Wednesday, September 30, 2009

Kalau bersabar sikit mesti orang nak belanja makan

Ada orang tak boleh tahan sabar bila tengok buah durian. Bila ada atuk bawa kereta merah dekat depan pasar sentul tapi sekarang kereta silver ada menjual durian, (okay kenapa detail sangat pasal atuk ni) mesti akan berhenti untuk membeli durian walaupun duit tengah kering dan bukan pada musim durian. Jadi durian akan bertambah mahal. Inilah dikatakan tidak tahan sabar. Kalau sabar menunggu musim durian mesti dapat murah sikit bukan.

Aku bukan mahu bercerita mengenai durian sebenarnya. Aku mahu ceritakan tentang seorang mamat yang tidak sabar. Nama mamat ini mamat (bukan nama sebenar). Panggilan bagi mamat ini juga ialah mamat.

Jadi sedang mamat bermain komputer seorang rakan mengajaknya untuk keluar makan. Tetapi mamat tidak mahu kerana sedang seronok bermain games. Mamat memberi cadangan,

" TUNGGU SEKEJAP LAGI, AKU MAHU HABISKAN PERMAINAN INI."

Rakannya menjawab,

" OKAY BAIKLAH TAPI CEPAT SEDIKIT YA."

Mamat meneruskan permainan games dengan bersungguh-sungguh. Apabila hampir lama bermain rakannya mengingatkan beliau.

" MAMAT MARILAH KITA KELUAR"

" SABARLAH SEDIKIT SAHAJA LAGI"

Rakannya memanggil berulang kali dengan penuh sabar. Mamat juga berulang kali memberi cadangan supaya bersabar.

Apabila mamat sudah siap bermain. Sementara menunggu mamat bersiap, rakannya mengambil peluang untuk bermain komputer buat seketika. Dan apabila mamat sudah siap bersiap dengan memanggil rakannya,

" WEH JUM LAH KITA PERGI SEKARANG"

" EH SABAR SEKEJAP AKU NAK BUKA INTERNET SEKEJAP"

" $%^&! TADI SURUH CEPAT"

Aih.

$%^& = ialah kata-kata mencarut yang telah di tapis.

Jadi sekarang kita boleh tengok siapa yang lebih tidak sabar. Makan durian atau keluar pergi makan?

Sunday, September 27, 2009

Satu minggu raya yang penuh

Satu minggu raya yang penuh dengan perasaan malas untuk berblogging. Eh malas tu perasaan ke? Macam perasaan takut perasaan sedih perasaan rajin. Eh rajin juga adalah perasaan jadi betul la malas termasuk dalam perasaan.

Ish apa benda aku mengarut ni.

Itu lah dah lama tak berblogging nak lepaskan rindu dekat blog tapi dah lupa format yang sebenar. Sekarang rasa macam dah banyak mengarut dan banyak menggunakan singkatan kata. (ya ya sebelum ini tak pernah mengarut dalam blog)

Tapi memang benar. Dua tiga hari asik berjalan-jalan dekat blog orang tapi blog sendiri dibiarkan keseorangan tanpa sentuhan manja bak menyentuh kulit bayi. Okay mengarut lagi. Cukup dulu.

Aku hendak upload satu gambar sahaja untuk raya ini. Paling best lah aku rasa. Aku rasa la.


Best tak?
Okay sekarang cari mana paling hensem.







p/s: tengok sekarang pun masih ada sisa-sisa malas sebab tajuk entri pun dah macam ikut format automatik untuk microsoft office.

Tuesday, September 22, 2009

Taman Tema Air Bukit Gambang

Sudah masuk raya ketiga baru rasa tenang (rilex) sedikit. Sebenarnya hari ini rancang (plan) hendak pergi ke air terjun (waterfall) dekat Gambang. Bukan air terjun (waterfall) aku rasa tetapi dunia air (water world) lah. Aih penat juga hendak buat kamus (dictionary) macam ini bukan.

Sebenarnya perancangan aku hendak pergi ke Taman Tema Air Bukit Gambang. Ya aku baru hanya bercadang. Jangan rasa tertipu dengan tajuk entri ini okay. Aku bercadang mahu bertolak pada pukul 9 pagi. Ya sekarang sudah hampir pukul 2 tengahari. Dan ya aku sudah lambat sangat. Aku rasa macam tidak jadi sahaja hendak pergi ke sana.

Bak kata pepatah,

" BAGAI ITIK PULANG PETANG"

Okay walaupun tak kena sangat tetapi aku rasa sudah cukup menyesal kerana bangun lambat. Bila bangun lambat semua perancangan akan tergendala. Jadi aku menasihatkan supaya jangan lah kita bangun lambat. Bangun lah awal. Baru lah semua nya berjalan lancar.

" TIDUR AWAL BANGUN AWAL PERANCANGAN TERKAWAL"

Saturday, September 19, 2009

mari semua bergembira jangan berduka lara

Aku cuma nak ucap,



"SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA ORANG DI DUNIA INI."
"ESOK BANGUN AWAL PERGI SEMBAHYANG RAYA"
"SEBELUM PERGI SEMBAHYANG MAKAN LAH DULU SEDIKIT"
"JANGAN LUPA GOSOK GIGI SEBELUM MAKAN TAU"
"MAKAN KUIH RAYA INGAT AKU MESTI TERUS KENYANG PUNYA."
"JOM PERGI SERBU SEMUA RUMAH KAWAN-KAWAN MINTA DUIT RAYA PASTU TAK MAKAN SEBAB PERUT DAH PENUH"
"DATANG LAH RUMAH AKU RAYA NI FUZZ JANGAN BUAT-BUAT TAK DENGAR"

Okay sebelum itu aku hendak minta maaf dari hujung dunia sampai hujung dunia lagi satu. Aku ada buat salah, buat sakit hati, buat bengang dekat kamu semua. Aku tak dapat hendak memberi kamu kad raya kerana aku tidak pandai membuat kad raya yang paling kreatif di dunia. Korang maafkan lah aku dengan rela. Nanti belanja cocopie. Tapi kena datang rumah aku dulu lah beraya baru dapat.

