Thursday, July 29, 2010

Cakap sedikit

Hai semua...!

Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang selama ini (perasan). Sebenarnya aku sibuk bekerja untuk mencari duit. Kerja yang aku lakukan adalah seperti mengepam tayar kereta api, mengira bulu biri-biri, dan sebagainya.

Sekarang sudah banyak duit yang aku dapat. Terus terang aku katakan aku bukan tidak mahu belanja kamu. Cuma aku malas sahaja.

Kamu tahu lah puasa sudah hampir. Aku sebenarnya mahu membuka perniagaan di bazar ramadhan. Sungguh malang sekali dahulu impian meniaga apam balik tidak kesampaian atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadi aku harap pasti menjadi impian membuka bazar ramadhan ini.


Jadi bagi yang duduk jauh dari bentong aku mahu menjemputlah membeli kurma, minuman, coklat di gerai aku. Bagi yang duduk dekat pula aku paksa kamu datang gerai aku beli. Siapa tak beli dia tak boleh raya.

9 comments:

mier@merr said...

hoho.... kena g beli neh,..sy nk raya!!

Razman said...

wah..aku kena dtg ni..ada port tersorok x utk beli n tros mkn?

.rafiq. said...

miera: bgus2.. beli byk2..heheh

razman: ada.. datang lah.. tapi aku dengar dalam kubur banyak ular katanya..

-yana- said...

hahahahha. coklat 2 jgn lupe.. pos guna kapal selam tuk sy.. =p

misz benida said...

hoooiii!!!!
(tlong bca dgn nada pling tgi ko ade)

.rafiq. said...

yana: tak boleh. pejabat kapal selam cuti.

benida: aku tahu lah kau minat m daud kilau.

oranglidi said...

hm.. kalu jual biskut raya saya beli.

cik helena said...

janji nak belanja saya ,bila?

.rafiq. said...

oranglidi: nak dekat raya ada jual mesti beli okey..

cikhelena: semalam. boleh?