Friday, May 14, 2010

Thomas vs Exam




Pelik benar jika aku beri resepi pada entri lepas. Macam makcik-makcik pula. Tetapi apa mahu buat. Niat murni mahu berkongsi sedikit ilmu datang dalam diri. Apa salahnya dicurahkan sedikit ilmu itu.

Sebagai seorang pelajar cemerlang aku tidak cukup suka keadaan ini berlaku. Bayangkan musim peperiksaan kali ini bertindihan dengan perlawanan piala thomas. Sudah pasti aku tidak banyak mengulangaji pelajaran, sebaliknya banyak mengulangkaji permainan badminton.

Demi menjaga hati negara Malaysia. Aku terpaksa untuk memberi diriku masa. Aku tidak menghampakan Malaysia dengan tidak menonton setiap perlawanan badminton. Bermakna setiap peluang yang ada akan digunakan untuk menonton sambil bersorak di hadapan televisyen.

Habis menonton badminton teruskan lagi dengan menonton cerita-cerita p.ramlee. Sudah tonton mahu tonton lagi. Itulah filem p.ramlee. Seperti meminum tongkat ali, "cuba sekali, pasti nak lagi".

Sudah puas menonton, melepak pula bersama kawan-kawan di kedai kopi, teh, dan pelbagai lagi air lain.

Bila sudah melepak dengan budak-budak jahat. Hensem pun sudah boleh dibahagi. Pertama, hensem yang sebenar-benar hensem. Kedua, hensem pada harta. Ketiga, hensem tetapi miskin. Dan keempat hensem pada kata-kata.

Selalunya hensem yang sebenar hensem adalah selalu menjadi tarikan para gadis. Hensem pada harta pula akan tertarik oleh gadis cukur. Hensem tidak harta adalah bernasib malang kerana hensem tidak cukup untuk membawa gadis keluar. Sebaliknya bagi hensem pada kata-kata dapat sahaja membawa keluar gadis oleh kerana ayat yang manis. Rupa paras tidak penting ketika ini.

Terlalu banyak cerita kedai kopi. Pukul 5 pagi baru pulang ke rumah. Niat murni mahu mengulangkaji pelajaran terbatas. Selepas ini Malaysia bertemu China pula. Terpaksa berkorban untuk Malaysia lagi. Harapkan Malaysia melepasi peringkat akhir.

Oh sebelum terlupa. Doakan kecemerlangan aku untuk peperiksaan kali ini. Hari selasa sudah mula peperiksaan. Doa-doa juga. Studi jangan lupa. Pesan aku kepada rafiq.

8 comments:

reen_sofee said...

selamat berperiksa!
aku dah nak stat sem balik.
ko hensem kategori mane??

Razman said...

kau hodoh kategori miskin kan? aku bersimpati.

Eireen Camelia said...

razman atas ni lawak kasar tapi aku suka.. macamana tu?

.rafiq. said...

reen: tenkiu,, aku tak hensem tapi comel..

razman: jangan cuba pujuk aku untuk kategori kau tu..

eireen: dia mahu kena terajang daripada kau sebenarnya..

chokio_nia said...

pegi stadilah weh..btw ko ensem yg mane ye??aku nak letak tp tak jumpe kategori yg ko calonkan cm lam entri..ahahaha

.rafiq. said...

aku unik.. kategori comel dan bergaya.. dato k pun kecewa kalau siti kenal aku dulu..

F A R Y N said...

study sambil mkn gegula kapas mmg best...hahahaa

.rafiq. said...

peh syahdu.. jgn bangkit soal ini..