Friday, October 30, 2009

PATI-Entri bukan ilmiah

Kita semua tahu bahawa perkara yang paling penting perlu dibawa semasa berjalan jauh ialah kad pengenalan. Jika kita tidak bawa kad pengenalan pasti orang akan mengatakan kita sebagai PATI.

Apakah itu PATI?

PATI adalah singkatan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI). Rakan yang bertanya di mana kad pengenalan kamu dan kamu mengatakan tidak membawa kad pengenalan pasti dia akan berkata begini,

" HAI KAU NI PENDATANG TANPA IZINKAH?"

" KENAPA KAU TIDAK MEMBAWA KAD PENGENALAN?"

" PASTI TELUR JUGA AKAN TERTINGGAL JIKA BOLEH DITANGGAL."

Okay agak melampau di situ. hiss.

Jadi kad pengenalan sangat penting dibawa bagi mengelakkan kejadian ini berlaku. Kita perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja tidak kira di dalam tandas atau di luar tandas. Tidak mustahil jika kita akan menjadi pendatang asing di dalam tandas sekiranya meninggalkan kad pengenalan di luar tandas. Ini kerana menjadi pendatang asing boleh berlaku dimana-mana sahaja asalkan tidak mempunyai kad pengenalan.

Baiklah sudah jauh merepek. Aku mahu bersiap-siap untuk berjalan jauh. Aku tidak mahu menjadi PATI. Aku mungkin sibuk beberapa hari nanti. Dan ini bukan alasan untuk aku tidak mahu meng update blog selama beberapa hari. Tetapi ini kenyataan.hehehe

Wednesday, October 28, 2009

Spontan

Kalau sepatah orang cakap sepatah kita jawab apa maknanya ya. Itu maknanya mesti kita tidak pandai spontan kan? haha ya ya sahaja bukan.

Aku tabik lah dekat pelakon-pelakon spontan itu. Dengan selamba sahaja diorang berbuat spontan menggunakan ayat-ayat spontan.


Kalau aku lah yang jadi pelakon tersebut sudah pasti diam kaku besu lesu beku aku dekat pentas. Tidak pandai aku hendak spontan-spontan ini. Kalau buat maggi cintan boleh lah juga.


Pasti ramai yang sudah menjadi peminat cerita spontan bukan. Sampai aku pun sudah terlibat sekali sehingga menunggu-nunggu aksi spontan yang seterusnya. Sekarang sudah episod ke-20 dan tidak sabar-sabar untuk episod 21.


Aku paling tabik Din Beramboi.

Jadi bagaimana dengan spontan anda semua?

Monday, October 26, 2009

Akibat tidak berpuasa

Ini dulu punya cerita. Masa puasa hari itu. Aku malas hendak cerita awal-awal sebab tidak seronok cerita mengenainya pada bulan ramadhan. Mungkin boleh mengurangkan pahala puasa kita.

Aku waktu itu keluar mencari makanan untuk berbuka. Masa itu masih awal lagi dan bukan boleh berbuka lagi.

Sedang aku membonceng motor bersama rakanku, aku ternampak seorang jejaka yang bersama dengan kumpulan pemotong rumput. Okaylah. Tapi apa yang mengejutkan ialah apabila dia duduk sahaja terus menyalakan rokok dengan 'slumber'nya.

Dari wajah nya aku dapat mengagak dia adalah orang kita. Orang kita yang dimaksudkan ialah orang melayu dan bermakna dia tidak puasa.

Sudah lah tidak puasa, hisap rokok pula di khalayak ramai.

Bak kata pepatah,

" Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Itulah kalau melentur masa tua pasti sudah keras. Kalau nak hisap rokok pun tampallah muka chin peng dulu dekat muka. Baru lah tidak 'kantoi' bukan.

Sunday, October 25, 2009

Kejadian paling ngeri sekali

Kejadian rempit di kalangan manusia terutama bagi golongan remaja sudah menjadi kebiasaan sekarang ini. Tidak kira di kampung atau di desa pasti akan berlaku perkara rempit ini. Kadang-kala anak-anak kecil pun sudah pandai merempit seperti membuat 'pacak' menggunakan 'walker'.( okay-okay itu tidak benar)

Sebenarnya aku baru melihat kejadian ngeri di mana sepasang kekasih yang terlibat dengan kemalangan. Memang teruk kemalangan itu sehingga lelaki itu mati dengan pecah di bahagian kepala. Hendak pitam dan pengsan serta mabuk bila aku melihat video itu.

