah mula menaip pagi-pagi ni tiba-tiba rasa idea hilang. Jadi terus off9 dan tidur. Okay pedaah. Aku tulis juga. (aku tidak faham kenapa offline disamakan dengan offnine).

Semakin hari aku rasa hidup semakin sunyi. Rasa sungguh sepi sekali. Mungkin sebab aku tiada isteri. Jadi semalam telah mengajak seseorang berkahwin. Dia tolak. Aku tidak faham mengapa. Orlando Bloom dengan aku bukanlah jauh beza. Cuma dia(Orlando Bloom) berkulit gelap sedikit dari aku.

Sekarang ini aku gigih mencari rezeki untuk masa depan anak-anak. Walaupun aku masih belum mempunyai anak. Malah belum berkahwin juga. Tapi aku telah menyimpan wang sedikit demi memikirkan masa depan. Teringat kata-kata seorang pakcik,

" Awak mesti ada target untuk masa depan. Sekurang-kurangnya setiap pendapatan kita mesti simpan 30peratus. Dalam umur 40tahun sepatutnya simpanan kita sudah ada rm500 ribu. Dan mencecah 50 tahun kita sudah menyimpan sebanyak 1 juta. "

Okay, fine!

Bila buat kira-kira.

Mungkin nuffnang aku boleh capai target ini. Sebulan nuffnang sudah dapat rm0.05. Jadi dalam masa 50tahun lagi nuffnang sudah mencapai rm0.05 x 600bulan = rm30.00.

Okay rm 30.00.

Simpan saja hasrat 50 tahun menjadi jutawan.

Iya-iya baiklah aku faham. Mengumpul duit nuffnang memanglah tidak segigih mana. Hendak diharap dengan blog yang pemalas ini tidak boleh mencapai target.

Jadi sekarang aku sudah menjadi seorang buruh binaan. Tugas aku membuat buruh semasa binaan. Eh tidaklah. (hanya bergurau). Kerja aku membuat papan lantai. Menampal papan lantai. Memasang skirt pada dinding. Dan sebagainya. Dan bermakna bertambah sibuklah aku. (ini serius).

Dan iya, ini juga sebab aku tidak boleh update selalu selepas ini. Baik. Pasti menjadi jutawan pada usia 50.

10 comments:

reen_sofee said...

huhuhu
bagus bagus!
bercita cita tinggi!

.rafiq. said...

hebatlah kau. macamana tahu cita-cita aku tinggi?

Liquid said...

patut la DIA tu xnk kawin ngan ko, sbb die dh kawin ngan aku ngahahahahaa!

Razman said...

kesian kau. tp aku tetap taknak klik nuff kau tanda dengki.

.rafiq. said...

liquid: mak aku cakap tak baik menipu. berdosa.

razman: mak aku kata orang dengki ni hidup tak tenteram. hah takut tak?

I n n z said...

gile sebulan 5 sen .
miskin sgt nuff tu .
hahhaa !

.rafiq. said...

hah ape lagi klik la byk2..

beloglala~ said...

hahahaha:)
5 sen pon dwet jugak:)

.rafiq. said...

memg lah duit. sape cakap makanan?

chokio_nia said...

hahaha..gigih aku kelik link tu..btw da jadi jutawan nati kontek aku..nak tumpang kaye..wahaha