Friday, June 4, 2010

Mak saya

Sekarang ini zaman sudah berubah. Dunia sudah maju. Lihat sajalah sekejap sahaja boleh cari kawan yang sudah beribu tahun tidak jumpa. Buka sahaja facebook dan taip nama sekolah atau nama kawan kita sudah boleh jumpa mereka sekelip mata. Lebih canggih lagi boleh letak gambar masa sekolah dulu-dulu sampai kita sendiri lupa rupa sendiri.

Atas dasar kemajuan ini nampaknya mak aku sendiri telah membuka facebook beliau. Oh nampaknya selepas ini tak boleh mengorat anak dara lagi. Karang tak pasal-pasal kena maki dengan emak melalui komen facebook. Tambah-tambah lagi emak terus mahu add anak dara tersebut. Matilah aku kalau begini.

Jadi aku rasa perlu bagi aku untuk mengubah sikap aku. Mungkin selepas ini tidak mengorat anak dara lagi. Janda tidak mengapa. Nampaknya kepada anak-anak dara silalah kecewa. Seorang jejaka comel telah menarik diri dari kegiatan yang sangat berbahaya ini.

Seharusnya aku menjadi insan yang lebih baik. Jadi jemputlah kenduri doa selamat ke rumah aku. Tempatnya di bentong. Cuma waktunya tidak pasti lagi.

Oh ya, mahu beritahu. Aku akan membuka sebuah gerai apam balik. Sesiapa ada cadangan mahu memberi nama yang baik untuk gerai aku. Sila beri cadangan di komen. Jika ada apa-apa soalan, sila tanya di formspring.

15 comments:

I n n z said...

ouhh.
perkara menakutkan bile mak ade fb
seb bek mak aku baru berangan just tak dilaksanakan lagi.
tapi awal2 aku dah ckp jgn add aku.
hOhO xD

behave la ko pasni ;)

chokio_nia said...

OMG!!!!!ape da jadi same blog ko ne..aku ingat terbukak blog pompan len..erk??

btw hai makcik..sye nak dtg bentong bole???haha..psssstt..aku ngorat mak ko ne okayh..LOLOL

Aqilah Nur said...

ahhaha.
mak aku pun dok ada jgk muka buku.
dia dok komen aku, ;gua pandang lu, kecik besar, kecik besar.'
kalo ko jd aku,
ko nak rply ape kt mak ko?
mak aku tu kpla otak masuk air sket.
haha

.rafiq. said...

innz: ala takde hal lah. bagi aku perkara yang lebih menakutkan jika mak mahu add kekasih aku.

chokio: nmpk sgt ko dh lame tk tgkkan blog aku. sebab tu die jd mcm ni. tiada penjagaan.

aqilah: aku rasa mak ko bkn masuk air siket. tapi byk kau tahu. kau reply lah, lu bikin gua pnas. tengok mak kau buat apa kat kau.

reen_sofee said...

tuhlaa weh!
mak aku pon nak wat benda alah tuh!
alamak!
melepas laa aku cam neh!

helena's said...

kelaka komen aqilah.ahahha sempoi mak dia..


mum cikhel dok suruh buat fb..tp cikhel wat tatau jak..haha

nadia :) said...

nak jugak aku add mak ko
aha

Aidy said...

gile aku bole mimpi ngeri klo mak aku ade fb
xnk..xnk..
bg nme apam rafiq
mmg cun
;p

fatini said...
This comment has been removed by the author.
fatini said...
This comment has been removed by the author.
fatini said...
This comment has been removed by the author.
fatini said...
This comment has been removed by the author.
fatini said...
This comment has been removed by the author.
.rafiq. said...

reen: padan muka kau..haha

helena: ho yeahh.. degil la nanti kena sumpah dengan mak..haha

nadia: add lah kalau berani..hehe

aidy: apam rafiq macam comel sangat.. tapi unsur bahaya.. :p

.rafiq. said...

apesal banyak sangat komen delete ni..