Saturday, February 20, 2010

Bosan!

Apakah erti bosan bagi kamu?

Bagi aku bosan ialah sesuatu yang sangat bosan. Bila bosan pasti diri sendiri akan terasa seperti
sangat bosan. Jadi mari melakukan sesuatu yang tidak bosan. Sudah. Bosan betul bercakap mengenai bosan ni.

Ini bukan tajmahal di waktu malam.


Tadi aku pergi menonton teater dekat politeknik. Budak uitm rasanya yang buat persembahan. Aku pergi lah dengan smart-smart pakai kemeja macam nak tengok teater korporat. Padahal teater pasal nasib-perempuan-yang-dirogol-oleh-bapa-sendiri.

Ni kawan aku. Smart tak? Mesti lah. Siapa nak no telefon dia minta dekat emak dia.


Sambung cerita. Teater memang syok habis semua orang diam terpaku (padahal memang tak boleh bercakap). Mula-mula kusyuk gila aku tengok. Bila sampai tengah-tengah cerita aku dah tak paham. Lepas tu bosan. Aku pun blah. Memang nampak agak tak sopan. Tapi memang aku blah pun.

Kawan aku sorang ni muka dah tak tahan bosan. Naik kuyu mata macam ikan puyu dekat kampung yu.


Aku rasa paling bosan sampai terkeluar idea bosan dekat otak aku.



Berambus saja dari poli pergi snuker pula. Orang dekat snuker dah macam pasar malam. Penuh gila malam minggu begini. Tak payah tanya ah kenapa malam sabtu pun malam minggu. Terengganu kan ni?

Tunggu punya tunggu punya tunggu, orang tak habis-habis main. Rasanya dekat sejam juga menunggu akhirnya blah juga. TANPA main. Bosan menunggu punya pasal.


Berambus dari snuker balik rumah. BOSAN tak tau nak buat apa.


Ambil earphone dengar radio. BOSAN dengar lagu.


Apesal ah bosan sangat hari ni. BOSAN betul menaip.




Nak tido lah. Bai.



p/s sebelum tido: gambar tak lawa? bosan nak edit!

10 comments:

Anonymous said...

bosan la budak wehhh...heheheheeh

.rafiq. said...

sibuk! haha

mamma mia! said...

bpe nombo tpon mak ko?

vidadarisakura said...

bosan la komen.

MuhD NoR AzyM said...

Best per bosan2..haha

yoro okino said...

aku pernah g tgk teater kat usm skali
serius bosann..
xnak g dahh

meo188 said...

bosan?

apakah?

slm ziarah!

.rafiq. said...

mamma: 999.

vida: bla la kau.

azym: bosan2.

yoro: yeah! pdan muka.

meo88: thnx.

reen_sofee said...

bosan bosan!

meh neh aku tikam ko.

mati tak bosan dah kot.

huhuh

juz kidding.

.rafiq. said...

reen: ah bosan la layan ko. haha