Saturday, April 24, 2010

Aku rasa nak update


Aku baru balik dari ambil periksa muet. Apa itu muet. Muet ialah Malaysian University English Test. Tahu, tahu aku lambat sedikit. Tidak mengapalah lambat sedikit pun. Orang tua cakap biar lambat asalkan tidak laju.

Periksa tadi senang saja. Cuma setengah kertas soalan saja tak boleh jawab. Sebab nya ialah senang sangat sampai tak boleh jawab.

Ujian pendengaran juga mudah saja. Percakapan dapat dengar dengan jelas. Dan aku berjaya. Ya, berjaya mendengar. Tapi suatu habuk pun tidak faham. Jadi aku terus berniat, 'sahaja aku tembak kerana tak tahu jawab'.

Oh aku harap semuanya berjalan lancar. Lepas ini ujian bercakap pula. Harap-harap suara ada masa bercakap nanti.

Dah siap update..!

8 comments:

dayangredzuan said...

MUET...
terfikir bile la nk amik muet..
owh semoga mendapat band yang diharapkan..

.rafiq. said...

oh tenkiu dayang. hehe

Razman said...

klu xleh cakap nti, ko ckp kat org tu, nti sy update kat blog pe sy nk ckp ek..

vidadarisakura said...

aku rasa mau komen.

.rafiq. said...

razman: kenape ayt ko bgitu mulia hari ni? haha

vi: ah ko tk pyh ckp aku dh tau ko mls. haha

DyanaYunus said...

kau amek muet kat mana?
siot ngantuk gila jawab reading wehh, takleh banyak lagi soalan dia
ada pakcik 2 amek muet dgn aku, siap tiru membe dia sblh lg listening

helena's said...

alah org kata niat tu penting so ko dah ada niat tu okay lah..hahahahaa

muet aku band 3 je tau.ko potong lah kalo bran.hahahaa

.rafiq. said...

dyana: amek kat dungun.. ko sedap ah sblh pakcik2.. aku nk tiru membe pun tk bape nk yakin. haha

helena: ala stakat band 3. aku bg band 13 nanti. ahaha