Wednesday, December 30, 2009

Kau tahu? Aku touching gila dekat lumut.

Kau tahu?

Aku sangup berpanas berhujan sebab nak cari lumut dekat Kuala Pilah. Mana tahu aku terjumpa dekat tepi-tepi kolam ikan dekat sana. Lumut kan selalu ada dekat kawasan macam tu. Aku pergi naik motor tahu. Aku kan mat rempit sejati kepala hotak kau.

Kau tahu?

Aku pergi dengan saudara aku. Awal-awal lagi aku dah bangun pergi hantar nenek aku mengurut. Nenek aku sakit tulang. Kesian nenek aku. Nenek aku dah tua. Cantik comel lawa. Okay-okay lepas siap mengurut terus aku bersiap nak pergi cari lumut dekat kolam kuala pilah.

Macam-macam aku tempuh dugaan. Aku tengah lepak-lepak dekat dewan budaya sambil menghirup udara segar dan menghembus udara kotor, ada seorang mamat berpangkat polis menegur kami sambil meminta ic dan lesen sekeping dua. Aku tak rasa takut sebab semuanya ada dan lengkap. Lepas mamat itu belah, aku saja-saja menyemak roadtax aku. Tak sangka rupanya roadtax aku tiada. Aku baru teringat roadtax ada dekat kawan aku. Terus aku jadi takut. Nasib baik mamat polis tak minta roadtax.


Kau tahu?

Sepanjang perjalanan cari lumut. Aku berasa takut dan gelabah sedikit sebab tiada roadtax. Tapi aku tetap cool. Aku teruskan perjalanan sampai ke kuala pilah. Aku cari-cari dan terjumpa lumut dekat kfc.

Aku ingatkan lumut warna hijau. Rupanya lumut berwarna putih sedikit sahaja tak banyak dari aku. Boleh bercakap banyak pula tu. Tapi malangnya suaranya rock semacam. Sakit tekak katanya.



Kau tahu?

Lumut ni pemalu. lah sangat. Dia pandai dan banyakkk bercakap. Aku rasa kalau dia berhenti bercakap pasti dia boleh jadi tak betul. Memang bercakap aje kerja dia. Aku tak layan sangat sebab dia lumut aku manusia. Jadi susah nak faham. haha. Paling best lumut bagi aku patung. Boleh letak dekat dalam hati aku sekejap. Sorilah lumut aku takde apa-apa nak bagi kau. Nak bagi flying kiss segan pulak. haha


Kau tahu tak ni?

Lepas aku belah dari lumut aku tak pergi seremban terus. Kau ingat aku gerak terus ke lumut?Aku singgah seri menati lah ulu bendul lah. Sampai seremban terus ada aktiviti bbq. Cantek gila. Aku tapau sebungkus dua bawak balik. Tak boleh lama-lama rumah makcik nanti kena pelempang. Takde lah bukan kena pelempang, aku saja malas nak lepak lama-lama. Malam nak pergi berjoging pulak. Takde lah bukan berjoging. Aku ada hal lain. Mana boleh bagitau. Rahsia.


Okay lah sebenarnya aku touching gila dengan lumut. Pergi mana-mana pun tak tenang. Lumut suruh aku makan banyak sikit sebab aku kurus. Ambil berat betul lumut dekat aku. Caring la. Aku touching gila. Memang touching.


Monday, December 28, 2009

Pengorbanan seorang kawan dengan mengorbankan cerita kesayangan

Kadang-kadang pening jugak bila dengar masalah orang ni. Hendak-hendak pula masalah itu ialah masalah rakan kita.

Aku ada satu kisah pada satu malam aku tengah layan cerita p.ramlee. Punya best tengah layan cerita sampai siti nurhaliza lalu depan pun tak perasan. Kalau m daud kilau tak tahu lah mungkin perasan kot.

Tengah syok-syok layan tiba-tiba rakan aku telefon. Mula-mula macam biasanya dia tanya hari ini kena nombor ekor tak. Eh takde lah. Dia tanya tengah buat apa. Aku pun jawablah tengah layan cerita p.ramlee.

Dia pun faham lah aku tengah tengok tv. Tapi tiba-tiba rakan kepada rakan aku telefon dia. Dia punya kawan ada masalah dengan kawan dia yang lain. Aku pun dengar lah macam-macam pasal kawan dia tak balik rumah lah kawan dia balik awal sangat lah kawan dia buat apam balik lah.

Macam-macam masalah aku dengar dan aku hanya mampu berdiam sambil mengiyeke seperti ini,

" KAU TAHU KAWAN AKU NI TAK NAK BALIK RUMAH SEBAB GADUH DENGAN KAWAN DIA. TU BARU KAWAN BELUM PAKWE MAKWE LAGI TU"

" OH IYE KE?"

" YE LAH WEH AKU PUN TAK PAHAM KENAPA NAK GADUH-GADUH SAMPAI NAK BALIK JALAN KAKI DARI LONDON SAMPAI MALAYSIA. TAK PENAT KE DIA JALAN KAKI"

Okay ayat yang bawah tu aku saja tambah. Tapi tu lah aku hanya dapat mendengar sahaja sambil mengiyeke seperti ini,

Eh bukan aku dah tunjuk tadi?

Jadi perjalanan cerita p.ramlee aku pun terganggu seketika sebab tak dapat nak fokus. Lepas sorang ni letak telefon lepas tu ada lagi sorang telefon.

