Monday, November 30, 2009

Menukar template lagi

Nampak tak apa-apa perubahan dekat aku? Nampak tak?

Okay memang lah takde apa-apa perubahan dekat aku sebab yang bertukar hanya lah template blog aku.

Aku dah lama kempunan nak tukar template lagi bagi blog ni. Aku rasa kesian dekat mata-mata blogger yang bersilau-silau dengan blog aku. Aku pun rasa sakit mata bila tengok blog lama-lama lepas tu rasa nak tutup blog dan layan farmville aje.

Jadi aku sudah bawakan pakaian baru untuk blog aku. Aku sayang untuk ( i love to) memberi pakaian warna hitam supaya blog ini nampak lebih elegen. Elegen tu kamu tak tahu ke apa. Aku pun tak tahu juga. Yang aku tahu hitam ni macam tahi kambing. Maknanya blog aku memakai baju tahi kambing. Okay boleh faham sikit-sikit.

Aku juga meletakkan hiasan-hiasan senarai blog dekat tepi baju blog ini. Sesiapa yang tiada dalam senarai bukan bermakna kamu tidak best. Mungkin aku tidak perasan blog kamu. Jadi aku meminta jasa baik kamu mengingatkan aku seperti ini,

" WOI LINK LAH BLOG AKU, TAGUNEE PUNYA RAFIQ"

ataupun,

" RAFIQ, SAYA SUDAH LINK BLOG ANDA"

" TERIMA KASIH LINK BLOG SAYA YE RAFIQ"

Jadi kamu faham lah aku juga mahu link blog kamu. Aku bukannya tidak membaca blog orang lain. Baca juga lah. Betul.

Sunday, November 29, 2009

Aku taknak jadi mat rempit

Baru ni member aku mat rempit balik kampung. Kampung dia dekat juga lah dengan rumah aku dekat Bentong tu. Aku dengar dia baru beli motor RXZ Catalyzer. Aku pun bangga lah sebab kawan aku dah maju sikit.

Tapi yang menyedihkan motor tu dah takde. Sebabnya kena samun. Aku jadi terkejut gila.

" APE CITE NI BAI?"

" AKU KENA SAMUN DO, 5 ORANG KEPUNG AKU. DIORANG PUKUL2 LEPAS TU BAWAK LARI MOTOR. ABES MOTOR AKU BARU SEMINGGU AKU PAKAI"

Mak oi sedih gila aku dengar. Aku pun tak sempat tengok motor dia bawa, tau2 dah kena samun. Kesian gila aku dekat member aku tu. Nasib baik lah dia tenang je aku tengok. Boleh gelak-gelak lagi walaupun aku rasa bahaya gila. Kau tahu badan member aku ni dah berlubang sebab kena skru driver masa berlawan ngan penyamun penyangak tu. Mana tak cuak nya aku tengok badan member aku pun dah berparut.

Bila aku dengar je pasal ni terus aku bengang gila dengan mat rempit. Kalau takde duit sangat pergilah kutip taik kucing dekat tepi jalan pastu jual dekat pasar malam. Itupun kalau laku lah. Tak pun pergi ambik upah panjat pokok kelapa pastu kelapa tu hentak kat kepala sendiri sampai mampos. Aman sikit dunia takde penyamun. Kesian dekat mangsa-mangsa samun. Penat lelah kerja bertahun-tahun nak beli motor, kereta, senang-senang je penyamun ni merembat.

Aku teringat masa aku interview dekat 7-eleven dulu. (ya aku penah interview sebab nak kerja part-time). Manager dia tanya,

" APA AWAK BUAT KALAU PEROMPAK DATANG MEROMPAK KAT SINI?"

(Aku punya keyakinan kurang sikit jadi cakap pun tak yakin)

" DISEBABKAN SAYA LEMBIK SAYA BAGI JE LAH APA YANG DIA MINTAK. PASTU CAM MUKA PEROMPAK TU. PASTU REPOT LAH POLIS"

" OOO OK2. TUNGGU PENGESAHAN NANTI YA. KALAU AWAK DAPAT PANGGILAN MAKNANYA AWAK AKAN DAPAT KERJA DISINI"

Sampai ke sudah aku tunggu tak dapat2 panggilan. Aku faham lah memang aku tak dapat kerja kat situ. Kalau sekarang ni ada orang tanya lagi macam tu mesti aku jawab macam ni,

" KALAU ADA PEROMPAK MULA2 KITA TANGKAP DIA, KITA IKAT DIA DEKAT POKOK, KITA PANGGIL SUME ORANG KAMPUNG KITA PUKUL DIA RAMAI2, LEPAS TU KITA BELASAH BELAKANG BADAN DIA SAMPAI BENGKOK, LEPAS TU KITA GANTUNG PULAK DIA DEKAT ATAS POKOK KITA LASTIK RAMAI2 DIA PUNYA TELUR SAMPAI PECAH, LEPAS TU BARU KITA HERET DIA KE BALAI POLIS."

