Sunday, January 24, 2010

Buat anak pandai

Lama sudah tak menekan keyboard sendiri. Dah sekian lama laptop aku bersemadi dekat rumah tanpa dibelai. Akhirnya baru sekarang kembali beraksi harimau. Oh tak perlu lagi aku bermadah berseni. Sengaja nak bagitau aku baru repair laptop. Baru sekarang dapat guna haiwan kesayangan aku ni.

Tiba-tiba teringat pasal satu perkara. Maaflah kalau agak kasar juga bahasa di sini. Orang cakap nak buat anak memang senang. Tapi kalau nak menjaga anak macam kura-kura susahnya.

Hari itu aku pergi satu kursus dekat pantai dungun. Dalam kursus ni aku dapat belajar rasa-merasai antara satu sama lain. Aku ingat semasa kursus sempat mengira petak-petak paras air. Yelah kursus dekat tepi pantai boleh tengok air pasang dari empat petak sampai lah tinggal satu petak. Petak tu sebenarnya ruang selamat untuk melepak ya. Entah apa kaitan aku cerita mengenai petak ni.

Yang pentingnya disini tengah lepak-lepak aku ternampak seorang kanak-kanak bermain dekat tepi pantai. Aku rasa ombak pada malam tu agak bahaya. Tapi budak tu dengan selamba radak je main dekat tepi pantai. Ombak hampir memakan dirinya kau tahu. Mana pergi nya mak bapak dia pun aku tak tahu. Dah lah begitu lepas main pantai boleh berlari-lari dekat jalan raya dengan kereta banyaknya malam tu.

Aku rasa nak marah aje budak tu. Kalau nak buat aksi maut pun jangan lah depan aku. Mak dia ni pun satu juga. Boleh biarkan anak dia bermain tanpa pengawasan yang sempurna. Ini lah orang kata buat anak pandai tapi nak menjaga macam kura-kura susah.





p/s: kalau aku dapat anak degil memang bagi pelempang free aje.

15 comments:

oranglidi said...

macam first.

oranglidi said...

bukan apa, wa masa kecik macam tu jugak. masuk hutan sorang2, kejar kucing sorang2..



maklumlah, budak kampung.. berdikari.

vanilla ais said...

erk, jgn lempang. bedil jek ngan tali pinggang berkepale besar. :D

hannamaruku said...

uish ape bende kau ni garng gle nak bg pelempang ceh.

tak brani ah kawen ngan kau. *tibe tibe*

.rafiq. said...

oranglidi: lu memang nak kena pelempang. haha

vanila: ini lagi bahaya tahap membunuh ni.

hana: garang ape bagi pelempang. syg ank tgn2 kan. takpe ah taknak kawen. kapel je cukup la. *tibe2 jugak*

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

blog nih memang sumer post dia guna font besar ke? ke mata kite yg tgk post nih nampak besar2?haha.

degil tuh pewarisan keluarga kot.

.rafiq. said...

notso: kalau buat font kecik2 susah pulak nk bce. baik besa2 gajh pun.
pewarisan nk kne plempang ke tu. haha

MentaRi MaLaM said...

huish garang sungguh ni...
drpd pelempang baik cubit pipi kuat2 sambil membebel.. macam best je kan..

nawal said...

eheh..garangnye bapak nih

.rafiq. said...

mentari: cubit boleh bawak kesan. lempang tak sangat kot.

nawal: garang untuk kebaikan takpe. hehe

Anonymous said...

np ak jage kure2 x ssh pn mcm ko ckp..
tp spandai2 bela kure2 akhirnye mapus jgk..har3
-hana tombiruona-

A+z+i+E = AziE said...

wut a good daddy here...... mmg btul pun,klu degil sgt, bg jek skali. serik la dy. bdk yg dlm cter ko ni, mungkn mak ayh dy ptut di lempang.. nnt klu da mati@kmlngan, wat mnyemak dlm paper lak..

.rafiq. said...

kona: nampak sangat spndai2 jage anak kau ni.

azie: grang gile mkcik ni. boleh la join aku lmpang mlempg.

cik EPAL said...

kesian dia asek kena lempang..hilang pipi :D

.rafiq. said...

epal: ok la tu dpd hilng nyawa kan.