" AKU BENGANG BETUL LAH DENGAN CARA DIA TU. DIA BUAT AKU NI DAH MACAM AWEK DIA PULAK. PADAHAL BUKAN ADA APA-APA PUN"

Aku macam biasa lah mendengar sambil mengiyeke dekat kawan aku. Sekali sekala aku suruh kawan aku tu sabar saja. Kesian pun ada bila aku dengar masalah kawan aku sorang ni. Aku pun dah hampir-hampir terlibat.

Jadi kesudahannya cerita p.ramlee aku tinggal kata-kata akhir. Bila lepas kawan aku letak telefon aku tengok balik cerita p.ramlee dah habis. Selalunya mesti dia akan tulis macam ni.

" TAMMAT"

Aku pun faham.

Kempunan aku nak tengok p.ramlee. Kadang-kadang kita perlu menjadi pendengar yang baik bukan. Orang cakap bukan haiwan cakap kalau seseorang tu luahkan masalah dekat orang lain pasti masalah tu akan jadi berkurang sedikit rasa dia.

Jadi aku dah berjaya mengurangkan rasa masalah kawan aku. Sekarang aku pula bermasalah nak tidur. Apesal susah nak tidur ni. Awal lagi ke?

Saturday, December 26, 2009

Tips menjaga suara

Hai apa khabar semua? Aku harap semuanya sihat-sihat aja dong.

Hari ini aku sangat bermurah hati sebab pergi membuka website untuk menjaga suara. Biarlah suara aku tak sedap dong. Siapa-siapa yang punyai suara sedap boleh mengikut tip-tip tersebut.

Ini adalah cara menjaga suara dong.

Pada saat presentasi, kualitas vocal sangat menentukan keefektifan dalam presentasi. Walaupun komunikasi visual dan verbal merupakan faktor penting tapi kualitas suara juga merupakan faktor yang signifikan. Untuk menjaga kualitas suara agar tetap fit ada beberapa tips yang dapat dipergunakan :

1. Jangan merokok
Jika ingin menjaga kualitas suara tetap prima usahakan agar hindari rokok.
Unsur dalam rokok menyebabkan dapat merusak suara.

2. Minum air putih yang cukup
Hindari untuk meminum teh, kopi, alcohol. dan air bersoda yang terlalu banyak. Usahakan hanya meminum 2-3 gelas perhari. Menurut penelitian terlalu banyak berjemur dipanas matahari dan berada diruangan ber AC menurunkan kualitas suara.

3. Pemanasan
Melatih suara sama dengan melatih otot diperlukan pemanasan. Teknik yang bisa dilakukan antara lain :

a. Lion Face bertujuan melemaskan otot-otot muka
Muka diciutkan bersamaan dengan menguncupkan jari – jari kedua tangan. Kemudian dilebarkan dengan menjulurkan lidah. Frekwensi 5 x @ 5 Hitungan

b. Mengatupkan Gigi bertujuan melemaskan otot-otot rahang
Gigi dikatupkan dengan kuat, sementara bibir terbuka bersamaan dengan itu kedua tangan dikepalkan, 10 x @5 hitungan

4. Hindari makan terlalu malam
Makan terlalu malam mengakibatkan pencernaan yang tidak sempurna sehingga mempengaruhi kerja tenggorokan yang akan mempengaruhi kualitas vokal.

5. Mengontrol stress
Stress yang berlebihan dapat mengakibatkan menurunnya kualitas suara. Gunakan teknik relaksasi dan bernafas yang dalam dapat mengurangi stress.


Ambik kau dengan kaler-kaler pun aku copy paste je. Dari http://sportifman07.blogspot.com/2008/07/tips-menjaga-kualitas-suara.html">sini aja. Lagi itu. Ada lagiii.

  1. Banyak minum air, hindari alkohol dan kafein
  2. Pita suara kita bergetar dengan kecepatan tinggi, dan banyak minum membuat pita suara tetap basah. Makanan yang memiliki kadar air yang tinggi juga baik, seperti apel, pir, semangka, melon, anggur, dan sebagainya.

  1. Lakukan istirahat berbicara beberapa kali setiap hari terutapa jika telah dipergunakan secara ekstensif
  2. Misalnya guru sebaiknya menghindari atau mengurangi berbicara diantara waktu mengajar.

  1. Jangan merokok
  2. Jika Anda merokok, segera berhenti. Merokok sangat meningkatkan resiko kanker organ pernafasan. Termasuk menghirup asap dapat menyebabkan iritasi pita suara.

  1. Jangan menyalahgunakan suaramu
  2. Hindari berteriak, juga berbicara keras di ruangan yang ribut. Suara serak merupakan pertanda pita suara mengalami iritasi.

  1. Biarkan otot leher dan tenggorokanmu rileks meskipun sedang menyanyi nada tinggi atau rendah
  2. Beberapa penyanyi mengangkat kepala ketika menyanyikan nada tinggi dan menunduk jika menyanyi nada rendah untuk menghindari tegangan yang berlebih pada otot. Jika terjadi tegangan berlebih untuk waktu yang lama bisa menyebabkan turunnya jangkauan nada suara.

  1. Perhatikan caramu berbicara setiap hari
  2. Sekalipun orang yang memiliki kebiasaan menyanyi yang baik bisa mengalami luka saat berbicara, karena banyak penyanyi yang tidak memperhatikan cara berbicara, apakah menyebabkan iritasi pita suara atau tidak.

  1. Jangan batuk terlalu sering
  2. Ketika kita batuk (bukan sakit batuk, tapi aktivitas batuk), itu sama seperti melakukan tegangan pada semua otot pernafasan dan pita suara sekaligus. Melakukan batuk terlalu sering bisa melukai otot tersebut dan menyebabkan suara serak. Cobalah untuk minum air untuk mengurangi rasa gatal di tenggorokan. Jika batuk tidak bisa ditahan, cobalah hubungi dokter untuk pemeriksaan lebih lanjut.