Aku tidak mahu meletakkan video tersebut di sini. Sesiapa yang berhajat hendak mencuba mengalami pitam-pitam boleh membuka pakcik youtube dan search MasyAllah. Video ini sudah lama kot dan mungkin kamu sudah lihat.

Aku yakin selepas ini aku tidak akan bawa motor laju-laju lagi. Aku sudah 'cuak' apabila melihat video tersebut.

Kalau balik kampung tidak tahu lah kerana kalau bawa perlahan-perlahan pasti akan kena tinggal. Jadi kena bawa laju juga. Hiss.

Saturday, October 24, 2009

Janganlah hidup dalam ketakutan

Janji aku untuk mengepos blog setiap hari tinggal kosong. Aku agak sibuk dua tiga hari ini kerana menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah bersama kawan-kawan.

Suatu ketika aku pergi makan bersama kawan-kawan , aku memilih kueh teow goreng sebagai hidangan makan malamku. Sedang kami asyik dengan makanan masing-masing, tiba-tiba datang seorang yang berfikiran kurang waras.

Aku mengecam muka orang gila tersebut dan memang betul sangkaan aku bahawa orang itu pernah aku terserempak suatu ketika dulu. Aku menjadi 'cuak'.

Kami seperti biasa bergelak-gelak tidak kira dimana walau ketika makan sekalipun. Dan tiba-tiba sedang kami bergelak ketawa,

" WOI ORE MUDO NI! GINI GINI GINI"

Orang gila itu tiba-tiba menjerit.

Kami terus terdiam.

...

" DIO BUAT PERANGAI BODO MACAM AKU"

Orang gila itu terus membebel. Bila aku pusing menghadap rupanya orang gila itu bercakap seorang diri.

Cis

Tak tenang aku nak makan.

Thursday, October 22, 2009

Raksasa berkepala dua belas punye cerita

Beberapa tahun yang lalu. Aku dan rakanku telah pergi menyelesaikan satu misi menyelamat yang mana satu mesin telah tersedak.

Kami pergi lebih kurang pukul 12 malam begitu kerana tiada orang lain lagi yang boleh menyelamatkan mesin tersebut melainkan hanya kami sahaja.

Dengan berbekalkan sebuah tong yang besar 27 liter, kami semua bertolak dengan penuh semangat wajar kerana kami semua sangat menyayangi alam sekitar terutama mesin tersebut.

Walaupun hati kami semua takut bagaikan ular melilit kaki di waktu berselimut, kami semua tetap dengan keteguhan dan pendirian kami bergerak pergi untuk menyelamatkan mesin tersebut.

Akhirny tempat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami terus menyumbat tong sebesar 27liter kedalam mulut mesin tersebut. Kami memasukkan ketulan-ketulan syiling kedalam tengkuk mesin tersebut. Terus syiling itu termuntahkan air dan kami terus menahan air tersebut menggunakan tong yang kami sediakan.

Akhirnya misi menyelamat tamat!

Misi menyelamat terbesar sepanjang tahun.


p/s: cerita ini menggambarkan aku sudah bertambah tenang selepas berasa sibuk selama beberapa hari pada minggu ini.

p/s2: cuti hujung minggu bermula pada hari ini mungkin digunakan sebaik mungkin untuk mencari pengalaman atau menambah pengalaman.

" JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN"

Sempat laaagi.

Tuesday, October 20, 2009

Selamat menjadi pelajar

Perasaan aku sebagai pelajar bertambah baik sekarang. Aku rasa mahu rebus semua modul-modul dan minum sup modul tersebut. Okay okay sebenarnya aku agak tekanan juga. Mini projek, kuiz, tugasan, dan ujian.

Semua macam aremm. Mini projek tunggu orang buat. Tugasan tunggu orang siap. Kuiz tunggu orang baik hati. Ujian lagi lah tunggu orang bela makhluk halus. (Kau tahu bukan makhlus halus ialah toyol)

Kursus yang aku ambik dekat politeknik ialah Programming. Boleh kata hampir setiap subjek yang aku ambil mempunyai mini projek. Dan markah untuk mini projek adalah sangat tinggi bagi penilaian berterusan (PB) aku.

