Wednesday, January 20, 2010

Mengelip-mengelip ku bertentang

Selalunya orang melepak dekat taman permainan terutama lelaki pasti ada dua tujuan. Yang pertama adalah berjoging. Dan yang kedua ialah mengusya awek. Mengusya yang dimaksudkan ialah bukan mengorat. Tetapi ialah melihat-lihat awek sambil mencuci mata. Aku pun tak faham kenapa dipanggil cuci mata dengan melihat awek. Tapi aku sendiri hairan setiap kali melihat awek. Mataku menjadi segar dan badan pun boleh berjogging tanpa penat. Sampai 20 round la bro. Bangga diri pulak. Maaf-maaf.

Kalau mengorat awek sebenarnya adalah seperti mengelip mata dekat awek. Mengelip mata ialah menutup sebelah mata tanpa menggunakan bantuan tangan atau sebarang objek. Tutup sahaja sebelah mata dengan mengelip-ngelip. Faham tak ni?

Tapi hari ini aku pergi ke poli pada kadar masa yang sesuai bukan bertujuan mengorat. Tetapi mata aku sebelah kanan mengelip-ngelip dengan sendirinya. Takkan lah depan pakwe pun aku mahu mengorat juga. Aku masih mempunyai nafsu terhadap wanita. Apa yang berlaku ialah mata aku mengelip sendiri walau di mana aku berada. Dalam kiraan aku mungkin sudah mengelip sebanyak beberapa kali. (aku tak kira sebenarnya)

Adakah ini satu petanda yang tidak baik. Kalau masa berjoging mungkin aku boleh kata petanda yang baik sebab mengelip di hadapan awek. Tetapi ini adalah semasa berada di poli.

Entah kenapa rasa macam tak sedap hati.

12 comments:

oranglidi said...

first?

pandang kiri kanan

oranglidi said...

BAGUS2...


WA DAH LAMA BUAT KERJA MENCUCI MATA NI.. lagi2 dekat area jogging dan pasar malam. Tasik Titiwangsa tu paling sedap.

dia punya power boleh mengalahkan minum tongkat ali baba..

wa lalu POLITEKNIK DUNGUN semalam.. tapi x singgah.

I n n z said...

smbil jog, usha awek
gud :)

.rafiq. said...

oranglidi: yelah tak payah pandang kiri kanan dah tau first.

oranglidi lagi: mata lu agak2 dah bersih sekarang. lu apehal tak singgah. calling2 la wa.

innz: takkan sambil joging boleh berenang pulak kan.

Razman said...

member aku dulu, mata dia jadi macam ko la..berkelip tiba2..minggu depannya....ishhhhh...tak sampai hati nak cakap..dia mati pucuk...

A+z+i+E = AziE said...

Smoga kau gembira slalu hendaknye. amin...

.rafiq. said...

razman: sampai jugak hati kau cakap. baik aku mati dpd mati ishh tak sampai hati.

azie: tima kasih mendoakan aku. isk2

crazy_labelle said...

mse ak joging dulu2 sbb rase tercabar pakcik 50an lari lg laju n lama dr ak... watdehel....

vidadarisakura said...

tanda2 ko ada penyakit gila kali.haha

.rafiq. said...

crazy: apekehel lembap sangat ko ni.

vida: tapi tak lah se gila ko kan.

vidadarisakura said...

aku normal kut.haha

.rafiq. said...

aku percaya sangat ko normal vi.