Okay-okay kalau macam ni lah kamu rasa ada peluang tak aku nak dapat kerja dekat 7-eleven tu?

Bahaya hisap rokok depan shopping complex

Semalam aku jalan dengan gengster. Langsi-langsi lah kiranya. Gila kau mesti lah cuak-cuak sebab aku bukan gengster. Aku budak comel yang tidak bersalah.

......

Okay.

Tiba-tiba dia tanya aku,

" BRO, LU TAU ISAP ROKOK DEPAN TS KENA PEGANG?"

Aku cuak,

" EH YEKE, APESAL KENE PEGANG PULAK? ISAP ROKOK JE KOT."

Dia pun cakap,

" EH MEMANG LA ISAP ROKOK KENE PEGANG ROKOK, KALAU TAK MACAM MANE NAK ISAP?"

.....

Cis.

Aku tertipu.

Thursday, November 26, 2009

Pulang buat sementara

Mahu balik kampung menenangkan otak yang serabut sebab persembahan audio video yang macam hampas kelapa kering.

Tak boleh blah.



masih mampu tersenyum.


p/s: Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Wednesday, November 25, 2009

Pantun untuk hari ini

Laptop aku dah macam haram.

Screen dah jahanam.

Nak update blog pun lebam.

Sebab kau bukan tembam.

p/s: nak order skrin baru yang murah bawah 2ratus 3ratus. kalau ade lah kan.

Selamat datang ke Kuala Terengganu

Skrip asal:

Hai saya Muhammad Rafiq Hasrudin. Selamat datang ke Kuala Terengganu. Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat pelancongan. Banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati di Terengganu antaranya Pulau Kapas, Pulau Redang, Taman Tamadun Islam dan sebagainya. Kawasan ini sangat cantik tertarik kau memang dabombastik. Mari kita terjah tempat-tempat tersebut.

Skrip tak asal:


video

Hehehe.

Amacam. Boleh ganti Zakiah Anas tak?

Monday, November 23, 2009

Aku rasa kelakar

Kamu pernah menjadi seorang ketua kelas? Atau seorang ketua kumpulan? Atau jika tidak pun pun ketua permainan guli? Jika pernah pasti kamu pernah rasa bangga sedikit. Ia bukan bongkak atau angkuh tetapi cuma rasa bangga yang sepadan. Faham tak ni?

Okay dulu aku pernah jadi security guard bersama scout aku. Kerja kami mengawal orang keluar masuk ke dalam kem askar. Semasa itu kami masih lagi perajurit muda wataniah.

Sedang kami bertugas, datang seorang askar berpangkat sarjan melepak bersama kami. Dia memberitahu supaya jika ada pegawai lalu di hadapan pondok pengawal harus memberi tabik hormat. Muka dia sangat serius memberi arahan itu. Kami angguk tanda faham.

Tengah kami bersembang-sembang hal dunia, tiba-tiba pegawai askar lalu di hadapan kami. Pegawai itu ialah mejar yang mana beliau ialah ketua di kem.
Pegawai itu membawa kereta waja dan lalu di hadapan kami dengan laju sekali.
Aku menjadi terpinga-pinga kerana tidak sempat menabik hormat. Bila aku toleh ke arah sarjan. Aku lihat dia mahu menabik hormat ke arah mejar tetapi mejar tidak memandang.

Kamu tahu apa sarjan buat. Dia membuat gaya menyikat rambut untuk mengelakkan malu. Tahu tak menabik hormat tetapi menyikt rambut. Tahu tak ni? Aku hanya menahan gelak melihat perlakuan beliau.

Selepas sarjan itu pergi dari aku. Kami gelak dengan sepuas-puasnya. Memang kelakar gila lah aku tengok gaya dia cover line.

Hahaha. Aku sudah tidak tahan gelak. Aku dah boleh gelak sorang-sorang sekarang ini.

Okay-okay sudah. Aku tahu cerita tak lawak. Aku nk cerita dekat nenek aku lah macam ni. Mesti die ketawa.

Sunday, November 22, 2009

Entri hantu betul punya

Entri ini agak menyeramkan. Sesiapa yang mempunyai masalah lemah semangat atau sakit jantung sila jangan baca.

Sesiapa yang tinggi semangat boleh baca seorang diri. Hendak seram lagi boleh menutup langsir tingkap di sebelah anda.