Sekarang aku tengah runsing memikirkan tajuk salah satu mini projek iaitu untuk subjek Algoritma dan Struktur Data. Tajuk belum ada lagi. Hari khamis ini sudah kena hantar proposal. Aku tak tahu hendak buat tajuk apa. Contoh yang ada seperti pengiraan markah pelajar, sistem pembayaran tiket, sistem sewaan kereta, dan sistem pengiraan gaji.

Kamu ada idea? Boleh sesiapa bantu aku?

Monday, October 19, 2009

Dunia akan tiada

Dunia belum berakhir
Kalau manusia masih berfikir
Dunia belum berakhir
Kalau masih ramai yang berzikir.

Dunia tak akan tamat
Jika ada yang masih cermat
Dunia tak akan tamat
Jika manusia saling mengingat.

Dunia pasti hancur
Bila manusia menjadi takbur
Dunia pasti hancur
Bila tanaman tidak lagi subur.

Dunia akan tiada
Walaupun kita belum bersedia
Dunia akan tiada
Tidak kira masa tua atau muda.

Dunia pasti akan berakhir juga.

Entri ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Terlalu banyak perkara lalai yang telah aku lakukan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi di bawah naunganNya.

Sunday, October 18, 2009

Kau lah bapa terbaik

Kita semua tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samada kita dapat pengajaran atau tidak dari setiap perkara tersebut. (okay kenapa seperti baru lepas putus cinta)

Suatu ketika dahulu aku pernah impikan sebuah basikal. Aku lihat rakan-rakanku semuanya pandai mengayuh. Aku tidak tahu apa-apa tentang kayuhan. Akhirnya pada umur 8tahun aku dapat hadiah berupa basikal bergear oleh bapaku. Kayuhan sudah menjadi alat mimpiku.

Pada umur 14tahun orang ramai sibuk bertanyakan tentang Akademi Fantasia. Aku tidak tahu apa-apa kerana tiada astro di rumah. Akhirnya pada umur 15tahun bapaku telah memasang astro. Akademi Fantasia sudah menjadi makanan di rumahku.

Bapa aku telah banyak mengajar sesuatu yang baru. Setiap perkara yang beliau lakukan pasti akan memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru buatku.

Kini setelah berumur 20 tahun. Aku tidak tahu apa-apa tentang pemanduan subaru. Aku lihat subaru dibiarkan parking di tepi pantai dengan megah. Sangat megah.

Okay.

Aku harap bapa aku dapat mengajar tentang itu.

Okay2.

Jangan harap!

Friday, October 16, 2009

Boleh cipta alat menang seratus juta?

Ada satu perkara yang kita kadang-kadang tidak boleh lari walaupun kita tidak ingin perkara itu berlaku. Aku ada satu perkara. Okay. Aku selalu datang lewat ke kelas. Benar. Ini adalah perkara yang sangat benar berlaku pada aku dan rakan terbaikku, naqib.

Setiap hari aku mengharapkan sesiapa yang baik hati akan mengejut aku untuk bangun pagi pergi ke kelas. Aku bukan tidak berusaha untuk bangun pagi tetapi sebenarnya aku telah berusaha dengan menetapkan bunyi amaran pada telefon bimbitku dan menetapkan lagu 'cari jodoh' pada bunyi amaran tersebut.

Usaha aku nampaknya gagal kerana aku selalu akan terjaga secara automatik pada pukul 7.30pagi dan bermakna aku hanya ada beberapa minit sebelum kelas bermula pada pukul 8.00pagi. Nasib hanya akan menyebelahi aku jika terdapat rakanku yang bangun lebih awal daripadaku. Akan tetapi nasib itu juga akan menyebabkan aku lambat juga kerana terpaksa menunggu giliran untuk mandi memandangkan ada rakan yang bangun dahulu tambahan pula bilik air di rumah sewa adalah terhad.

Jadi harapan aku cuma satu. Aku mahu bangun awal. Kalau ada alat yang boleh mengejutkan aku dengan memberi kejutan seperti,

" YA! ANDA BERTUAH KERANA TELAH MEMENANGI SEBUAH KERETA SATRIA NEO SEBANYAK 18BIJI!!!"

Okay.

Sudah pasti aku bangun!

