Tuesday, February 9, 2010

Jahat tak bermakna tiada perasaan

Kamu semua mungkin pernah mempunyai perasaan ingin berlari dari sesuatu. Sebagai contoh bila ada masalah tak dapat memujuk awek yang merajuk. Pasti kamu akan mahu berlari dengan buat-buat sibuk atau buat-buat sakit bukan. Jika kamu perasan perasaan ini tidak sama jika ingin berlari ke tandas. Keduanya adalah perkara yang sangat berbeza tahu.

Semalam aku ke kelas tidak seperti biasa. Bukanlah aku hendak bercerita tentang lambat ke kelas. Aku datang awal. Pernah juga jadi macam ni. Bila awal-awal bangun ke kelas bersemangat gila nak belajar. Tapi bila dah sampai baru tahu tiada kelas. Terus turun semangat aku. Bak kata pepatah, kura-kura dalam perahu. Okay lagi sekali pantun tidak kena. Tapi aku masih mencuba ya.

Ada satu kelas pelajar pengaturcaraan kena sediakan slide untuk perbentangan (macam mana mahu eja perbentangan atau pembentangan?). Tapi semuanya ada tompok-tompok dekat slide. Bukan tompok-tompok tahi cicak atau tahi burung. Tapi tompok-tompok kerja tidak siap. Bila semakin ramai yang semakin tompok, pensyarah mula naik angin.

Habis satu kelas kena ceramah. Lama juga tak dengar ceramah. Beruntung juga dapat ceramah percuma waktu kelas, kata aku dalam hati. Tapi tiba-tiba suasana jadi sunyi. Agak lama juga pensyarah tak bersuara.

Akhirnya pensyarah melahirkan perasaannya sedih kepada budak kelas aku. Okay okay iya lah termasuk aku lah tu. Lama-kelamaan pensyarah duduk membisu dekat kerusi. Kelas menjadi suram. Kalau pasang lagu 'putus' pun boleh menangis tahu. Agak lama juga suasana tegang begitu. Pensyarah menjemput pelajar untuk keluar kelas kerana terlalu sedih dan tidak mahu melihat kami semua.

Semua keluar dengan perasaan muram. Masa inilah aku rasa aku macam mahu lari sahaja. Aku rasa tak mampu nak berdepan dengan cik dan memujuk. Hey aku rock mane reti pujuk. Tapi bila mengenangkan risiko dan tanggungjawab, aku memberanikan diri bersama kawanku memujuk pensyarah.

Mungkin kami tak perasan salah kami terlalu besar. Kami pandang remeh dengan kata-kata cik. Kami dah buat cik sedih dengan sikap kami.


" MAAFKAN KAMI CIK "





p/s: entri sekadar luahan. nak maki-maki dah boleh sekarang.

6 comments:

helena's said...

mesti comel pensyarah tu..hehehe

tak jatuh ego pun pujuk pensyarah..pujuk sampai berjaya okeh!

crazy_labelle said...

ak buat kerja berdasarkan lecturer diminati...
smakin baik, lucu, n hensem, semakin perfect kerja ak...

.rafiq. said...

helena: malu sial nak pujuk. haha

crazy: ah ko tak elok memilih kulit.

Razman said...

aku selalu dihalau dari kelas kerana aku terlalu kacak. maka semua wanita memandang aku kerana memendam perasaan. semua lelaki pula memandang penuh dengki. maka mereka semua tidak fokus. maka aku dihalau bukan kerana salahku.

.rafiq. said...

izinkan aku tendang kau keluar daripada dunia ni.

fithriana said...

btol la kot psyarah 2 comel.. hahahahaha.. sy maafkn bagi pihak die.. ;p