Tuesday, June 1, 2010

Impian tinggal impian

Semakin hari semakin rajin. Binatang apa bapa rajinnya update blog. Tidak pernah serajin begini. Mahu sahaja aku berterus terang duduk di rumah memang bosan jika tidak bekerja.

Niat mahu bekerja memang ada. Aku sudah bergerak ke Melaka pagi tadi mahu menjadi sukarelawan sukma. Segunung tinggi harapan aku bawa ke stadium hang jebat. Sampai di sana hancur berkecai musnah jua akhirnya apabila impian tidak tercapai. Sukarelawan sudah penuh. Hanya mampu menulis borang dan menunggu nasib jika ada kekosongan.

Aku tidak berputus asa. Lalu pergi ke bandar hilir meminum cendol. Apakah motifnya? Bukan mahu bekerja di gerai cendol. Tetapi sekadar mengeringkan tekak yang kehausan.

Sejurus itu melangkah ke a famosa. Menghabiskan masa di atas sana. Terpancar bangunan yang diperbuat dari batu-batu yang pastinya keras. Jika tidak percaya boleh cuba hentak kepala di batu itu. Lihat sendiri keras atau tidak.

Lalu pulang dengan seribu bayangan. Terbayang-bayang modal mahu bekerja sudah habis. Jadi terpaksa cari kerja lain. Aku mahu tawar dekat kamu. Siapa yang boleh beri aku kerja, aku beri dia upah sehari rm10k. Siapa sudi?

7 comments:

hannamaruku said...

setakat kau nak melepaskan dahaga minum cendol je, ade hati eh nak bg 10k? nak mati?

reen_sofee said...

mak aik!
haha
ko jgn!
aku kasik ko keje ganti aku g kelas.
mau???

.rafiq. said...

hana: okay lagi dpd mkn angin. nanti senak perut. cepat la ade keje takde?

reen: ape barang kelas2 time cuti ni. kelas? tak cuti ke? :))

vidadarisakura said...

sot.

.rafiq. said...

pndai...

Linglung said...

gua boleh beri lu senyum saja..tp kalau lu nak kerja, lu nak kerja mcmana? mana tau gua blh tolong ke..

.rafiq. said...

gua nak kerja korek biji mate lu. bole tak?