Monday, May 31, 2010

Motif tidak diperlukan

Pernah tidak semasa kamu semua mahu memulakan penulisan kamu jadi begini. Kamu menulis dan memadam berulang kali. Inilah yang terjadi dekat aku sekarang.

Tadi bukan main macam-macam dalam kepala mahu cerita. Apabila mahu menulis tiba-tiba rasa tak tahu mula cerita bagaimana. Jadi memulakan cerita dengan perkara yang tidak berkaitan. Dan bakal berakhir dengan cerita yang menyimpang.

Sebenarnya aku sekarang tidak boleh tidur. Tadi semasa tidur aku telah diserang dengan raksasa berwarna biru. Rupanya sangat menakutkan. Bertubuh sasa. Bilangan yang banyak. Dan menyerbu rumah sewaku.

Seingat aku, aku bersama-sama kawanku sedang sibuk berhibur di dalam rumah. Ada yang menari-nari. Ada yang bergurau-senda. Ada yang bercerita pelik. Tiba-tiba datang raksasa itu dengan mengejut.

Kawan-kawanku bertempiaran lari. Dengan tidak berbaju dan berseluar tetapi hanya berboxer lari masuk ke rumah jiran. Ada yang bersembunyi di dalam almari. Rupanya di dalam almari ada terowong rahsia ke bilik kecik. Pasti raksasa tidak boleh menjumpai jika menyorok di dalam nya.

Akhirnya setelah sekian lama menyorok. Aku berasa sudah selamat. Lalu terjaga dari tidur. Sedar-sedar badan sudah berpeluh-peluh. Memang seperti kejadian sebenar. Sangat menakutkan.

Jadi apa motif aku cerita ini semua. Sengaja mahu menghabiskan masa kalian. Jadi sesiapa yang terasa masa sudah dihabiskan dengan sia-sia, aku mengucapkan padan muka. Jasamu dikenang.

10 comments:

Aqilah Nur said...

haihhh..
membazir je tenaga urat2 mata aku baca entri hang yg ni.

Aqilah Nur said...

smpai hati ko tak letak link aku kat blog ko kan? sobsob. hahaha

Razman said...

kau dah lama tak kena picit testis ye?

helena's said...

ta buleh belah ko nih!~haahaha tp aku rasa paham perasaan takut tuh!hakk

hannamaruku said...

BERKAHIR YE

vidadarisakura said...

elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

.rafiq. said...

aqilah: padan muka. eh dah letak. sori terlupa nak letak budak gedik ni. haha

razman: testis tu ape. aku suci.

helena: ihik3 kau memahami. aku suka.

hanna: kau nak bekahak ke ape.

vida: lalalalala

.rafiq. said...

hana: cis teperasan pulak kau ye. nasib dh tukar. harap tiada yg tahu.

Aqilah Nur said...

hahah.gedik for life lah rafiq! ;P
btw, thx. :)

.rafiq. said...

yeah.. gedik2 always,, orait no hal lah..