Wednesday, October 14, 2009

Permainan tradisional

Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan oleh nenek moyang kita semua seperti batu seremban, congkak, galah panjang, gasing, takraw dan sebagainya. Memang benar kita bukan nenek atau moyang yang sama. Walaupun kita tidak pernah kenal tetapi pasti lama-kelamaan kita juga akan ada kaitan seperti moyang sama, bapa moyang sama, atuk moyang yang sama atau moyang moyang yang sama. (seperti sudah lari dari maksud permainan tradisional sebenar)

Waktu kecil-kecil dahulu aku memang selalu bermain bermacam-macam jenis permainan tradisional. Boleh dikatakan aku juga sebagai pembawa sesuatu permainan itu. Sebagai contoh aku bermula dengan bermain gasing berseorangan. Lama-kelamaan pasti ramai yang akan bermain gasing sehingga jiran-jiran pasti tergoda dengan permainan gasing. Selalunya senior-senior yang berusia tua daripada aku pasti turut sama bermain gasing. Kadang-kala ada atuk-atuk yang sedang sakit terbaring juga terpikat dan terus membeli gasing.(okay okay tipu sangat)

Seingat aku permainan yang paling aku gemari ialah batu seremban. Eh tiada lah! Sebenarnya aku suka permainan penutup botol (ceper). Tetapi mungkin ramai yang tidak kenal dengan permainan ini, kamu kenal? Jadi aku memanggil permainan penutup botol sebagai batu seremban kerana cara permainannya agak sama kerana perlu timbang menggunakan tangan. Caranya ialah letak batu/penutup botol di tapak tangan kemudian lambungkan ia dan pusingkan sehingga batu/penutup berada atas belakang tangan dan kemudian lambungkan ia lagi dan terus menangkap batu/penutup botol seperti harimau menerkam rusa. Jadi hasil yang diperoleh adalah berdasarkan berapa banyak yang digenggam dalam tangan.

Nampaknya aku terlalu seronok (excited) dengan permainan tradisional sehingga penerangan aku agak terperinci (detail) bukan. Sehingga sekarang aku masih teringin mahu bermain penutup botol (ceper), galah panjang, dan batu seremban. Tetapi aku rasa dalam usia 20 tahun ini permainan yang aku layak bermain hanyalah sepak takraw. Congkak tidak lagi sesuai kerana permainan tersebut kini sudah berhantu.

Ingin tahu lebih lanjut tentang permainan tradisional? Buka sahaja ini atau ini dan juga ini

hehehe.

Tuesday, October 13, 2009

Selepas hujan

Niat di hati nak upload banyak-banyak masa pergi kl. Tapi entah kenapa satu sahaja dapat. Lain kali aku upload lagi.


Amacam?

Sunday, October 11, 2009

Boleh dapatkan aku penyejuk hati?

Pada suatu hari, aku sedang menunggang motosikal berkuasa 110cc. Legenda. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah sewa yang terletak di Dungun.

Aku perasan kenderaan banyak berhenti di hadapanku semasa melalui jalan Kemasik. Aku dapat mengagak terdapat sekatan jalan (road block) di hadapan. Jadi aku memperlahankan kenderaan kalau-kalau polis menahan aku.

Sekatan pertama polis memberi jalan kepada aku dengan menggunakan isyarat tangan. Selepas itu aku lihat ada lagi sekatan jalan yang kedua dan turut memberi jalan. Terus aku menyangka polis hanya menahan kereta sahaja.

Tapi tidak bagi sekatan ketiga. Aku lihat kereta berhenti tetapi aku tidak berhenti. Tiba-tiba,

" WOI HANG BERHENTI!" (polis berloghat utara menahan aku)

(aku terus brek kecemasan)

" APSAL HANG TAK BERHENTI? "

(aku hanya diam membisu)

" APSAL HANG TAK BERENTI KERETA LAIN BOLEH BERENTI?"

" TAK PERASAN" (mula menjawab)

" HANG BUTA?"

" HANG TAU NI APA? SAT G KUDA NAK MELINTAS, HANG P JALAN NANTI DORANG CAKAP AKU TAK BUAT KEJA! HANG TAU NI PERMAINAN SAPA? NI PERMAINAN AGUNG! ORANG NOMBOR SATU KAT MALAYSIA! KITA NI SAPA? ORANG BAWAH JE. KENA HORMAT DIA!"

bla bla bla bla bla bla bla bla bla

Panjang gila polis tu membebel dekat aku. Aku tak perasan kot. Dia tahan kereta tapi motor tak tahan. Aku ingat sekatan jalan pasal nak periksa kereta. Tak pasal-pasal polis cakap aku buta.
Pastu kena bebel lagi.

