Thursday, February 11, 2010

Rindu menjadi kecil

Kadang-kala bila kita menceritakan tentang zaman kecil-kecil dahulu kita akan terhibur. Tidak kira cerita itu sedih atau gembira. Pasti kita akan merasa mahu kembali ke alam itu. Menjadi budak nakal. Mari berkongsi cerita kanak-kanak.

Masa kecil dahulu aku sangat comel. Tapi sekarang aku bertambah comel lagi. Jangan nafikan. Pernah suatu ketika aku berjalan ke hutan yang berbukit mencari batu kapur. Kamu tahu apa itu batu kapur. Ia adalah sejenis batu seperti kapur. Tetapi ia adalah batu. Jika tidak faham, hentakkan kepala kamu kepada batu.

Tujuan aku mencari batu kapur adalah untuk bermain lompat-lompat. Lukiskan sahaja petak-petak menggunakan batu kapur di atas jalan. Teng-teng rasanya nama permainan itu. Kemudian baling batu mengikut turutan petak dan lompat sebelah kaki sahaja. Aku amat suka bermain teng-teng kerana aku merasakan itulah permainan paling cool pada masa itu.

Sehingga sekarang aku rasa itulah permainan paling cool. Sebab utama ialah semasa aku keluar bertemu adikku yang berumur 20 tahun di teluk cempedak, dia sedang leka bermain teng-teng di pantai. Tetapi perbezaannya ialah dia menggunakan garisan pasir untuk membuat petak. Tidak menggunakan batu kapur. Dia sangat leka bermain sampai aku sudah jadi seperti tiang lampu. Sangat leka.




p/s: bosan juga hidup seorang diri?

11 comments:

mira ellyna said...

wah.. adekmu itu cool meyh..
tp men galah panjang g besh hehe..

mira ellyna said...

uit 1st tu.. hehe xD

.rafiq. said...

mira: ko tau jgk pmainan trdisional? cantekk.

oranglidi said...

wa dulu penah bercita2 nak buat blog daripada papan hitam dan guna kapur sebagai pena.. inovatif dak?

.rafiq. said...

sangat inovatif. lu boleh jadi cikgu sekolah. ajar anak murid lu tulis blog.

Pekerja Kontrak said...

haah kan... main tengteng...

oranglidi said...

ok

helena's said...

aku juga comel.dan kamu tidak boleh nafikan itu..hehe

lea said...

ko pun mane teng teng??

hehe

besenya budak pompuan jer yg maen..

vidadarisakura said...

eleh...kami main pakai kapur-tulis-papan-hitam-padahal-hijau... ndapayah masuk hutan bagai.

.rafiq. said...

pekerja kontrak tulis blog? : ye teng-teng.

OL: kenapa mesti tak ok?

helena: ok jangan perasan. haha

lea: dulu aku pempuan. skg dah lelaki.

vida: mase kecil aku dah kenal papan hitam. tak macam kau.