Kejadian ini berlaku di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Pada suatu pagi, Amai (bukan nama sebenar) tiba-tiba berasa sakit perut. Dia terus berlari ke tandas untuk membuang air besar. Apabila Amai sampai di tandas dia melihat ketulan najis di dalam tandas tidak di cuci. Terus Amai pergi ke tandas lain dan melepaskan hajatnya.

Setelah sekian lama didapati tandas yang tidak dicuci itu dibiarkan kotor. Orang ramai tidak mempedulikan tandas itu kerana terlalu busuk. Tidak ada orang yang berani menggunakan tandas tersebut.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah musim peperiksaan. Amai yang ketika itu sedang mengulangkaji pelajaran tiba-tiba dia didatangkan seorang rakan, tumpuannya terganggu seketika,

" AMAI, KAU PERASAN TAK TANDAS BUSUK DEKAT BLOK KITA NI?"

" YE AKU PERASAN. KENAPA?"

" KAU TAHU SIAPA PUNYA KERJA?"

" TAK TAHU LAH. SIAPA EK?"

Amai tiba-tiba menjadi seram sejuk dengan soalan yang ditanyakan oleh rakannya itu. Dia mendengar sahaja dengan penuh tumpuan apa yang diperkatakan oleh rakannya.

" KALAU KAU NAK TAHU ITU KERJA AKU LAH. SATU MALAM TU AKU NAK BERAK. TAPI TENGAH-TENGAH BERAK AKU TENGOK ADA ORANG BERTENGGEK ATAS PALANG TEMPAT AKU BERAK TU. TERUS AKU LARI DENGAN TAK SEMPAT BASUH BERAK LAGI."

Amai yang mendengar percakapan rakannya terus terdiam. Dia menjadi takut dan pucat. Sejak kejadian itu Amai tidak lagi berani berak di tandas itu.

Saturday, November 21, 2009

Fatul suruh buat entry kelakar

Pada suatu hari aku bangun dari tidur. Aku mahu pergi mandi dan gosok gigi. Tapi bila aku hendak masuk sahaja bilik air aku lihat ada orang di dalam bilik air. Aku nak cepat.

Aku tidak mandi pada hari tersebut. Aku mahu spray sahaja minyak wangi pada baju tetapi spray pula habis. Aku pergi sahaja kelas dengan tidak mandi dan badan berbau busuk.


Apabila sampai di kelas satu kelas menutup hidung kerana aku berbau busuk. Pensyarah memanggil aku ke hadapan kerana berbau terlalu busuk.
Pensyarah sangat marah kepada aku kerana tidak mandi dan membawa aku berjumpa pengarah.

Di dalam bilik pengarah, pengarah juga menutup hidungnya kerana berbau busuk. Tanpa banyak cerita pengarah terus memberi surat berhenti dan menghantar aku ke balai polis.


Semasa di balai polis aku terus di hadapkan ke mahkamah. Polis menengking aku kerana tidak mandi. Aku juga menyebabkan polis juga hampir pengsan dengan bau aku. Aku tidak sempat lagi berkata apa-apa kepada polis dan mereka terus menyumbat aku ke dalam penjara.


Di dalam penjara juga banduan-banduan lain mengejek-ngejek aku kerana berbau bangkai. Mereka terus mengelilingi aku dan menunjuk-nunjuk muka aku sambil berkata,

" BUSUK, BUSUK, BUSUK"

Aku terus merajuk setelah mereka berkata begitu.

Aku meminta izin kepada polis untuk pulang ke rumah. Polis membenarkan aku pulang dengan segera.


Sampai sahaja di rumah aku terus mandi.


Sekarang aku sudah selamat daripada segala ancaman. Aku berasa lega. Itulah cerita paling dasyat pernah aku alami.


p/s: cerita rekaan ini adalah untuk contest ini. jangan marah haa.hehe

Bergaduh bukan penyelesaian

Semua orang tahu sekarang ialah musim hujan di Malaysia. Hujan boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk cuaca. Ia bukanlah sejenis kumpulan yang biasa difikirkan oleh sesetengah pihak yang berjiwa muzik.

Tempat aku juga sudah masuk dalam musim hujan. Sudah boleh kata setiap hari mesti hujan. Pernah dari pagi hingga ke malam hujan tidak henti-henti. Kalau berhenti pun sekejap sahaja lepas itu akan hujan balik. Bila hujan-hujan begini mesti berhati panas sedikit.

Kalau dulu bila hujan mesti aku akan menyanyi,

" HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN AIRMATAAA"

Lepas itu kawan aku juga nyanyi,

" HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARAAA"

Kami berasa pelik yang mana satukah betul. Akhirnya kami bergaduh-gaduh mengatakan ayat sendiri yang betul. Tiba-tiba aku teringat, tak baik gaduh-gaduh nanti kita ikut hasutan syaitan.

