Tuesday, May 25, 2010

Bukan kalis rindu




Tiba-tiba terajin pula untuk update blog. Perasaan ini sangat bertuah kerana bukan senang untuk berperasaan seperti ini.

Aku rasa mahu membebel hari ini. Peduli hapa siapa mahu kisah. Sebelum itu aku mahu mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua budak poli yang baru habis peperiksaan akhir termasuklah diri aku sendiri. Kita merasa sangat bertuah kerana berjaya mengecapi kemerdekaan.

Sudah terang lagikan bersuluh, aku sekarang ini bakal menjadi pengganggur jika tidak mencari pekerjaan. Demi tidak menjadikannya kenyataan, aku akan mencari pekerjaan sendiri. Hendak diharap cadangan dari entri lepas memang tidak boleh diharap.

Nampaknya begitu ramai yang mencari peluang pekerjaaan sekarang ini. Hendak diikut hati, pasti mati. Hendak diikut kata, pasti binasa. Aku pun tidak pasti apakah kaitan peribahasa ini dengan topik sekarang.

Apa yang penting ialah kerjasama. Jadi mungkin aku patut cuba mengambil masa beberapa hari untuk berfikir apakah pekerjaan yang mahu dimohon. Terasa sudah sangat lama belajar hidup susah di poli. Ini benar, hidup sebagai pelajar umpama nyawa di ujung tanduk. Sangat susah dah mencabar.

Kadang-kadang dalam sehari hanya makan sekali. Sangat bahaya. Nyawa sudah seperti ikan. Nasib baik sempat, kalau lebih lama pasti sudah mati kebuluran. Lebih membahayakan lagi nyawa ialah ketika meniru dalam peperiksaan. Nyawa juga hampir-hampir menemui ajal.

Selama tiga tahun aku menghabiskan masa di dungun. Keadaan yang tidak sedar. Seperti baru sahaja lepas mendaftar poli semalam. Muka bersih, suci, murni pergi mendaftar dekat dewan. Tapi sekarang jadi tidak bersih, tidak murni, dan tidak suci. Sungguh bercanggah sekali.

Itu tidak mengapa. Mungkin adalah perubahan dari persekitaran yang membuatkan kita lebih matang bagi melalui liku-liku hidup. Diharap kenyataan ini tidak lari dari topik sebenar.

Sebenarnya berasa agak sedih juga mahu meninggalkan kawan-kawan. Pasti perasaan rindu akan datang. Apa boleh buat, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Jika ada masa pasti dapat berjumpa kembali.

Jadi mahu mengambil peluang disini mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua manusia dalam bidang masing-masing. Jangan fikir bukan-bukan. Ini adalah serius.

10 comments:

Frodo Baggins said...

hahahhahahha
sejibik cam bagi wasiat bro.
keh3x ... alam kolej bbeza dr dunia luar ... fight! :)


>>__<<

Frodo Baggins said...
This comment has been removed by the author.
Razman said...

alang2 dh nyawa2 ikan, boleh jadi anak ikan sepenuh masa. sila reg dengan frodo.

reen_sofee said...

sedey lak aku bace post ko tang bawah tuh!
huhuhuh
weh neh jek ko bebel?
ingat nak wat karangan 10000 perkataan tadi.
heheheh
tak leh challenge aku lagik laa cam tuh!
hehehe

Frodo Baggins said...

yer ~ salesman tuk temankan rajenah jual ky jelly diperlukan skrg. sila2 reg .


>>___<<

F A R Y N said...

ko keje je jadi maid sesape..amacam>?
maid lelaki..haahaha

yoro okino said...

sma ler..dlu aku baik jer.
skunk dah kurung skit...huhuh

.rafiq. said...

frodo: time kasih orang tua atas nasihat tu.

razman: kau bile nk naik pngkat jd bpk ikn? asik ank ikan je.

reen: kau memang makcik2 bebel smpai besok pun tk habis. haha

frodo lg: kena marah dengan suami rajenah tak.

faryn: ko jadi datin. aku leh jadi maid. haha

yoro: memang ko kurung. kurung kasih sayang.

Aqilah Nur said...

ahaha.aku dtg lg. adakah ko masih igt aku lg?

.rafiq. said...

ceh tipulah. mana boleh tak ingat. budak gedik ni. haha