Wednesday, April 21, 2010

Sekadar luahan


Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau sesukar mana perjalanannya, walau sesukar mana liku-liku. Hidup ini mesti diteruskan. Biarkan yang berlaku terus berlalu. Biarkan yang terjadi tidak berulang lagi.

Aku cuba bangkit dari mimpi yang panjang. Mengejar kembali yang sudah kulewati. Bukan mengangkat kata, 'oh biarlah perkara sudah berlaku', tetapi berpegang pada, 'gagal sekali bukan bererti gagal selamanya'.

Teringat kata-kata sang pujangga, semalam dijadikan pengalaman, hari ini merupakan perancangan, dan esok menantikan jawapan. Bukan kerana hari ini engkau kecundang, esok tiada lagi peluang buat kau.

Aku cuba memahami diri. Aku cuba memahami situasi. Supaya aku dapat mengawal diri. Dari perkara menyakiti tubuh ini. 'Sabarlah, ambil masa untuk bertenang'. Aku percaya pada diri. Supaya dapat perbaiki lebih baik lagi.

Oh sekadar kata-kata penenang hati. Dari sang penulis yang hilang keyakinan. Tidak mahu terus terbeban. Kujadikan ia satu luahan. Di dalam satu landasan. Yang dicipta tanpa tujuan.

4 comments:

chokio_nia said...

eh??tak guna lu gua dah??lame btol aku tak singgah cni..

ko apsal ekceli??papepon, sabar je weh..idup mang byk dugaan pon..kalo rase tak malu, meh kongsi ngan aku meh..haha

hanilopiplopz said...

skarang baru aku sedar kau manusia normal... hahaha

sabar bai!

Razman said...

member aku dulu, macam ko ni la...tak sampai 3 kali jumaat, haishhh..tak sampai hati la nak cakap..

.rafiq. said...

chokio: kau smbong dh dgn aku.. aku tkde pape. saje buat mengade. haha

hani: haha bai!

tazman: almk tersilap tulis name kau. tk sampai hati nk pdm blik.