Friday, January 8, 2010

Jeleskah engkorang

Sudah puas aku malas selama beberapa ketika ni. Sekarang cuba nak jadi rajin sedikit pula. Tapi malas sayang nak tinggal. Sedih kalau tinggal malas lama-lama.

Hari tu aku pergi mandi dekat pantai teluk batik. Awal-awal lagi aku nak cakap aku malas nak letak gambar. Kan dah cakap aku malas lagi. Tu lah tak percaya.

Tapi memang best lah mandi dekat sana sebab dapat berenang dekat laut. Biasa berenang dekat atas katil apa rasa. Macam selenge aja.

Lepas tu pergi main go-kart. Entah kenapa panggil go-kart. Sebenarnya main bawa-bawa kereta dekat litar. Tekan minyak dengan brek. Gear memang takde. Boleh tahan main drift-drift. Baru lap pertama aku dah drift. Tapi baru lap pertama juga aku kereta aku dah berpusing. Memalukan betul. Nasib baik aku tak bagitau sesiapa. Ops sekarang dah terbagitahu.

Lepas tu lagi pergi karoke empat jam. Menyanyi sampai hilang suara. Kalau ada lagi suara boleh memekak dalam kereta. Macam nak hujan aja sebab nyanyi macam katak. Suara memang paling sumbang. Nasib baik juga tak bagitahu sesiapa. Aiseh lagi sekali dah terbagitahu.

Dah aku saja nak cerita bosan bosan ni. Bising lah korang nak jeles-jeles. yang ni kalau hana tak jeles tak tahu lah. Bukan senang nak mandi pantai dan main go-kart sambil karoke empat jam.

Harap semuanya bersabar.

8 comments:

vanilla ais said...

sy da bace n sy xkn bgtaw sape2.
haha!

go kart is awesome!! :)

Eireen Camelia said...

kau serious ke dalam bidang nyanyian ni... takpayah laaaa... hahahaha

hanilopiplopz said...

apsal ko x record n publish dlm blog tyme ko karoke tuh? alaaaa..

hehe~

green said...

tak jeles pun..cemburu je..:P

hannamaruku said...

aku jeles sebab kau pegi teluk batik tak ajak aku.
kau sengaja nak update supaya aku tau yang kau pegi teluk batik lepas tu kau tak bgtau aku kan?

dah la blah

chokio_nia said...

gle lah..aku lagi terer men go kart dr ko ke??at least aku pas nek menara berpusing cm tmpt parking tuh..hahah

{lumut} said...

pehal aku x rase pape.haha

.rafiq. said...

vanilla: awesome tu macam asam masin ek.

eireen: nyanyian hanya serius semasa dalam karoke jamban. haha

hani: tak nak lah. malu i. suara sedap sgt. haha

green: same je lah. jeles lah tu.

hana: yes kau jeles. nak ajak engko wat ape kalo ko tak nak ikut. baik ajak makcik razman.

chokio: cakap je la ko tak pandai main go kart., kan snang. haha

lumut: ko memg. takde perasaan. ada orang curi perasaan ko.