Thursday, May 27, 2010

Niat tidak kesampaian




oh yeahh ♫♫

Aku hanya ada masa beberapa minit. Terasa sungguh penat kerana sudah berniat mahu menaip panjang. Tetapi masa tidak mengizinkan. Aku sekarang berada di kedai makan tetapi bukan untuk makan. Paham tidak?

Badan masih tidak cukup rehat. Semalam 5jam atas motor sudah cukup membuktikan buntutku bukan sebuah besi. Masih terasa kesakitan seperti menikam dada. Belum sempat rehat lima minit dekat rumah, rakan yang gila sudah panggil. Mengajak aku ber camping.

Aku menggunakan prinsip ikut sahaja apabila rakan sudah mengajak begitu. Jika diikut kata hati, hendak sahaja dicarutkan. Tetapi mulutku memberi amaran janganlah suka mencarut. Nanti mesti suka mencarut. Padan muka tidak faham.

Semalam niat berkobar-kobar mahu update blog. Mahu beritahu aku sudah sampai bentong desa tercinta. OH YEAHHH ♫♫!! Sudah habis diploma!! Mari berjimba-jimba!! Mari berfoya-foya~~ Mari berkeluarga....

Oh tetapi apakan daya. Belum sempat kerusi di rumah panas akibat dihempap, aku sudah bersiap-siap memergikan diri ke camping. Puas tidak puas. Pasti puas hati. Bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh puas hati.

Perjalanan ke camping semalam ambil masa 30minit menaiki kereta. Dan 45 minit berjalan kaki. Nampak tidak puas hati itu. Tempat memang cantik. Sungguh hutan. Sunggu airterjun. Lata Hammer nama diberi. Sungguh indah bak bulan dipagar bintang. Suasana yang oh cantik. Tetapi malang seribu kali oh malang. Tiada gambar kerana handset kehabisan bateri. Manakala karen juga tiada untuk mengecas bateri. Oh tidak lupa. Charger juga tidak dibawa.

Oh sangat penat hari ini. Badan sudah terasa bengkang-bengkok. Walaupun nampak tipu, tetapi itu adalah kesan daripada penat. Aku bersyukur kerana dapat update blog lagi. Penat itu hanyalah sementara. Jangan biarkan penat itu menghantui diri. Boboi~

6 comments:

Aqilah Nur said...

gahaha.lama aku tak dtg menyerang blog ko ni. bersiap sedia lah ko wahai rafiq. haha

.rafiq. said...

ceh tak heran. tak takut la.

vidadarisakura said...

laaa baru abis diploma. aku ingat ko lagi tua dari aku. rupanya. cis.

.rafiq. said...

ya. aku memang tua dari kau dari segi pemikiran.

Razman said...

weyh, katne tmpt tu? nak g..aku bsan gle dh kat raub ni..

.rafiq. said...

kau yakin atau serius? tempat dia atas lagi dpd batu 7..