  1. Ketika sakit, hemat suaramu
  2. Jangan banyak berbicara saat Anda bersuara serak karena demam atau infeksi. Perhatikan suaramu.

  1. Ketika berbicara kepada kelompok besar diluar gedung pertimbangkan penggunaan pengeras suara
  2. Berbicara keras tanpa pengeras suara bisa menyebabkan ketegangan berlebihan pada otot suara. Jadi lebih baik pergunakan pengeras suara.

  1. Lembabkan udara rumah dan ruang kerjamu
  2. Kelembaban udara baik untuk suaramu.

Lebih jauh dari itu, pemanasan suara tidak hanya bagus untuk penyanyi tapi juga untuk semua orang. Cobalah lakukan pemanasan dan melemaskan suara sebelum beraktivitas setiap hari. Berikut ini adalah beberapa cara mudah untuk melakukannya:

  1. Lakukan senam mulut dan lidah dipagi hari untuk pernafasan dan sirkulasi udara yang lebih baik. Bisa dilakukan di kamar mandi atau saat dalam perjalanan ke tempat kerja.
  2. Lakukan humming atau cooing untuk pemanasan suara dipagi hari.
  3. Jika hendak melakukan aktivitas suara yang kompleks ataupun pemanasan teknik bernyanyi yang kompleks, lakukan pemanasan yang sederhana terlebih dahulu.
  4. Ulangi pemanasan beberapa kali dalam sehari untuk menghindari ketegangan otot leher, bahu, dan rahang.
  5. Saat selesai aktivitas, lakukan pendinginan dengan cara yang serupa dengan pemanasan.


Selamat mencuba ya.







p/s: sori aku agak sibuk semenjak dua menjak tiga menjak ni. sibuk mencari makwe-makwe baru.

Thursday, December 24, 2009

Malas nak cakap banyak

Malas nak cakap banyak nak cakap sikit je hari ni.

Semalam aku pergi berjalan-berjalan menghantar nenek sedara aku pergi rumah makcik sedara aku. Lokasi ialah hulu dong, raub, pahang darul makmur.

Aku dengan sedara aku pergi sana. Teman nenek sedara aku sorang je dia nak pergi hantar barang sebab nak buat kenduri sabtu ni.

Ah malas la cakap banyak nak cakap sikit je hari ni. Layan je lah gambar nak bagi korang jeles. Kalau jeles lah kan.


Jangan tengok muka aku lah. Tengok belakang tu suasana kampung indah permai nyaman harum segar.hmmm


Okay ni dah bagi jeles sikit. Aku mandi sungai dengan sedara aku dengan sedara aku. Mana pergi sedara aku? Dah tentulah dia yang ambil gambar. apa lah.



Yang ni dah tentu jeles. Siapa tahu mona fendi? Aku sempat pergi rumah dia ambil gamba. Ni dari belakang rumah dia. Peh seram sejuk seram sejuk seram sejuk.


Ni tak jeles jugak tak tahu lah. Kau tahu ni tempat apa. Tau lubang apa. Lubang tempat tanam benda yang mona kerat-kerat. Kalau tak tau kau fikir lah sendiri.


Dah aku malas nak cakap banyak ari ni nak cakap sikit aja. Babai.



Tuesday, December 22, 2009

Ular kacau masa merokok

Aku tengah boring-boring semalam. Duduk rumah tak tahu nak buat apa. Lepas makan pulak tu. Aku pun start motor pergi dekat depan taman aku. Kat situ macam ada pondok boleh lepak-lepak. Orang panggil tempat tu WAKAF.

Aku keluarkan suria. Petik lighter. Lalu aku hisap rokok. Fuhh fuhh. Eh jap. Dulu aku beria-ria kata dah berhenti merokok kan. Tak ingat? Ah tak payah cerita la kenapa aku hisap balik. Aku pun malu. Dah ah diam ah korang.

Okay-okay masa aku tengah hisap tu tiba-tiba aku dengar, bukan dengar la, aku nampak ular. Peh terkejut aku. Aku macam ke belakang sedikit. Padahal aku duduk atas bangku. Ular tu dekat rok-rok dekat bawah. Korang tak tau ke rok tu apa? Tu lah sapa suruh tak duduk terengganu. Rok tu semak la. Bush tau?

Aku pun cuak sikit lah masa tu. Bila dah ke belakang ular tu aku tengok dia masuk balik dalam rok. Ah lantak korang tak paham. Aku ingat dah selamat lah dia dah masuk rok. Sekali tiba-tiba,

" SIT SIT SIT SIT"

Dia keluar lagi sekali nak tangkap mengkarung. Mak oi lagi lah terkejut aku. Aku pun lari terus ke belakang. Lepas tu aku diam tengok je ular tu. Ular tu pun lama-lama pergi masuk balik rok. Dah lama sikit aku dah tak nampak ular tu. Fuh. Baru aku tenang.

Hisap balik rokok. Fuh fuh. Diam semua diam. Ular nak hisap rokok juga lah tu.

Sunday, December 20, 2009

Jum berdating?

Hoooyyeyy. Aku sudah berada di rumah kampung desa tercinta. Aku nak ucapkan selamat bercuti dekat semua orang. Selamat bercutiiiiii. Aku nak dating dengan semua orang lah. Jom dating?