Aku bukan jalan terus. Aku berhenti. Pakcik polis, istirehat (relax) sudah okay.

Saturday, October 10, 2009

Boleh urut tak?

Penatnya berjalan.

1. PPUM

2. Mid Valley

3. KL Central

4. KLCC

5. Danau Kota

Semuanya berlaku dalam satu hari. Dapat juga membawa rakan-rakan berjalan dan bersiar-siar.

Penat bukan?

Thursday, October 8, 2009

Rindu bertandang lagi

Aku cuma hendak beritahu bahawa aku akan pulang ke tanah air pada hari ini. Macam inilah kalau sudah rindu. Walaupun hanya cuti dua hari aku mahu pulang juga.

Sambil membawa rakan-rakan untuk mengenali daerah Bentong. Sambil berjalan ke ibunegara. Siapa pula mahu mengenali jejaka gagah perkasa?

Mata aku sangat berat sekarang. Mahu memaksa diri aku untuk tidur lagi dalam masa beberapa minit sebelum kelas pagi. Aku tak suka kelas pagi. Betul. Serius.

Wednesday, October 7, 2009

PBM-Pengakuan Berani Mati

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita mestilah bersedia dengan apa yang bakal kita lalui dengan belajar melihat, mendengar, dan melakukan perbuatan tersebut. Keadaan ini sangatlah sesuai dengan pepatah melayu seperti,

" SEDIAKAN GIVI SEBELUM BASAH LENJUN"

Pernah suatu ketika semasa aku berumur belasan tahun. Aku curi-curi membawa kereta milik bapaku. Ketika itu bapaku pulang ke kampung. Aku macam biasa tidak mahu mengikut pulang ke kampung dan hanya duduk di rumah bersama abangku.

Hendak dikisahkan pada malam semasa aku memandu kereta milik bapaku, semasa aku memandu aku melalui satu lorong gelap di salah sebuah jalan di Sungai Marong. Aku berasa pelik kenapa jalan itu sangat gelap.

Rupanya baru aku perasan aku terlupa memasang lampu hadapan kereta. Aku terus memasang lampu dan dalam masa yang sama aku tertekan minyak kerana situasi yang tegang itu. Kereta yang aku pandu menjadi tidak terkawal sangat hingga ke kanan jalan. Akhirnya aku terdengar bunyi " HIAKKK"

Kereta yang aku pandu melanggar tembok longkang yang berbentuk empat segi itu. Aku balik rumah seperti tidak ada apa-apa berlaku. Esoknya aku lihat rim kereta bengkok. Aku rasa tersangat bersalah. Aku tukarkannya dengan tayar gantian (spare). Ini semua berpunca daripada aku tidak bersedia sebenarnya. Inilah dikatakan,

" SUDAH BASAH LENJUN PASTI SEJUK"

Tuesday, October 6, 2009

kehabisan wang mungkin bermula

Riwayat komputer bimbit aku mungkin tidak lama aku rasa. Skrin pada komputer bimbit ini sudah terdapat garis-garis pemisah yang memisahkan di antara satu sama lain. Kadang-kadang skrin di sesetengah tempat tertumpu akan memutih dan lama-kelamaan menjadi semakin besar putih hingga memutihkan keseluruhan skrin.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh aku, harga membaiki bagi skrin komputer bimbit mungkin mengambil wang hampir 1k. (okay kenapa sudah terikut-ikut dengan poker ni) Baiklah 1k = 1000. Jadi kalau 10k = 10000 dan 100k = 100000. Oh aku sangat tidak berduit.

Ada saranan mengatakan,

"WEH BAIK KAU CAMPAK JE LAPTOP KAU KE LAUT CHINA SELATAN"

atau,

" DARIPADA KAU REPAIR BAIK KAU BELI BARU JE WEH"

dan

" JANGAN LUPA DATANG AWAL KELAS"

Okay contoh terakhir itu ialah saranan dari aku kepada aku. Aku teringat sebab aku sempat lagi menulis sebelum ke kelas pukul 8. Baik lah. Berkenaan komputer bimbit ialah aku terpaksa pakai komputer bimbit sampailah ianya tak boleh dipakai lagi. Aku masih sayang kau wahai laptop.