Kawan aku yang lain pernah berpesan,

" KALAU ORANG MARAH KITA, KITA JANGAN MEMBALAS SEBALIKNYA KITA KENA TENANG SAHAJA. NIKMAT MENAHAN MARAH LEBIH BESAR DARIPADA KITA MEMBALAS ORANG MARAH.

Bila aku fikir betul juga kawan aku cakap. Lebih baik kita bersabar. Nanti kalau dah bertumbuk nanti apa pun tak dapat. Yang dapat hanyalah sakit-sakit badan. Rasa tidak puas hati juga masih ada sekiranya kita bertumbuk.


Kalau tenang sahaja pasti lebih nikmat bukan?



p/s: Susah juga nak menjemur sekarang ni. Seluar dalam pun susah nak kering bila dah hujan. Terpaksa pinjam dengan kawan.haha

p/s: Jangan marah-marah kalau hujan. Itu semua adalah rahmat tuhan.

Friday, November 20, 2009

Cerita tentang hantu raya

Pastikan kamu sudah membuang air kecil sebelum membaca cerita ini. Cerita ini mungkin boleh menyebabkan kamu terkejut dan melakukan number one secara automatik. (okay-okay tak payah percaya sangat)

Sewaktu aku kecil lagi aku sudah ada cerita hantu tersendiri. Seingat aku ketika itu aku berusia lapan tahun. Bermakna aku berada dalam darjah dua.

Pada waktu itu suasana adalah petang. Budak-budak kelihatan bermain seperti biasa. Tetapi sebenarnya petang itu aku sudah berasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu bakal berlaku tanpa di duga.

Aku membuat rileks sahaja walaupun berasa tidak sedap hati. Membuat rileks sahaja. Membuat rileks sahaja. Membuat rileks sahaja.

Petang itu aku tidak pergi bermain bersama kawan-kawan. Aku membantu emak aku membersihkan longkang di hadapan rumah. Aku pelik kenapa aku begitu rajin ketika itu.

Longkang itu agak kotor juga dengan sampah-sarap yang banyak. Aku menggunakan penyodok longkang untuk membuang sampah. Sedang aku sibuk membersihkan longkang itu seorang budak yang comot datang di tepi aku.

Budak itu melihat sahaja perlakuan aku. Aku bertanya kepada budak itu,

" KAU NAK APE HA BUDAK?"

Budak itu hanya diam sahaja dan membuat muka innocent.

Aku berasa bengang dengan budak itu kerana mukanya sangat membencikan. Lalu aku mengambil ulat gonggok yang terdapat di dalam longkang dan memasukkan ke dalam seluar budak tersebut. Budak itu menangis-nangis teramat sangat dan meronta-meronta mahu melepaskan diri dari ulat gonggok.

Aku gembira melihatnya. Raut wajah aku bertukar bak senyuman nenek kebaya mengahwinkan anaknya Shamsiah. Baru aku tahu, rupa-rupanya aku hantu juga waktu dahulu.

Teruja aku bila teringat kisah ini.

Thursday, November 19, 2009

Beruk juga berbakat

Terima kasih kepada yang menyokong aku menjadi penasyid.(okay walaupun takde siapa cakap). Aku rasa bila dapat makan free selepas persembahan itu adalah salah satu kamu memberi sokongan kepada kami semua. Terima kasih daun keladi.heheheheh.

Hari ini aku bukan mahu bercerita tentang beruk. Tetapi aku mahu bercerita tentang bakat yang ada pada beruk. Semua orang ketahui beruk pandai menyanyi sejak dahulu. Itu kalau kamu percaya lah kan. Selain itu beruk sangat berbakat dalam memanjat-manjat dan melompat-lompat.

Sejak aku tengok cerita Ninja Warrior dekat tv aku dah mula tertarik dengan cerita itu. Pasti ramai yang sudah tahu pasal cerita tengah maghrib itu bukan. Cerita ini lah buatkan kadang-kadang aku sembahyang lambat. Sebab nak tengok mat jepun dekat dalam cerita tu buat aksi punya pasal lah ni. Aksi diorang sebiji macam beruk tahu.

Walaubagaimanapun aku juga memang minat sangat dengan cerita tu. Rasa boleh ketagih juga kalau tak tengok cerita tu. Bila aku tengok mesti akan cakap,

" EK ELEH SENANG MACAM TU PUN TAK LEPAS! "

" KALAU AKU MESTI LEPAS PUNYE!!"

" BERUK, KAU DAH SEMAYANG BELOM?"

Aku memang akan rasa macam tu. Kalau ada peluang hendak pergi sana menyertai pertandingan itu, pasti aku takkan lepaskan punya. Kamu semua doakan lah aku ya. Kalau malaysia nak buat Pendekar Warrior pun aku tak kisah. Takpe. Panggil sahaja aku. Aku memang minat gila lah aktiviti macam ni. Hendak-hendak pula aktiviti itu macam beruk. Lagi lah aku suka.

