Saturday, June 26, 2010

Saja nak beritahu

Aku ada sebuah blog. Namanya about aku. Tapi sayang blog itu sudah lama tidak update. Aku sudah berkali-kali menyuruh tuan blog itu mengupdate. Ada saja alasan dia tidak mahu update.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim bola. Ramai orang pergi menonton bola sepak. Okay baiklah. Bukan ini sebenarnya aku mahu beritahu.

Oh terasa kekok sekali mahu menaip. Sudah beribu tahun tidak menaip. Baiklah mari mulakan semula.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim tidur. Ramai orang (aku) asyik tidur sahaja. Baiklah sebenarnya aku sekarang sudah berada di perbandaran bentong. Hampir beberapa hari yang lalu aku sudah berada di sini.

Sukma sudah habis. Bermakna kerjaya sebagai sukarelawan juga sudah tamat. Aku sudah kembali menjadi penganggur. Huray mari bersorak!! (kecewa). Aku tidak mahu menganggur.

Aku masih lagi menunggu lesen perniagaan yang belum diluluskan. Benarlah kata orang tua, penantian satu penyiksaan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Oh tiada idea mahu memberi pepatah, jadi beri sahaja yang terlintas di fikiran.

Baru-baru ini aku telah berpeluang jumpa kawan-kawan lama. Sungguh terharu sekali. Rasa mahu menangis sahaja. Bila fikir sudah besar. Tidak jadi nangis.





Oleh kerana aku sangat rajin. Jadi letak dua keping gambar sahaja. Reunion sekolah rendah. Masa kecil aku tengok mereka ini semuanya ada hingus. Sekarang sudah tukar jadi tahi hidung. Oh maaf kerana berterus terang.

Sangat gembira kerana dapat jumpa mereka semua. Terharunya. Oh gembiranya. Rasa mahu jumpa lagi jika ada peluang. Oh sungguh berbunga sekali ayat ini. Tolong tampar penulis jika boleh.

Cukuplah sampai disini sahaja. Bimbang juga penulis bertambah mengada.

14 comments:

hannamaruku said...

HAHAHA bagos rafiq merapu dah kembali.

.rafiq. said...

tak baiklah kau ni. aku sentiasa bersikap jujur tak merapu.

reen_sofee said...

hahaha
selamat kembali!
tak mau mengganggur?
sile tlg buat esaiment aku
hahaha
ko nak niaga ape weh??

Anonymous said...

o0h0..rupenye ko suda lame x wat citer baru ye..
n ak pn suda lame x mnyemak kt cni..o0h0ooiii
-hana harajuku-

~nEeYsA~ said...

wahhh
welcme back!
hehehehe
sonok bile jmpe kwn2 lme kn..suke2..

.rafiq. said...

reen: ish kau ni tak habis2 asaimen. suruh la lecturer kau yg buat. haha
aku nak meniaga apam balik lah!

kona: oi aku bukan wat cite la. aku cakap yg benar je.hehehe. kau pun dah lame tak buat blog. bile nak buat?

neeysa: yeah betol2! :D

olidi said...

apa la gmbar kemain senget,

.rafiq. said...

bkn gamba senget.. ko la senget...haha

Liquid said...

aku pon rindu taim2 camni..!! tapi dengan kawan2 aku lah bukan dgn kawan2 penulis ehehehe

.rafiq. said...

ah sibuk lah kau nak rindu2 jugak.. haha

chokio_nia said...

hahaha..aku bace blog ko emsti gelak..cepat nanges skang...kalo ko nanges lagi aku gelak byk..haha

DuniakuAbstrak said...

kenapa tak ajak aku skali pegi reunion tu? dskriminasi betul..haha

.rafiq. said...

chokio: kau gelak byk2 nanti boleh masuk raja gelak..

duniaku: sekejap aku nak ingat kau darjah enam kelas apa ya..

Eireen Camelia said...

apa ni gambo panjang-panjang! aku payah sikit laa tricky picture macam ni..