Monday, October 5, 2009

Tips menyihatkan badan

Dari pandangan luar kita boleh lihat seseorang itu bersemangat atau tidak. Untuk orang yang tidak bersemangat atau tidak cergas di sini aku mahu memberi sedikit tips supaya menjadi lebih cergas dan yakin menghadapi setiap keadaan.

TIPS MENYIHATKAN BADAN:
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan

  • Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.

  • Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

Kenapa tiba-tiba baik hati memberi tips walaupun sebenarnya bukan doktor bertauliah? Sebenarnya aku sekarang sedang menjaga badan. ceh ceh ceh.

Tips diambil dari sini.

Sunday, October 4, 2009

Tiadalah lagi dapat berair mata

Samudera
Salam Sejahtera

Tiada secantik bahasamu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk seluruh jiwa

Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang jadi nyata bersamamu

Pertama dan kau lah selamanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang dusta membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Gugurkan aku di hatimu
Demi cinta sebelum mati

Sejauh mana pun berpisah
Kau di hatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera

Rupanya aku tak kuat sangat

Walau mengalir air mata darah sekalipun kau tetap takkan berubah fikiran,

Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu...

Rupanya hati aku ini kuntum juga.

Saturday, October 3, 2009

Hari-hari sama dengan setiap hari

Hari ini ialah hari Sabtu.

Buat pengetahuan kamu semua hari Sabtu = hari Ahad.

Pelik bukan? Kamu semua tidak perlu pelik kerana aku sudah biasa dengan kehidupan hujung minggu hari Ahad. Jadi apabila berada di Dungun, aku menjadi tidak seronok kerana hari Jumaat terasa pendek dan hari Sabtu seperti permulaan cuti hujung minggu padahal sebenarnya esok dah mula kelas.

Tak seronok betul lah.

Bagi menyedapkan hati aku, aku menganggap aku berada di Bentong. Dan aku menganggap hari ini ialah permulaan cuti hujung minggu. Jadi malam ini ialah malam minggu. Esok ialah hari minggu. Ada sesiapa merancang untuk makan angin tak esok?

Cis. Tak boleh. Esok ada kelas.

Friday, October 2, 2009

Sudah lama tidak main tag-tag

Tadi semasa aku berjalan-jalan aku teringat komen adjla. Dia memaksa aku untuk membuat tag beliau. Demi takut diugut supaya mengaku hensem, aku pun buat dengan segera.

Here are the simple rules :
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Description: Sorry ya kawan-kawan. Tag ini adalah paling jujur pernah aku buat. Gambar di atas ialah iklan sebuah filem tempatan SUMOLAH. Jadi gambar di atas sesuai dibuat background. Boleh ambil jika berminat.

Saya sayang untuk mengetag ( i love to tag):

oranglidi
vivi
anis
hani
hana
kya

Aku tak kisah korang nak buat atau tak ye tak. Kalau nak buat buat je la ye tak.Siapa yang tak nak buat karang kalau aku dah ugut mengaku korang cantik baru korang buat ye tak.

perjanjian damai sentosa

...

.....

.......

okay,

aku berhasrat,

hendak update blog setiap hari.

okay?

aku janji dengan diri aku. cuma diri aku.

itu sahaja untuk hari ini.

Thursday, October 1, 2009

Zaman tok kadok lagi sudah ada

Orang lain dah berzaman buat. aku baru nak buat. mengingat kembali kata-kata daripada isi hati aku.

" WEH KETINGGALLAN ZAMAN BETUL LAH KAU!"

Buat pengetahuan kamu semua. Beberapa hari yang lepas aku telah membuat satu account facebook. Orang panggil dia fb atau fesbuk tau apetahlagi. Oleh kerana aku berasa ketinggalan aku pun membuatnya atas saranan daripada pemain chatting.

Tah mana satu aku patut printscreen ke apa ke bla bla bla.

Aku letak kat tepi je okay.

...

Siapa mahu join aku berjogging? Dalam masa beberapa tahun lagi kamu tidak akan kenal aku lagi sebab aku mahu pergi jogging. Jadi badan aku boleh jadi seperti Watson Nyambek.

Bukan sekadar nama.