Wednesday, November 18, 2009

Kenapa saya suka berblog

Tadi aku baru sahaja membuat persembahan nasyid. Sebenarnya bukan aku lah tetapi kami sebenarnya. Ya kami baru sahaja membuat persembahan nasyid untuk Anugerah Ketua Jabatan Mekanikal (AKJ). AKJ itu berlangsung dekat Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (tempat aku belajar lah itu)

Kamu tak percaya ke aku pandai bernasyid? Aku pandai juga sebenarnya tapi aku hanya jadi suara latar sahaja lah. Suara aku tidak boleh boleh menjadi solo kerana nanti akan menjadi tak sedap persembahan kami. Aku ingat lagi kawan aku kata,

" KAU KALAU TARIK TINGGI SANGAT MESTI NANTI JADI SHREKK"

Aku pun pelik lah kenapa jadi shrek pula. Sedangkan aku tidak lah besar sangat dan muka aku bukan seperti harimau bintang. Rupa-rupanya shrek itu ialah bunyi tidak sedap yang keluar apabila menarik sesebuah lagu yang tinggi.

Jadi aku hanya jadi latar pun dah kira okay lah. Dapat juga bagi sumbangan dekat persembahan sikit-sikit.

Okay mana perginya mata(point) mengapa aku suka berblog?

Kamu carilah kalau kalau aku ada dalam ini.


Inilah sebabnya, bila aku taip sahaja mesti ada benda yang aku hendak cerita. Mula-mula fikir hendak cerita lain tapi bila dah taip jadi cerita lain. Menarik bukan berblog ini. Boleh mengarut mengarut walaupun orang akan menyampah dengan cerita kita kadang-kadang.

Sebab lainnya aku boleh cerita apa sahaja yang aku mahu. Dan yang lebih penting lagi aku tidak nampak reaksi muka orang yang membaca cerita aku. Kalau depan mata mesti dah boleh lempang aku dengan laju-laju sebab cerita entah apa-apa. Kalau belakang mata mestilah aku selamat bukan.

Aku berhasrat hendak meneruskan berblog sehingga aku dewasa kelak dan menjadi datuk. (datuk yang ada cucu). Nanti cucu aku boleh baca cerita aku dari kecil hingga tua dan terus cucu aku melempang datuknya sendiri. Tapi langkah yang pertama aku rasa patut buat ialah potong.

Potong jangan tak potong. Potong jangan tak potong.

Barulah boleh update hari-hari kan cu?

Tuesday, November 17, 2009

Permainan hulubalang raja yang timbang rasa

Semua rakyat Malaysia suka melancong. Begitu juga saya. Saya suka melancong ke tempat-tempat yang menarik sahaja. Tempat yang tidak menarik saya tidak suka sangat melancong. Kalau saya melancong juga maknanya saya tak tahu lagi tempat itu menarik atau tidak.

Okay,

Apekejadahnya aku cakap macam karangan darjah enam ini. Eh tapi aku rasa mungkin karangan darjah dua pula. Sebab karangannya macam lurus sangat. Tak tahu lah macam karangan darjah berapa tetapi yang penting ialah macam karangan budak sekolah rendah lah. Maknanya darjah satu dua tiga empat lima atau enam.


Apekejadahnya aku mengarut ini.

Okaylah sebenarnya aku tiada apa hendak cerita. Aku cuma hendak cerita bahawa aku pergi shooting tadi. Bajet macam krew filem lah hendak shooting shooting. Kawan aku pun cakap,

" FUYO MACAM BRADER-BRADER LAH NAK PEGI SHOOTING"

" NANTI KALAU KAU JADI ARTIS AKU NAK JADI DRIVER KAU BOLEH TAK?"

" AKU RASA KAU TAK BAYAR LAGI TEH TARIK TADI KAN"

Kami (5 orang) pergi ke Kuala Terengganu yang terletak di negeri Terengganu. Macam-macam tempat kami pergi seperti lapangan terbang Kuala Terengganu, pasar payang, jalan kampung cina, dan sebagainya.

Yang terakhir tempat kami pergi ialah pantai batu buruk. Di sana aku dapat belajar mengimbangkan diri. Walaupun agak sukar tetapi aku berjaya juga. Percaya atau tidak kami(berdua) berjaya melakukannya. Sekian. Jumpa lagi.

Bukan kanak-kanak riang.

