Tuesday, January 19, 2010

Pagi-pagi hari memang seronok

Bila seseorang itu bangun lebih awal dari yang biasa. Pasti dia berasa sungguh bersemangat dan gembira untuk memulakan hari nya. Hendak-hendak lagi tidak ada bantuan yang mengejutkan dia bangun dari tidur.

Hari ini terasa paling awal aku bangun SENDIRI dan bersiap dengan awal ke kelas. Sungguh bersemangat gila aku pada hari ini.

Hari ini juga aku berasa segar yang amat kerana boleh menjemur kain dahulu sebelum ke kelas. Tak pernah dibuat aku pagi-pagi menjemur kain. Biasanya petang akan jemur kalau sempat. Kalau tak sempat malam pun boleh.

Apa yang penting ialah aku dapat juga ke politeknik dengan awal gila. Sampai-sampai dekat politeknik aku cari makmal projek. Entah di mana letaknya. Disebabkan tak tahu makmal dimana kerana baru kelas pertama untuk subjek f5110, kawanku bertanya kawanku yang lain.

" HELLO, KAU KAT MANA?"

" HELLO AKU DEKAT UMAH LAH"

" KELAS KAT MANA?"

" KAN TAKDE PENYELIA LAGI, MANA ADA KELAS LAGI LA"

" OoO. OK"

Rupa-rupanya hari ini tiada kelas. Sungguh pertama kali aku awal ke kelas. Dan kali pertama ini lah rupanya tiada kelas. Memang memalukan. Memang memenatkan.

Sudah lah lepas ini malas ke kelas awal-awal lagi.

6 comments:

I n n z said...

esh
kesiannye

(tahan gelak.)
;p

A+z+i+E = AziE said...

hahahahaha!! nmpak sngat ko cm katak bwh tmpurung... =P

.rafiq. said...

innz: mana boleh kesian.

azie: katak bawah tempurng tk boleh bernafas. kalau bawah tudung saji mungkin boleh.

Anonymous said...

firasat ak mgatakan ko ni x sesuai buat baek la...haaaaaha
-hana tombiruona =P-

.rafiq. said...

firasat aku mgatakan firasat ko tak boleh pakai. haha

Eireen Camelia said...

HAHAHAHA APAKAH LOSER BETUL! apalah agaknya hikmah dan arti di sebalik semua ni... huh!