Okay. Kalau aku menaip entri baru mesti aku akan terfikir 3 benda ni. Benda ni kalau tak fikir dulu takut nanti takde semangat nak tulis entri baru lagi. Hasil kajian oleh bakal doktor falsafah Encik Muhammad Rafiq berkata, tiga perkara ini sangat penting dalam meningkatkan semangat penulisan blog.

Jadi aku telah mengikut kata-kata dari beliau tersebut. Berikut ialah berkenaan respon dari pembaca yang membaca entri kau. Sekarang aku hanya mahu berkongsi dengan kau semua. 3 benda tu ialah:

Yang pertama, jangan harap orang akan komen blog kau. Sebab penting ialah bukan semua orang baca blog engkau kan. Walaupun ada orang baca blog engkau, dia tidak komen bukan bermakna blog kau tidak best. Tapi mungkin dia tiada masa untuk berkomen atau dia tidak perasan link komen kau. Ataupun buat-buat tak perasan. Komen banyak-banyak pun bukan kau reti nak balas kan.

Yang kedua, jangan harap orang suka blog kau. Walaupun kau rasa entri kau dah sedap gileee tahap dewaaa. Kau pun rasa nak bercinta dengan entri terbaru kau buat. Kau fikir tu lah entri terbest kau buat dan kau sangat-sangaat pasti orang akan suka juga entri kau. Tapi jangan ingat orang lain akan suka jugak entri kau. Tak semua orang rasa apa yang kau rasa bukan.

Yang ketiga ialah jangan harap orang akan klik nuffnang kau. Ah kau pun tak klik nuffnang orang. Kadang-kadang buka blog sendiri lepas tu takde komen baru kau pun tutup blog shutdown laptop off handset tutup lampu kipas lepas tu tidur. Okay-okay kipas buka la. Takut panas pulak nanti.

Itulah ketiga-tiga perkara yang penting sebelum aku menaip entri baru. Bila aku dah set kan dalam minda aku macam ni, tentu tak kisah kalau orang komen atau tak, orang suka atau tak, orang klik nuffnang atau tak.

Sebenarnya aku tak kisah pun pasal semua ni. Aku tak harap orang komen entri aku. Tak harap orang suka entri aku. Cuma aku kisah ialah orang tak klik nuffnang aku. Marah betul aku.huehuehue. Ceh tetap mengharap.

Friday, December 18, 2009

Pantun jiwa ke jiwa


Kredit untuk lumut sebab menghebohkan contest ni.

So dengan cepat aku join. Cik helena ni comel juga lah. Pandai masak. Pandai jaga adik. Jaga kakak. Jaga abang. Jaga jiran umah sebelah. Jiran umah nenek. Okay-okay ni bukan contest puji-puji Cik helena.

Ni contest buat-buat pantun. Undi yang terbaik okay.

Cinta pertama dekat di hati,
Cinta terakhir kan kekal abadi,
Apakah itu cinta sejati;
Itulah dia cinta Ilahi.


Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Jangan pernah putus asa

Yeah aku baru sampai rumah sewa dari poli ipoh. Banyak benda nak cerita. Jari dah terketar-ketar nak post entri baru. Yelah mana tak terketar-ketar, dalam bas sejuk gila. Luar bas pulak hujan gila. Memang sejuk gila babai punya lah.

Aku teringat masa dalam perjalanan balik tadi. Aku nampak sorang budak aneh nak peluk bas aku. Aku tengok gaya dia peluk besar peluk kecil bas aku naik tu. Lepas tu pensyarah pengiring aku cakap,

" TENGOK BUDAK TU PELIK TENGOK BAS KITA PENDEK"

Baru aku faham rupa-rupanya budak tu tengah ukur bas aku. Biasa dia tengok panjang saja. Tapi yang ni pendek mestilah dia pelik. Sebenarnya aku naik bas pendek (coster). Aku pergi lapan orang termasuk pensyarah pengiring sebab tu lah naik coster sahaja. Nasib baik budak tu comel, kalau tak dah lama aku lempang dia.

Aku ada cerita sedih tau. Paling sedih lah cerita ni. Aku nak cakap ni cerita paling sedih tahun ini. Kau tahu ceritanya ialah aku dapat tengok siaran langsung bola sepak Malaysia lawan Vietnam pada minit ke-83. Gila kau Malaysia dapat masuk final sukan SEA lawan Vietnam tapi tak tengok siaran langsung dari awal sebab masih dalam bas. Memang sedih gila bukan.

Tapi nasib baik. Elok sahaja aku duduk dekat kedai makan. Tak sempat panas lagi bontot aku tiba-tiba,

" GOOOOLLLLL"

Peh Malaysia gol weh! Malaysia gol! Macam nak bagi aku tengok Malaysia menang lah tadi. Betul-betul aku duduk sahaja lepas itu terus gol. Bertuah betul aku kalau ada orang belanja choki-choki. Okay takde kena-mengena.

Papepun aku nak ucapkan tahniah dekat pasukan Malaysia sebab menang semalam. Eleh macam Sharbeenee baca blog aku nak ucap-ucap tahniah ni. Eh kenapa aku asyik teringat Sharbeenee je ni. Mungkin sharbeenee mempunyai nama yang unik sebab tu boleh teringat. Pemain lain macam zakwan, badrul bahri tak ingat pula. Eh tiba-tiba teringat juga.

Okay jadi bagaimana dengan topik utama iaitu hasil aku pergi mengambil test semula (retest)? Aku tak pernah putus asa. Ah malas lah aku nak cerita. Aku failed lagi.