Sunday, November 15, 2009

Mari mengenal nabi

Mari kita bercerita
Tentang nabi kita
Agar engkau kenal nabimu sendiri

Shallallahu’ala Muhammad
Shallallahu’alaihiwassallam

Ayahnya Syayid Abdullah
Ibunya Siti Aminah
Bangsa quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim

Baginda yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Seorang anak yaang tidak pernah
Bermanja pada ibu dan ayahnya

Dia adalah mahluk yang pertama dan utama
Yang paling dicintai Tuhan
Yang diberi nama Nur Muhammad

Dari Nur Muhammad inilah
Seluruh yang ada diciptakan
Syurga neraka dunia akhirat
Manusia dan lain-lainnya

Dia adalah Nabi yang diisra’ dan dimi’rajkan
Mukanya laksana bulan purnama
Karena cahayanya yang terang
Hamba Allah yang paling bertaqwa
Dan paling takut dengan Tuhan
Sangat tahan menerima ujian
Yang berbagai-bagai keadaan

Karena itulah dipanggil Habibullah
Penghulu para Rasul para Ambia
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia

Nabi mempunyai akhlak yang paling mulia
Terutama kasih sayangnya kepada manusia
Tawadhu merendah diri pakaian peribadinya
Karena ahlaknya dapat pujian dari Tuhannya
Dia sangat suka meminta maaf dan memberi maaf
Kejahatan orang dibalas kebaikan
Satu perbuatan yang luar biasa




lirik lagu ini di cilok dari sini

Artist:Qathrunnada
Album: Kasih Sayang
Song Category: Nasyid

Saturday, November 14, 2009

Mr Bean feat Hujan

Semalam internet macam harem. Bertambah pula dengan laptop yang sedia lembap. Membuatkan hati aku berbunga-bunga untuk menhentak dinding. Setiap pergerakan aku sudah jadi seperti cd calar. Itulah macam aku dulu-dulu suka tengok cd, mak aku kata,

" APIK JANGAN REWIND REWIND NANTI CALAR CD TU"

Aku tak dengar cakap mak aku. Bila mak aku tak nampak aku pun ambil remote rewind rewind selagi boleh. Bukan apa, aku cuma nak ulang part-part yang best. Dulu cerita yang aku suka layan mesti la cerita budak-budak kan.

Aku pergi pasar dengan bapa aku semata-mata nak cari cerita best. Bapa aku pilihkan cerita power rangers. Mula-mula aku nak tengok tapi bila nampak cerita mr.Bean aku terus suruh bapa aku beli mr.Bean. Tengok cover depan macam best sangat sampai adik-adik lain nak tengok sekejap pun tak boleh.

Tapi bila dah tengok cerita tu rasa hendak maki-maki sahaja. Nasib baik lah masa itu masih kecil dan tak pandai hendak maki-maki sebab tidak belajar dengan kawan-kawan apa perkataan yang sesuai untuk makian sempurna. Jadi aku senyap sahaja macam tiada perasaan sebab cite tak besh. Kalau sekarang dah macam-macam aku tahu macam mana hendak maki terutama dalam bahasa inggeris. Macam sorang kawan aku tengah main pest,

"WOI SHEET AH MAIN CAM FAK"

"TENGOK KAU PUN MAIN TIPU MADERFAKER BULSHEET BUSTET"

"AKU SAYANG KO AHMAD"

Yang last tu aku tak tahu la dikira maki juga.

Ok sambung cerita. Sebab cerita mr.Bean banyak borak-borak pasal hidup dia jadi cerita jadi tak best. Aku pula tak faham apa dia cakap membuatkan bertambah la tak best nya. Tajuk dia aku lupa lah tapi yang aku ingat babak mr.Bean duduk sebelah makwe lepas tu ade habuk dekat paha makwe tu lepas itu dia terus tiupkan sampai makwe tu takut dengan mr.Bean.

Huh tak lawak langsung.


Aku dengar esok diorang hendak datang cherating. Cis. Patutlah internet lembap. Hujan rupanya.

Friday, November 13, 2009

Cara menanam rasa cinta menanam

Ladang farmville aku sudah bertambah besar sekarang. Aku rasa sudah macam petani moden yang kaya raya sekarang. Tapi tadi boleh pula tidak cukup duit hendak membeli tanam-tanaman. Ini semuanya kerana aku membeli traktor pink (pink tractor) dan mesin pemberi makanan (seeder) yang mahal-mahal.

Kenapa aku tiba-tiba bercerita tentang ini. Sebenarnya permainan farmville dah menusuk ke dalam hati aku. Sehingga aku telah menanam dengan betul-betulnya sayur di belakang rumah kawan aku. (ya umah aku belakang ada simen sahaja so terpaksa menumpang rumah kawan). Tengok itu betapa addicted nya aku untuk menanam pokok sehingga menumpang rumah kawan yang ada tanah terbiar untuk diusahakan. Ceh macam ayat drama ini lah pula,

" JANGAN JUAL TANAH ITU MAK! BIAR SAYA YANG USAHAKAN"

"SELAGI TULANG EMPAT KERAT INI MASIH BERDAYA SAYA TAKKAN JUAL TANAH ITU MAK"

" MAK JOM PERGI TANAH MERAH?"

