Tuesday, February 9, 2010

Keyakinan suatu keunggulan

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni. Aku selalu saja serius. Bukan senang aku mahu bertindak serius ni tahu. Macam satu pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Aku dah rasa betul-betul tak pandai berpantun. Sekurang-kurangnya aku mencuba ya oranglidi. Teringat kata-kata pensyarah bahasa inggeris aku berbunyi,

if u try to make it, u never make it.

Jika kamu cuba untuk lakukannya, kamu tak pernah lakukannya. (aku rasa macam ni maksud dia, aku bukan pandai sangat omputih ni). Maksudnya jika aku cuba berpantun, aku tak pernah berpantun? So aku rasa aku takkan boleh berpantun. Kecewa.

Okay mari sambung cerita mengenai aku serius. Mana tidaknya. Kalau tak serius boleh jadi tak yakin. Satu hari pergi temuduga lepas latihan industri. Mula-mula jawab dengan yakin sampai penemuduga takut nak tanya banyak-banyak. Bila suruh aku bagi komen sikit tersengih-sengih sebab tak tahu nak komen apa. Hilang terus yakin bila sengih-sengih. Tak serius lah tu. Lu tau penemuduga senyum-senyum dekat wa. Malu wa beb. Okay kenapa tetibe cakap bahasa lanun ni.

Macam tadi. Dalam kelas bahasa inggeris. Jawab soalan ada juga jawab kurang yakin. Soalan aku dah lupa. Tapi sorang budak jawab sambil belakang ada kot. Terus kena dengan pensyarah,

" MANA BOLEH KOT-KOT, CUBA KAU NAK AKAD NIKAH, AKU NIKAHKAH KAU DENGAN NUR AMINA BT MASMOD DENGAN MAS KAWIN RM19000 KOT"

Ambil kau. Satu kelas takbir bergema dengan gelak ketawa.




p/s: Kalau nak yakin letak bedak banyak-banyak dekat muka. Konfem yakin.

10 comments:

mira ellyna said...

hahahahh.. itu je y mampu terkeluar dari mulut.

oranglidi said...

"sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri."
-menatang sungguh kelakar. haha

"if u try to make it, u never make it."
-ni lagi satu.. wa rasa lu bikin pepatah inglish ni sendiri. pensyarah lu x kan la cakap mcmni. cis.

woi!!! memang macam tu lah cara akad! kena ada perkataan kot!! hehe

lu guna bahasa lanun skang? bagus2!

helena's said...

aku terima nikahnye dengan tettttttttttt kot!hahahaaha

crazy_labelle said...

yup... keyakinan penting... tp jgn terlalu ego ye...

Razman said...

aku rsa budak itu adalah ko KOT...

.rafiq. said...

dolce amira: tutup sikit mulut. ada bau. haha

OL: pensyarah wa memang macam tu. suka buat lawak bengong. betul wa memang tak reti omputih ni. lu jgn kot-kot masa akad. wa terajang lu kang. haha

helena: aih belum apa-apa dah tettttt? haha

crazy: yamaha ego pun comel kan?

craziman: dan aku rasa ko salah teka KOT.

vidadarisakura said...

SAH kot.haha

oranglidi said...

damn vidadari. lawak seh komen lu.

milimilo said...

if u try to make it,u nvr make it. complicated gila nak tafsir. haha..kot anak muda mudi zmn skrg maksud lain weh..cm "aku exam kot esok" bunyi kot tu mcm bunyi doh..huhu..ko msti xphm pe aku ckp

.rafiq. said...

vivi: haha. gila.

OL: memang2. haha

milo: tafsir bahasa arab senang sikit. aku paham kot? haha