Wednesday, December 16, 2009

Kalau semuanya nasib baik kan sedap

INGAT lagi tak entri ni memalukan

Esok aku akan pergi lagi cuba untuk menggagalkan diri dekat PUO. Memang susah gila soalan dia. Tak payah harap lah nak lulus. Dulu tak tengok lagi soalan bajet boleh jawab lah. Sekarang dah tau soalan dia bagaimana tak payah cakap lah memang susah gila. Aku ni sudah lah malas. Comel pula tu. Mana nak lulus ujian tu.

Tapi aku pergi juga bak kata pensyarah pengiring,

" KITA CUBA JE LAH MANA TAU AWAK BERNASIB BAIK BOLEH LULUS"

Selalunya memang nasib baik lah. Nasib baik tak lupa nak gosok gigi. Nasib baik tak lupa nak mandi pagi. Nasib baik tak lupa nak pakai boxer.

Tentang tu semualah nasib baik. Tapi nak lulus ujian JAVA tu memang susah lah nak dapat nasib baiknya. Seribu kali nasib baik mandi pagi pun tak boleh lawan satu nasib baik ni. Kira senang cakap nasib tak baik lah punya lah. Aih macam mengarut dah ni.

Aku harap-harap je lah dapat nasib baik.

Orang melayu kan suka nasib baik?

Emm. Tapi aku bukan melayu. Aku indon + melayu. Jadi inyu ataupun meladon. Ah macam apa lah pulak.

Tuesday, December 15, 2009

suka sangat lah ni


YAHOOOOOOOO!!!

Exam dah habis!

Merdeca merdeca. Kite dah abis exam.huehuehue

Hahahaha.

Okay-okay jangan suka sangat. Nanti dapat duka.

Hehe sukanya saya dah habis exam. Terus hilang pening kepala sakit perut sakit mata sakit telinga sakit perut sakit sendi tulang sakit jiwa.

Nah aku belanja gambar-gambar sebelum exam masa tengah pening tapi macam dah habis exam.







Dah-dah aku nak pergi mengucapkan selamat hari merdeka dekat semua orang.


Sunday, December 13, 2009

Ada petanda tak?

Aku tak tahu lah sejak dua menjak tiga menjak ni aku rasa letih sangat. Badan rasa lemau-lemau ubi. Sampai aku pernah termimpi yang sangat jelas. Aku boleh ingat satu persatu pergerakan mimpi tu. Cerita mimpi laaagi.

Yang aku ingat dalam mimpi ada dua orang aku kenal. Sorang ali (bukan nama betul) dan sorang amad (juga bukan nama betul).

Kitorang masa tu pergi ke satu tempat dengan menaiki motor. Pada masa tu ialah waktu malam. Dan waktu adalah hujan. Kitorang pergi dekat sebuah kawasan macam hutan sikit dan ada sungai dekat kawasan tu.

Tapi,

Dalam perjalanan sampai ke tempat tu, aku terjatuh dari motor. Barang-barang yang aku bawa turut terjatuh. Aku bangun dan angkat barang aku sorang-sorang. Ada orang yang berdiri depan aku tapi dia buat dono sahaja aku angkat barang sorang-sorang.

Lepas tu sampai je dekat kawasan sungai tu. Aku tengok member aku nak mandi.

" KAU TENGOK KAT SITU BOLEH MANDI" kata amad

" MANA BOLEH MANDI LAH, NAK MANDI KAT MANA?" tanya ali

" TUU" (amad menunjuk menyuluh-nyuluh pada sungai)

Lepas itu aku tanya kepada amad.

" MALAM-MALAM PUN NAK MANDI KE?"

" AKU PANAS LAH" jawab amad.

Tau-tau saja kami dah mandi dekat sungai tu.

Paling aku takut masa aku mandi tiba-tiba kepala aku jadi berat ke kanan. Aku angkat kepala aku tapi masih lagi menyenget ke kanan. Aku cuba lagi angkat tapi ia tetap ke kanan sehinggalah aku terbangun dari tidur.

Aku bangun-bangun dah pagi.

Aku tak tahu apa petanda mimpi. Adakah aku akan mendapat atuk baru atau isteri baru. Aku pun tak pasti. Macam ada petanda sahaja mimpi ni. Siapa-siapa boleh bantu aku?

Saturday, December 12, 2009

Sahabat umpama lautan

Pentingnya persahabatan.

Persahabatan ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan. Sahabat umpama laut yang luas dan kita umpama sebuah kapal Titanic. Tanpa laut sudah tentu kita tidak mampu bergerak. Tanpa laut kita tidak mampu mengapungkan diri. Tanpa laut sudah tentu kapal tidak dicipta. Begitulah ibarat betapa pentingnya sahabat dalam hidup kita.

Apekejadahnya aku menulis seperti ini.

Aku tahu nilai sahabat sangat penting. Betapa jauh aku melangkah, jika tiada pertolongan sahabat sudah tentu aku terumbang-ambing keseorangan. Betapa jauh aku terbang, jika tiada sayap sahabat sudah tentu melompat pun tidak mungkin aku lakukan. Sekuat mana aku berlari, tanpa tenaga sahabat sudah tentu merangkak pun belum pasti terdaya.

Sebuah kisah mengingatkan aku tentang sahabat.

Okay-okay dah dah penat aku tulis macam ini tau. Aku dah lah tak pandai bermadah berseni ni. Entah betul entah tak perumpamaan aku buat tu. Sesiapa yang baca buat-buat faham je lah ya.
Siapa tak faham mengikut firasat aku dia anak luar negeri. Hah hah semua nak mengaku tak faham lah tu?

