Friday, January 15, 2010

Pertama kali rasa seronok terharu

Budak baik nak bercerita ni. Mesti kena ada mukaddimah dulu.

Pasar malam merupakan sebuah tempat yang mempunyai gerai-gerai jualan seperti menjual keropok lekor, menjual baju t-shirt, menjual kuih sosej gulung, dan sebagainya. Siapa yang tidak tahu pasar malam itu apa memang malang sekali kerana pasar malam sangat mudah untuk diketahui apa bentuknya. Yang pasti ia dibuka pada waktu petang sehingga malam. Kalau tutup pukul 7 petang sebenarnya bukan pasar malam tetapi adalah pasar senja. Jangan mudah terpedaya jika orang mengajak pergi pasar malam tetapi sebenarnya pasar senja. Apa benda aku mengarut ini. Sudah lah.

Semalam aku pergi pasar malam dekat dungun. Pertama kali aku rasa seronok pergi pasar malam sebab macam-macam boleh jumpa semalam.

Ada orang buat magik gulung-gulung surat khabar. Last-last jadi burung merpati. Yang ni real weh. Depan mata orang ramai seorang orang dayak ni buat. Iye orang dayak yang buat magik. Letih juga nak tunggu dia tukarkan kertas jadi burung merpati tahu. Naik dara aku menunggu. Ops bukan naik dara ya. Naik darah sebenarnya. Lepas tu dia jual ubat jerawat. Itu aja mata dia sebenarnya. (mata yang dimaksudkan ialah point)

Selain itu. Aku terjumpa ahli magik yang dekat astro tu. Entah apa nama dia. Tapi dia ada rancangan sendiri. Kalau nak tahu pergi lah search sendiri apa nama dia. Aku sempat tangkap gambar dia aja. Saja nak bagi kau orang semua bengang, aku tak mahu letak gambar itu sebab aku malas. Harap dimaafkan.

Tapi yang ni gila lah.

Pertama kali ada orang tegur aku sambil tersenyum. Pertama kali juga aku rasa bangga menulis blog. Aku pun terjah,

" EMM MACAM KENAL, SAPA NAMA KAU EK?"

" HEHE PRINCESS ******"

" OH HAAH LAAA"

" EMM AKU SUKA BACA BLOG KAU"

Wah dengar tak tu? Dengar tak? Nak aku ulang tak?

Terharu nya aku rasa ada juga orang yang sampai hati cakap suka baca blog aku. Aku dah rasa gembira gila bila dengar sampai malas nak tulis blog dah. Okay takdelah. Aku gembira sampai nak tutup blog sebenarnya. Eh takde juga. Aku rasa gembira lah orang puji blog aku. Betul ni aku terharu. Aku ingat nak belanja dah princess yang puji blog aku tu. Tapi tak sampai hati pula nak belanja. Okay memang niat nak belanja tapi tak sempat ya.

Okay lah. Aku nak menangis sekarang sebab terharu sangat. Tak sangka nama blog macam darahmalaya pun ada orang suka. Entah kenapa aku terletak link pula. Lagi sekali rasa nak menangis.

13 comments:

sue_pinky said...

perghhhh...hbt gler siap org tgur lg 2..

A+z+i+E = AziE said...

haha!! ko ckp 'kau aku' lak ke ngan princess tu?? hadoyai.... cm ta caye jek ko ckp 'kau aku'. =P

Eireen Camelia said...

kau biar betiiik? giler ah kau! aku kagum habis siyut! nama blog kau dah la ala-ala brutal tapi jika tak kenal maka tak cinta weh. haram memang takde unsur brutal dalam entri kau. hahaha tsk aku pun nak menangis ah camni

.rafiq. said...

sue: takde lah hebat tapi habat. haha

azie: ye lah tak main lah saya awak ni. macam makcik-makcik je. haha

eireen: betikk do. tapi macam kenal aja princess tu. haha. brutal jugak apa. kau pun sampai nak menangis tu brutal lah tu kan kan.

{lumut} said...

jom bakar entry ni nak?
ngade2

oranglidi said...

jom lumut. kita bakar guna petrol lu.


macam cilanat entri ni. starting tu dah sedap wa baca sebab mengandungi nama nostalgia, DUNGUN..

tapi last2, lu x bagitau siapa princess tu. dan, last2 lu menangis buat2.

terkenal lu skang. wa ajak lepak taknak.. lepak dgn awek nak la. hak tuih!

.rafiq. said...

lumut: jom2. haha

oranglidi: ok2 aku nak telefon bomba ni.

tau pun kau DUNGUN macam mana. mesti kau tak pernah rasa pasar malam macam semalam.

ok wa bagitau lu sorang je. nama princess tu princess cinderela. haha. wa menangis pun lu nk jeles kan. wa jerit la camni.

jom la lepak sambil berjoging esok pagi. dekat taman baru uitm dungun.

oranglidi said...

psar malam dungun tu jadi tempat mainan je bagi wa. x kesah dah macamna kesedapan lu pegi sana.

lu penah try pasar malam kat Tronoh? hah!

kemain jauh lagi kat dungun. lu la datang KT ni. cilakak. nek la bas.

Mi vida said...

mula2 baca xpaham..tapi dah last2..bolehla...

erm..dh benti menangis lum??

.rafiq. said...

oranglidi: apa barang mat rempit naik bus, naik motor sudeh.

lu calling je wa leh gerak sane.

mi vida: memang aku tak nak bagi orang paham, haha

boleh percaya ke aku belum berhenti nangis?

hanilopiplopz said...

wah! abg nih da jadi artis nih! hahahaha

shakinah said...

aku pun nak nangis gak ah.

.rafiq. said...

hani: belum lg. bajet artis ade lah. haha

shakinah: sudah sume nak nangis. sape yang nak ketawa nya.