Monday, February 1, 2010

Khas tetiba terajin

Tiba-tiba terajin pula nak upload gambar. Dah lama tak buat filem panas. Mari kita terjah. Bassss.


Filem ini dilakonkan di Kuantan, Pahang. Memperkenalkan pelakon-pelakon yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

Dari kiri A, B, C, D.



Sesi penggambaran bermula. Pelakon D melakonkan watak stephen chow membaling bola boling. Nampaknya pelakon D ternyata lebih handal dari stephen chow kerana membaling pada lorong berwarna hitam dan berlekuk sedikit.


Babak pergelutan. Pelakon A dikelilingi oleh jejaka-jejaka hot. Jejaka hot berebut untuk mendapatkan pelakon A. Tetapi hanya seorang sahaja yang dapat iaitu jejaka paling hot. Jejaka yang paling hot ialah di sebelah kiri sekali kerana tugasnya ialah menyapu pasir di bawah matahari yang hot.



Babak sedih. Babak ini dibikin mengikut sejarah buku ujang dalam dialognya, "Mat, kita nak buat apa petang ni?" kata dol kepada samat. "Entahlah, jual bunga nak?" samat menjawab.



Dan akhirnya barisan-barisan pelakon serta krew penggambaran membuat hurey setelah tamat penggambaran. Seorang krew membuat gaya "for youu" menggunakan sebelah tangan sahaja. Tidak menjadi okay.



Dan ini adalah termasuk pelakon tambahan yang dijumpai berkeliaran di sekitar pantai teluk cempedak. Bolos sahaja dinding itu. Okay tiada kaitan.


Dan akhirnya bos filem membelanja shisha tanda sudah penat melakon. Bukan melakon tapi berlakon sebenarnya. Melakon pun okay apa comel sahaja bunyinya.



Dan terakhir. Khas gambar adik-beradik. Comel tak mereka?

12 comments:

oranglidi said...

awek.

awek. dan awek.

.rafiq. said...

marah nmpk?

oranglidi said...

tu ayat menikmati awek la. bkn nye marah.

.rafiq. said...

la yeke. mari nikmati semula. awek. awek. dan awek.

oranglidi said...

kalau mengantuk, tgk gmba first tu.

[kalu dpt dosa, lu share gak saham , keh3!!]

nadia :) said...

gamba last.
wa mcam kenal la de

Razman said...

gamba last tu. patutnya lelaki itu adalah aku...

.rafiq. said...

oranglidi: lu nk tgk ramai2 takpe. jangan tgk sorg2 bahaya.

dd: wa pun macam knal de. comel kan mereka?

razman: betul jugak. dan perempuannya ialah azza.

vidadarisakura said...

kalah pilem rajak moheden macamni.

chokio_nia said...

perrggghhh..shisha tu..eceh..ckp mcm aku isap..aku ske bau die je..hoho

.rafiq. said...

vivi: bese lah. malas nak belagak.

chokio: suka bau tak elok. baik isap. haha

Eireen Camelia said...

eh apesal kau nampak macam tanned ni? macam bronze dah. mak aii ayat aku gila Hollywood..