Okay okay aku nak cerita ni. Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang sangat comel. Nama lelaki itu orang panggil dia Pit.

Pada satu hari Pit termimpi bapanya mengejutkan dia untuk sembahyang subuh. Dia pun bangun dan pergi mengambil air sembahyang. Selepas dia selesai sembahyang dia sambung tidurnya balik.

Tapi lama-kelamaan dia terasa sakit sedikit. Rupanya Pit kena libas oleh bapanya kerana tak bangun-bangun dari tidur. Dia tak sedar bapanya telah kejut banyak kali menyuruhnya pergi sembahyang. Dia sangka kan sudah sembahyang, rupa-rupanya tadi itu hanya mimpi.

Pit menyesal kerana percaya kepada mimpi tersebut. Dia teringat kawannya pernah memberitahu dia,

" KAU JANGAN PERCAYA SANGAT, MIMPI TU CUMA MAINAN TIDUR"

Sejak dari itulah baru dia percaya bahawa sahabatnya itu sangat penting dalam hidupnya. Jika tidak sampai sekarang Pit tidak tahu mimpi itu kadang-kadang hanya bayangan hasutan syaitan. Pit tahu sahabat ialah sumber inspirasi nya.



p/s: entri khas buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Selamat Hari Sahabat. Setiap hari adalah hari sahabat bukan?

Friday, December 11, 2009

Perkhidmatan terbaik pegawai murahan

Hai selamat kembali ke tanah air. Hari ini saya ingin menceritakan tentang satu kisah seorang pegawai perkhidmatan pelanggan pra-bayar.

Ia adalah mengenai perkhidmatan telefon yang terdapat dalam Malaysia.

Saya pernah mendapat satu mesej yang berbunyi,

"Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi Video Peribadiku yang hebat, sila balas ya.Warning! Hanya utk umur 18 keatas!"

Perkhidmatan ini saya tak tahu berapa cas nya. Mengikut pemahaman saya, saya sudah boleh membalas ya pada usia saya sekarang ni.

Apa yang merunsingkan saya ialah kadar bayarannya sahaja. Nasib baik lah saya tiada kredit, kalau tak mesti boleh balas ya.

Saya sudah 20 bukan.

Wednesday, December 9, 2009

Tips semasa mengulangkaji pelajaran

Kenapa kita perlu makan lebih daripada sekali sehari?

Berikut adalah jawapan aku.

Pertama, untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.
Kedua, untuk menggerakkan otak yang tak berjalan.
Ketiga, untuk meneman kawan makan sekali.
Keempat, untuk menghilangkan rasa mengantuk sebab study.
Kelima, kau fikir lah sendiri.

Kenapa aku tiba-tiba bercerita tentang ini.

Kamu tahu lah nak dekat-dekat akhir semester ni duit mesti dah habis. Bukan habis la. Maknanya tinggal beberapa sen sahaja dalam poket. Tapi hidup mesti diteruskan, jangan mengaku kalah, pantang undur sebab berapa hari lagi nak habis exam.

Tapi yang aku pelik makin hujung ni makin kuat pulak aku makan. Sikit-sikit makan. Banyak-banyak pun makan. Sederhana-sederhana lagi lah makan.

Mana tak nya, bila masing-masing dah sibuk study, otak banyak guna. Perut jadi lapar. Bila masing-masing dah sibuk study, pening kepala aje terus ajak pergi makan hilangkan tekanan. Bila masing-masing sibuk study aku sibuk taip entri ni lagi boleh post lagi.

Jadi aku nak beri petua sikit lah kalau tengah belajar. Taknak gangguan sangat bila study.

1. Pastikan kamu ada stok megi goreng sedap dekat sebelah.
2. Pastikan kamu ada stok kacang dekat sebelah.
3. Pastikan kamu ada stok biskut oreo dekat sebelah.
4. Pastikan kamu ada stok nasi ayam dekat sebelah.
5. Dah lah tak payah baca dah faham kamu memang kena ada banyak stok makanan.

Okay itu sahaja dari aku. Adakah tips ini berguna? Tekan ya atau tidak pada ruangan new message dan hantar ke PANAS.

Tuesday, December 8, 2009

Apa erti terima kasih

Sedih betul aku dengar cerita pasal kemalangan dekat kbmall tu. Paling sedih lagi adik sendiri pun lari tengok akak dia jadi camtu. Kalau jalan takpe jugak. Ni nak lari-lari pulak. Kita doakan je la dekat mereka ye tak.

Tapi aku bukan nak cerita sedih hari ni. Aku nak cerita garang. Sebab apa garang. Sebab seorang makcik ni.

Seingat aku masa tu aku tingkatan berapa entah. Zaman itu memang aku dan rakan-rakan tengah ketagih main counter-strike. Tau tak counter-strike tu ape. Dia macam main tembak-tembak polis. Nak-nak polis tu muka macam selipar jepun. Tembak je dekat kepala confirm mati terus. Kalau nak sedap lagi baling bom asap pastu nanti polis tu jadi buta, pastu target kepala dia biar pecah terus.

Okay sambung cerita. Masa tu kitorang baru sampai lah dekat CC VONTONG. Kitorang panggil cc vontong sebab bawah cc tu ade kedai kain baju name vootong. Kalau siapa orang bentong paham sangat lah dekat mana cc tu.

Kira kitorang baru lepas mati enjin motor lah masa tu. Pastu tiba-tiba ada sorang makcik naik kereta waja parking sebelah kitorang. Tengok makcik tu memang macam kelam-kabut sikit masa tu. Dia keluar kereta terus naik bangunan berdekatan cc tu. Kitorang tak perasan pintu mana dia masuk.

