Friday, February 26, 2010

Kerana seekor hamster

Aku rasa lama gila tidak update blog. Atau dalam bahasa lain, aku memang tidak update blog dengan lama. Mungkin kerana kaki aku yang sakit.

Sekarang kaki sudah mulai pulih. Walaupun dapat mc selama lima hari, aku tetap ke kelas semalam. Aku tidak mahu dianggap pemalas oleh pensyarah-pensyarah hot. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi bagi mengelakkan kejadian ini berlaku. Aku menabahkan hati ke kelas.

Aku pernah membayangkan jika blog ini adalah seekor hamster. Pasti dan pasti hamster aku sudah menjadi kurus. Mana tidaknya, dia tidak diberi makan dan minum oleh aku. Aku hanya mengusha-usha hamster lain dua tiga hari ini. Dengan kata lain, disebabkan aku hanya melawat hamster lain, hamster sendiri menjadi kurus.

Tidak kisah lah itu semua. Teringat satu ayat dari pensyarah. Tidak pasti ejaan sebenar. Maklumlah bahasa inggeris tidak kuasa. Macam ini bunyi dia,

" THERE IS NOT THE MATTER WHERE YOU BEGIN, THE THINGS THAT MATTER IS WHERE YOU END"

Melalui pemahaman aku sekarang, aku tidak perlu risau tentang hamster sekarang. Apa yang penting ialah bagaimana hamster pada akhirnya.

Mula berjalan-jalan kembali.

9 comments:

reen_sofee said...

ape kaitan sakit kaki ngan update blog??

ehh. penah main game ape kaitan??? heheheh

vidadarisakura said...

makan HAMSTERRRRRRRRRRRRRRRRR

.rafiq. said...

reen: takde kaitan. haha

vivi: makan je tau dia ni.

hanilopiplopz said...

bang.. tapaukan daging hemster 2 kilo.. heehe

*ape kau merepek ni setannn~~

.rafiq. said...

dik, nak hamster jantan ke betina?

Razman said...

cuba kau bayangkan blog kau adalah adibah noor. agak2 dah kurus belum?

.rafiq. said...

okay aku cuba bayangkan. ok. aku dapat bayangkan kau selalu mgorat blog aku.hehe

lea said...

kenapa dgn kaki?

.rafiq. said...

terseliuh gedik.