Kiranya situasinya seperti itulah. Sangat-sangat perlukan tanah untuk menanam pokok. Mengikut perkembangan terbaru dari kawan aku, pokok yang aku tanam sudah nampak bunga-bunganya. Cantik sahaja daun pucuknya. Tidak sia-sia aku menanam walaupun sekarang musim selalu hujan.

Nanti kalau sayur sudah boleh di tuai aku hendak bagi hadiah dekat kamu semua. Kalau sayur-sayurnya cantik sahaja aku jual dengan rm2 seikat. Kalau tidak cantik aku jual rm1.90.

Peniaga bukan? Mana boleh free-free.

Wednesday, November 11, 2009

Semua kerana lumut

Aku hampir menjadi tidak keruan bila teringat peristiwa itu. Aku mencapai dunhill yang terletak di atas meja ku. Aku menyalakan rokok tersebut dan bersandar malas di kerusi sambil mengadap komputerku yang kelihatan besar dan kecil.

Fikiranku melayang setiap kali aku menyedut rokok pembakar duitku itu. Kejadian yang berlaku petang semalam membuatkan aku berasa sungguh malu. Jika sebesar gunung kinabalu itu adalah sebesar malu, aku rasa malu yang aku hadapi adalah lebih besar lagi. Tidak dapat digambarkan betapa besarnya malu itu.

Rokok yang ku hisap semakin lama semakin pendek. Mataku juga hampir tertutup rapat kerana berasa sungguh tertekan akibat kejadian itu. Tidak pernah sekali dalam seumur hidupku dipermalukan sebegitu rupa. Hanya disebabkan satu benda yang remeh telah membuatkan hidupku menjadi tidak tentu arah. Betul lah apa dikatakan oleh orang terdahulu, 'sedangkan semut hitam pun boleh menggigit di waktu malam'. Memang benar kita tidak boleh lihat semut tersebut tetapi kesannya jika digigit pasti akan terasa juga.

Hampir sahaja habis rokok yang ku pegang, aku seperti mengimbas kembali kejadian petang semalam. Waktu itu aku bersama lima juniorku pergi ke kolam air panas di kawasan berdekatan penempatan kami. Kami memang telah lama merancang untuk pergi mandi kolam air panas, cuma keadaan sahaja tidak mengizinkan. Petang semalam lah ada sedikit masa untuk aku melaksanakan hasratku untuk bersama junior-juniorku ini.

Apabila ada peluang seperti ini, aku dan junior pasti akan menggunakan sebaik mungkin. Sebenarnya junior-junior ku tidak lah jauh berbeza umur kami. Cuma dalam beberapa tahun sahaja bezanya. Tetapi mereka sangat menghormati aku. Mereka juga sangat menyegani aku kerana aku dianggap paling tua antara mereka. Setiap kata-kataku pasti akan cuba dilaksanakan oleh mereka semua. Setiap tindakanku juga pasti akan diperhatikan sebaik-baiknya oleh mereka.

Kami bertolak ke kolam air panas setelah semuanya sudah selesai dengan tanggungjawab masing-masing. Lebih kurang pukul 5 petang kami menuju ke destinasi. Sewaktu kami semua sudah sampai di kolam air panas, aku melihat agak ramai juga orang yang turut mandi di situ. Ramai gadis-gadis memerhatikan kami kerana kami adalah antara kumpulan jejaka yang kacak. Juniorku tidak lagi menunggu dan sebaliknya terus membuka baju dan seluar untuk mandi. Yang tinggal hanyalah seluar pendek. Aku masih lagi duduk di pondok yang terdapat di kawasan itu sambil menghisap rokok.

Setelah habis rokok yang di hisap aku mula membuka baju ku satu persatu. Aku juga hanya memakai seluar pendek untuk mandi. Apabila berjalan sahaja menuju ke kolam air panas, aku dapat perhatikan sekumpulan gadis sedang memerhatikan aku. Aku mengemaskan langkahku sambil berkata di dalam hati, 'aiseh ada awek pandang pulak, cool cool cool'.

Aku berjalan dengan penuh lagak gaya menyusuri tebing-tebing kolam air panas. Lagak gayaku sudah seperti Amitha Bachan melangkah ke dewan perkahwinan. Sungguh berhati-hati. Tiba-tiba, aku dapat merasakan terpijak sesuatu, imbanganku menjadi tidak stabil, dan,

" SPLAISHHHH GEDEBUK!"

" ADUH!!"