Yang kitorang perasan makcik tu tertinggal kunci dekat atas kereta. Kitorang syak kunci spare kereta dia sebab bentuknya memang macam kunci kereta. Dengan pantas kitorang ambik kunci tu dan kejar makcik tu. Kitorang try-try bangunan yang ade dekat situ sebab nak bagi kunci. Tapi kitorang tak jumpa orangnya.

Kitorang hampa sekejap. Dengan penuh baik, kitorang tunggu lah makcik dekat dengan kereta dia. Lepas dia turun je nak pergi dekat kereta terus kitorang bagi kunci tu.

" NAH KUNCI KERETA MAKCIK"

" HMM"

Lepas tu makcik tu terus blah.

Mak aih makcik ni. Kitorang punya lah nak bagi balik kunci dengan niat mulia. Terima kasih pun tidak. Terima duit jauh sekali. Terima kasut apatah lagi.

Kitorang pun bengang lah kan. Terus masing-masing berangan kalau lah tak pulang kunci tu kan bagus. Boleh bawak jalan-jalan lepas tu jual kereta. Boleh bukak kandang lembu satu. Bila lembu dah besar boleh jual pastu beli banglo. Tempah orang gaji suruh basuh okay-okay dah dah tak payah berangan banyak sangat tak elok.

Takpe lah makcik. Janji kita ikhlas kan? Tak kisah lah takde terima kasih pun.

Tapi

Kalau ada terima kasih mesti tak berangan macam tu. Kan?

Sunday, December 6, 2009

Lama-lama rileks sampai lupa hari

Hoyyeyy lepas satu paper. Suka nya suka nya. Rasa macam dah lima tahun tak makan nasi pastu dapat makan free makwe belanja.

Gila baru satu paper dah suka macam ni. Lagi tiga paper macam takde sahaja. Mana tak nya, aku ada gap 7 hari bersamaan seminggu bersamaan 168 jam bersamaan dah lah kira sendiri. Aku boleh berfoya-foya selama seminggu ni dekat metropolitan dungun ni sebab tak balik rumah. Niat di hati memang hendak study, harap-harap niat aku ni tak terganggu di tengah jalan. Tah apa aku cakap ni.

Semalam aku pergi nak bayar bil streamyx dekat dungun. Macam-macam dugaan aku kena tempuh. Aku punya kunci motor tinggal rumah member. Motor tak boleh gerak. (macam mana nak gerak takde kunci ye tak). Jadi pinjam motor kawan. Tapi paling tak tahan masa nak pergi bayar bil. Kena maki tu aku tak tahan. Aku berhenti dekat lampu isyarat. Aku pandang kiri ada 2 orang polis,

" MANA MU PUNYA SIDE MIRROR?"

"HAH?"

" MANA MU PUNYA SIDE MIRROR?"

Aiseh men aku usha-usha dekat motor rupanya takde side mirror. Aku jadi cuak.

" TAKDE LA PAKCIK, TAK PERASAN, SAYA PINJAM MOTOR KAWAN NI"

" BOOTOAH MU TAK PERASAN. KALAU KENA SAMAN MU BUKAN KAWAN MU!"

Kan kena maki. Nasib baik lampu dah hijau. Dia jalan dulu. Aku ikut belakang. Aku tengok dia masuk car wash. Nak basuh kuda putih la tu (kuda putih tu motor besar tu lah). Aku lega sebab tak kena saman. Kalau tak habis melayang free duit aku yang tak bersalah.hish.

Aku teruskan perjalanan. Sampai-sampai dekat tm point aku nak bayar bil. Tengok-tengok tm point pulak tutup.

Cis. Macam mana lah aku lupa semalam hari sabtu. Mana lah nak bukak.





Baca blog hana terus nak jeles. terus edit entri untuk contest.heuheu

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Saturday, December 5, 2009

Memasuki medan perang bukan kuali

Salam satu Malaysia. (jawab dengan apa tah aku pun tak tahu)

Orang lain tengah sedap-sedap bercuti aku pulak pahit-pahit tengah belajar. Kamu tahu lah budak poli baru nak start exam. Kepala masing-masing dah kena ikat dengan kain putih tak boleh bukak tingkap bukak radio sebab nak study. Tapi takdelah aku buat macam tu. Aku sampai sekarang keliru kenapa nobita bila kena paksa belajar dia buat macam tu.

Aku start paper hari ahad ni. Hari ni baru nak lari-lari studi. Awal-awal malas gila berat badan berat bontot semua berat. Dah last-last ni memang agak kelam-kabut sikit lah. Tapi tetap boleh update blog tah pelik betul manusia ni.

Aku harap kamu semua doakan aku dan kawan-kawan yang nak exam ni. Doa kan aku boleh jawablah jangan doa aku dapat makwe pulak. Tapi kalau doa dapat i-phone aku tak kisah sangat. Dapat laptop baru ke baju baru seluar baru ah dah dah banyak pulak nak baru banyak songeh study entah kemana nak macam-macam.

Okaylah aku nak simpan tenaga untuk karang sambung studi. Jaga kesihatan semua.

Friday, December 4, 2009

Pengalaman bergotong-royong

Aku ada ramai kawan. Tapi aku nak cerita pasal seorang je. Cerita ni masa dia dekat asrama. Ye lah masa asrama macam-macam lah cerita hantu. Tapi aku nak cerita ni bukan cerita hantu sebaliknya pasal gotong-royong.

