Saturday, June 12, 2010

Sukma Malaysia ke-13

Semua orang pernah ada rasa rindu. Begitu juga aku. Tapi ini bukan pada bayangan yant tidak pasti. Ini rindu kerana sudah lama tidak update blog. Aku mempunyai niat untuk mengupdate blog setiap hari. Tetapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Niat aku mahu mengupdate blog setiap hari tidak pernah kesampaian.

Setiap hari pasti ada perkara mungkin akan membuatkan seseorang itu berasa sibuk samada secara sengaja atau tidak sengaja. macam aku sekarang ini. Sibuk sahaja akan datang. Fuh kemain lagi aku menerangkan tentang kesibukan aku.

Sebenarnya aku sekarang telah mendapat pekerjaan. HOYEAHHH HOYEAHHH!!
Aku sekarang berada di SUKMA MALAYSIA KE-13 di Melaka. Aku berjaya menjadi sukarelawan. Hari itu aku pernah hampir kecewa kerana penyertaan aku mungkin telah penuh. Tapi tiba-tiba mendapat panggilan lewat pukul 2 pagi dari pejabat katanya ada lagi kekosongan untuk sukarelawan.

Punya semangat aku hendak bekerja. Apam balik ditinggalkan. Pukul 3 pagi bergerak dari bentong ke Melaka berseorang diri. Sampai dah dekat pukul 6.

Esok akan bermula perlawanan-perlawanan dekat stadium hang jebat. Aku pula bekerja dekat stadium ini. Jadi mungkin akan lebih sibuk lagi. Sekarang ini mungkin telah mencuri masa bekerja.hehehe

Malam ini adalah perasmian SUKMA. Jadi mari sama-sama datang ke stadium untuk memeriahkan suasana. Sesiapa tak dapat datang boleh jumpa aku dekat dalam media massa.

9 comments:

yana said...

saya da senaraikan perasa apam xbalik2 2.. hehehehehe~~

.rafiq. said...

wah2 tenkiu.. baiknya awak..

Eireen Camelia said...

gila pig ah kau! cayalah dapat job! eyahoooo nak gaji kau sepauh ya! ingat perjanjian kita!

vidadarisakura said...

elehhhhh

yana said...

nt sy mms k? upahnya apa? lao untung sher dua k? hahahha. =p

.rafiq. said...

eireen: mmg pig gila beb. ya aku ingat janji kita.

vi: ahhhhh

yna: cpt la buat video call. oke untung sher doblas pun bleh.

F A R Y N said...

ada awek2 cun tak?

.rafiq. said...

takde. janda cun ramai..

cik hajar said...

kat tempat saya lah tu upddate blog :P