Saturday, May 1, 2010

Entri jiwang bentong


Tangan terketar-ketar kali ini apabila mahu menulis. Maklumlah sudah lama tidak menulis di rumah sendiri.

Alamak sudah terkantoi disitu aku berada di rumah. Buat pengetahuan semua aku sekarang berada di bentong desa tercinta. Tidak lah asyik terperap sahaja di dungun desa terseksa.

Sudah lama tidak mendengar kejutan pagi. Biasanya duduk di rumah sewa tidak ada kejutan pagi. Maksud kejutan pagi disini ialah ketika aku sedang nyenyak tidur pasti ibubapa mengejutku untuk bangun subuh. Masa inilah biasanya akan terkejut dan terus bangun kerana trauma dengan peristiwa mengibas sejadah di muka.

Bentong masih tidak berubah. Air sungai tenang mengalir di halaman tamanku. Kanak-kanak leka bermain di tengah panas sambil meminum air 5 posen. Budak cina itu masih mengayuh basikal seorang diri di sekitar sungai marong.

Cuma perubahan yang ketara aku lihat ialah anak muda yang berselerakan di pasaraya VM itu. Masih muda remaja tetapi sudah pandai bergaya. Ada yang bawa makwe lagi. Semuanya kecil-kecil cili padi. Kalau digigit pasti berapi.

Walau apa pun terjadi di bentong. Aku tetap cintakan bentong. Tanah tumpah darahku. Takkan hilang bentong di dunia. Jika hilang pasti mustahil. Okay dah mengarut.

Kepulangan kali ini pasti digunakan sebaiknya untuk berehat. Terutama yang sedang mengambil peperiksaan. Selamat berehat semua.

6 comments:

Razman said...

demm. aku tak habis exam lagi. tunggu aku pulang ke raub. nanti kita lepak.

.rafiq. said...

aku dh agk kau yg tk tido mlm. studi ke bang? haha

reen_sofee said...

bentong pahang kan?
kat ipoh ade buntong.
huhuhu

.rafiq. said...

ikan dugong ade tk kat ipoh?

Frodo Baggins said...

ikan dugong ada kat rumah razman tgh jemur kain buruk. woohaaa. dak2 kicit skang advance .. cisss. hahaha


((tetiba rasa tua, cilakak))

.rafiq. said...

kau nak cuba pengalaman muda boleh makan cili padi.. pasti terasa muda..