Masa tu lepas je gotong-royong boleh lah rilek-rilek dalam bilik main dam haji. Dam haji tahu tak? Permainan dia yang ada kertas ada petak-petak hitam putih lepas tu ada buah warna merah hitam okay okay dah tak payah cerita panjang sangat. Korang tahu lah kan.

Okay masa kawan aku sorang ni tengah main tengah kalah pulak, masa tu ada orang sepak-sepak kaki dia kacau dia main dam. Dia pun bengang lah. Dia marah orang tu tanpa pandang sebab tengah fokus main dam,

" WOI APA NI SEPAK-SEPAK, JANGAN AH KACAU AKU"

Orang tu tak hiraukan tapi menyepak-nyepak lagi kaki kawan aku ni.

" AKU TENGAH MAIN NI JANGAN LAH KACAU"

Tapi orang tu tetap berdegil. Dia terus dengan perbuatan nya. Kawan aku terus pusing dan nak bangun,

" AKU CAKAP JANGAN KACAU AKU KAN?"

Alamak. Sekali yang sepak dia rupa-rupanya cikgu dia. Selamba aja dia ni pergi marah cikgu tu.

" EH CIKGU RUPANYA, SAYA INGAT KAWAN SAYA TADI MANA SAYA TAU"

hehehe

Terus malu kawan aku. Nasib baik cikgu tu sporting. Tak makan petai. Hidung mancung. Suka melancong. Suka melencong. Okay dah dah takdelah cikgu tu tak macam tu pun. Saje je buat cerita.

Thursday, December 3, 2009

cerita buruk dan berita baik


Pagi tadi.

Aku baru balik dari membeli nasi lemak. Sebenarnya bukan nasi lemak sebab nasi lemak dah habis. Jadi aku beli nasi dagang. Jadi maknanya aku baru balik dari beli nasi dagang lah. Jadi kenapa aku cakap baru balik dari membeli nasi lemak pun aku tak tahu.

Okay yang penting sekarang bukan kerjasama. Aku nak cakap cerita buruk dahulu. Aku nak beritahu kalau dah suruh orang pergi beli barang jangan lah banyak bunyi kan. Ni tak,

" BOOTOAH, WEH APESAL KO BELI NASI DAGANG NI, AKU NAK NASI LEMAK"

" NASI LEMAK HABIS, AKU BELI LAH NASI DAGANG"

" WHAT THE FUN"

" AH KO BANYAK BUNYI BELI LAH SENDIRI!"

Tu lah kalau dah nak macam-macam beli lah sendiri kan kan. Aku sanggup redah hujan sebab nak cari sarapan kan kan.

Nasib baik ada berita baik lepas marah-marah dalam hati. Aku masuk bilik je terus ternampak satu sampul surat berbentuk hati. Takde lah mana ada sampul surat bentuk hati. Sampul surat biasa je lah warna putih bentuk segiempat tepat. Ada tulis nama aku pulak tu. Geli eh gila lah pertama kali dapat surat sebab masuk pertandingan dekat blog.

Tak percaya lah tu.

Betul lah. Tak percaya tengok ni.


hehehe

Jadi aku nak mengucapkan ribuan jutaan milian terima kasih kepada penganjur encik tidak gay FATUL sebab bagi hadiah yang best-best dapat bercuti dekat tambun kalau hendak. Tengok siap tulisan besar besar lagi suruh korang nampak nama penganjur. Sebenarnya aku baru dapat saguhati pertandingan ini. Aku hantar yang ini. Memang lah tak kelakar entri aku hantar rasa nak lempang aje tapi apa boleh buat. Ini semua hanya kerana doraemon. okay tiada kaitan.

Okaylah. Aku nak bersiap-siap pergi tambun dari sekarang. Jangan cemburu buta okay.

Tuesday, December 1, 2009

wujud



Semalam aku baru tengok cerita wujud. Cerita ni cerita hantu betul. Memang real lah cerita ni. Layan jugak kalau tengok sorang-sorang. Itupun kalau kau tak terkencing lah kan.

Cerita dia pasal krew filem pergi cari hantu. Diorang pergi dekat tempat-tempat yang disyaki ada hantu. Macam dekat pasar malam tak payah harap lah. Memang diorang takkan buat punya. Hantu cekodok, hantu burger ataupun hantu selendang ada lah kat pasar malam.

Yang diorang pergi ni macam dalam hutan, dekat kubur, atau dekat bekas rumah santet. Kau tahu santet tu apa. Santet ni macam bomoh hantu juga lah tak silap aku. Dia hantar hantu-hantu jahat dekat orang aje kerja dia. Hantu baik tak hantar kot. Rumah dia ni memang berhantu dah aku tengok. Hantu tak keluar lagi pun aku dah tau memang berhantu rumah tu.

Dalam cerita wujud ni ada jugak cabaran. Sape-sape yang berani ditawarkan 500 dollar selama 5 jam untuk duduk sendirian dekat kawasan berhantu. Tapi dah duduk sorang-sorang memang macam kucing kehilangan anak lah. Ataupun macam cacing kepanasan. Memang tak boleh duduk diam sebab rasa cuak gila babai. Aku tengok takde sorang pun lepas 5 jam. Paling-paling best pun 4 jam setengah je. Lepas tu jumpa pocong depan mata. Mana tak give up nya kan. Aku pun kalau 2 minit belum tentu lepas nak duduk sorang-sorang. Kalau seminit setengah boleh lah kot.

Okay aku dah cerita panjang-panjang ni korang tahu tak pasal cerita ni? Baiklah. Mesti kau dah tahu bukan.