Aku menjerit kesakitan. Aku terjatuh seperti nangka busuk. Aku terdengar suara sumbang dari junior-junior menggelakkan aku. Sudah hilang hormat mereka melihat aku terjatuh. Ah betapa malunya aku rasa di waktu. Aku bangun dengan penuh rasa malu. Aku lihat di tebing kolam air panas tersebut. Aku nampak cebisan fauna berwarna hijau. Aku perhatikan dengan lebih dekat lagi. Lebih dekat lagi. Lebih dekat lagi.

" CIS LUMUT RUPANYA"

Aku memaki di dalam hati,

"AH SUNGGUH MEMALUKAN. INI SEMUA NYA KERANA LUMUT!"

Nampak sahaja lumut itu kecil tetapi kesannya amat bermakna buat hidupku. Hendak sahaja aku katakan kecil lumut adalah seperti kecilnya cili padi. Bermakna mudah sahaja akan menjadi lumut padi.








p/s:

cerita rekaan ini sebenarnya untuk contest cik lumut. Tapi macam dah lari format pulak. Lumut, kau pertimbangkan lah karangan aku ni.

Blog esoksemalam best kerana banyak cerita-cerita best dalam blog itu. Kalau baca cerita dia boleh selami sampai ke pelusuk hati. Kadang-kadang boleh jatuh cinta baca cerita dia.

Blog esoksemalam tak best kerana tuan blog belum dating dengan tuan blog ini lagi.





Keputusan akhir piala bergambar

Akhirnya tamat juga sepuluh hari aku berada di Politeknik Ungku Omar. Keadaan agak mengecewakan. Walaupun berasa kecewa kerana tidak berjaya lulus dalam penilaian Sun Certified Programmer, aku rasa dapat juga belajar serba sedikit tentang java dan boleh digunakan untuk masa akan datang.

Kalau hendak diikutkan kelas yang dijalankan semasa di sana memang agak padat kerana kelas bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam diselangi dengan rehat pada waktu-waktu tertentu. Waktu untuk berehat-rehat memang tidak banyak.

Sampai pernah satu ketika aku boleh tertidur sewaktu pengajar sedang mengajar. Memang agak memalukan tetapi aku tidak boleh tahan kerana mungkin tidak cukup rehat tambahan pula pembelajaran agak panjang dan sukar untuk aku faham sepenuhnya.


Gambar-gamba ini semua macam dah habis lah ni. Padahal masing-masing tak jawab ujian lagi tapi asyik nak bergambar aje.










Sekian dahulu saya melaporkan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sunday, November 1, 2009

Tengahari yang memalukan

Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib baik aku tidak menjemur kain. Jika tidak pasti basah baju-bajuku terkena air hujan yang melimpah-melimpah. Kalau baju sahaja basah tidak mengapa tetapi jika seluar dalam basah pasti tidak selesa jika memakainya.

Rupanya aku berkesempatan juga untuk mengemas kini (update) blog. Tetapi untuk berjalan-jalan ke blog orang ramai mungkin agak tidak berkesempatan. Masa untuk aku adalah sangat terhad. Tambahan pula aku tinggalkan komputer riba ku di rumah dungun. Jadi masa untuk melayari internet hanya boleh dijalankan di dalam makmal dengan curi-curi membuka blog.

Sebenarnya sekarang aku sedang mengikuti kursus selama 10 hari yang terletak di Politeknik Ungku Omar (PUO). Tengok nama penuh aku letak nak bagi kredit dekat PUO sebab bagi penginapan yang best-best. Sudah lah bagi kondo percuma, makan juga percuma. (okay kondo percuma maksud aku adalah penginapan sahaja okay bukan SEBUAH kondominium percuma okay okay paham tak).

Okay okay kembali ke cerita asal. Aku ke sini adalah bertujuan untuk melayakkan aku untuk mendapat sebuah sijil Sun Certified Programmer. Kalau aku lihat soalan contoh yang diberi memang aku mati la. Memang susah gila babai. Hendak terberak aku menjawab soalan itu tetapi tetap tidak boleh menjawab juga.

Kalau aku lihat soalan contoh yang diberi memang aku mati la. Nampak agak menjengkelkan aku mengulang ayat yang sama. Betul weh memang susah gila lah. Rasa macam hendak terberak betul-betul sahaja semasa aku menaip sekarang ini.

Kamu semua di harap dapat mendoakan kejayaan aku untuk mendapat sijil tersebut. Baru sahaja tadi pengajar bertanya aku dan aku tidak dapat terjawab pula. Memang agak memalukan dan membencikan. Rasa mahu mengorat diri sendiri sekarang.

Okay lah. Doakan aku rakan-rakan. Aku mahu beri tumpuan sekarang. Yeahh.