Saturday, February 13, 2010

Kita satu Malaysia

Baru berhajat nak berlagak dengan kawan-kawan semua aku bercuti selama empat hari. Tapi tak dapat. Tak sangka pula ramai juga yang cuti. Hendak sambut raya cina. Kata satu Malaysia mesti mahu sambut raya cina juga.

Hendak berlagak satu Malaysia dengan pensyarah pun tak boleh. Baru sorang budak cakap kami semua balik bercuti raya cina, pensyarah dah potong,

" KAU JANGAN CAKAP SATU MALAYSIA LAH DENGAN AKU, HARI TU THAIPUSAM KORANG TAK PERGI BATU CAVES PULA SAMBUT SEKALI. ADA CUTI BARU NAK MENGAKU SATU MALAYSIA NAK SAMBUT RAYA CINA JUGA"

Terus tergelak budak-budak.

Tapi penting juga satu Malaysia ini. Satu hari aku pernah kena tahan dengan polis masa sekatan jalan raya. Minta lesen macam nak cari gaduh. Tak satu Malaysia lagi. Tapi ada satu hari lagi bila ada pasangan lelaki perempuan kena tahan. Cantik je bahasa,

" SELAMAT MALAM, BOLEH MINTA KELUARKAN LESEN MEMANDU DAN ROAD TAX"

Terharu ketika mendengarnya. Barulah satu Malaysia kan?

4 comments:

reen_sofee said...

happy hols..

~ReMy~ said...

hari hol? negeri pahang kan?

vidadarisakura said...

mungkin dia ingat ko bangla.

.rafiq. said...

reen: happyyyy

remy: ya anak pahang

vida: bangla yang hensem kan?