Kepada sesiapa yang mengenali aku, aku jemput datang lah rumah aku bawa duit raya. Eh eh bukan bukan. Maksud aku jemput lah datang beraya rumah aku. Duit raya mesti dapat kurang-kurang rm18 juta. Rugi lah siapa yang tak datang.heh heh heh. (ayat memancing suruh datang rumah)

Okay semoga semua bergembira di pagi raya. Lepas dah menangis2 dekat rumah lepastu pergi kubur lepastu dah boleh beraya dengan muka gembira-gembira okay. Korang jangan lalu dekat laluan sempit nanti terkoyak baju raya okay. Sayang baru beli dah koyak.

Nanti lepas raya boleh timbang dekat mesin penimbang 20sen. Kita tengok siapa paling gembira.

Wednesday, September 16, 2009

Siapa boleh bagi aku kad raya?

Rumah aku sudah jadi gua sekarang. Kalau cakap pun boleh menjadi gema seperti ini,

" HOI HOII HOII HOII HOIII"

" KAU KAUU KAUU KAUU KAUU"

" DAH DAHH DAHH DAHH DAHH"

" PAM PAMM PAMM PAMM PAMM"

" JAMBAN BAN BAN BAN BANN"

" BELUMM LUMM LUM LUMM LUMM"

Okay contoh yang agak melampau di situ. Tapi betul weh. Rumah aku dah jadi diam senyap sunyi gile bai bai dah. Aku rasa nak menyanyi lagu Kupohon doa restu ayah bonda je sekarang ni. Okay takde kena mengena.

Eh tapi aku rasa ada kena mengena juga lah. Kau fikirlah kan nak dekat raya ni. Kalau aku nyanyi lagu ni memang sesuai sangat dekat situasi dan keadaan aku sekarang ni. Semua penghuni rumah sewa rumah wangi dah pulang berkonvoi. Tinggal aku dan dua orang lagi warga bentong yang masih tinggal.

Di kesempatan ini aku nak menyanyikan lagu raya untuk kamu semua.

Selamat hari raya,

Selamat hari raya,

Selamat hari raya untuk semua,

Selamat hari raya.

(nyanyi dengan nada lagu selamat hari jadi)

Okay lah aku nak bagi kad raya dekat korang semua. Tapi aku takde alamat rumah kamu semua jadi aku tak dapat lah nak bagi. Bijak kan alasan aku. Tapi memang betul aku memang nak bagi kad raya. Betul la betul la.

Okay jumpa lagi.

Babai semua.

Tuesday, September 15, 2009

Pencarian jejaka paling kacak sudah bermula

Semalam geng gagak hitam telah pergi berbuka puasa di Kemaman, Terengganu. Lokasi ialah A&W. Aku tidak mahu cakap banyak hari ini. Kamu layan sahaja gambar-gambar di bawah.

Okay sebenarnya ini gambar sebelum bertolak ke restoran A&w. Kereta di belakang adalah kereta yang kami naiki. Gambar ini semasa hendak membuat penggambaran. Heh heh heh bajet artis nak bergambar lah bagai. Belum mahu bertolak ke Kemaman lagi ni. Nanti aku ceritakan pasal penggambaran.


Ini adalah kawan aku. Nama dia Naqib. Kamu boleh panggil dia ahchong sebab dia suka mengechong. "Agak-agak korang kenapa makanan tak sampai lagi ni?"-tanya ahchong.


Ini pula Abdullah Fahmi. Panggil saja warak. Dia tengah menahan lapar kerana menunggu makanan agak lama. "Jangan sampai aku makan meja ni kang"-kata Warak.


Dan ini Muhammad Shafiq. Boleh panggil sabun. Tapi bukan sabun mandian okay. Dia ialah tuan punya kereta yang kami tunggang. Eh eh kami tumpang. "Okay boleh berbuka korek hidung sekarang."-pelawa sabun.


Dan seterusnya Muhammad Asri. Panggilannya ialah Mat Kepong. Kalau makanan lambat memang beginilah reaksi dia. "Aku bengang tahap arnab biru betul lah makanan tak sampai lagi ni"


Dan yang terakhir ialah Muhammad Rafiq. Ada orang panggil dia kojack. Kamu boleh panggil apa sahaja tetapi mesti ada kaitan dengan dia. Dia juga terpaksa bersabar menunggu makanan yang belum kunjung tiba. "Cuba kau ambil gambar aku. Nak jadi model jap." heh heh heh.



Kami dapat nombor 12 sama dengan rumah sewa rumah wangi kami. Jangan percaya sangat dengan wajah-wajah ini. Ini sebenarnya wajah berlakon kerana terpaksa senyum walaupun dalam hati dah tak sabar-sabar sebab makanan lambat sangat sampai.


Okay akhirnya makanan dah sampai dan sesuai dengan waktu maghrib. Geng gagak hitam akhirnya keluar di depan A&W. Tak makan dekat dalam sebab dah penuh. Dah boleh berbuka sekarang. Sume dah tak endahkan cameraman sebab makanan lebih penting dari segala-galanya.

Okay dah dah. Boleh aku nak tidur hujan-hujan ni?








p/s: geng gagak hitam diambil sempena terlintas dari otak sekarang ni. Takde la gagak mana pun.

Monday, September 14, 2009

mat rempit paling skema di dunia

Pagi yang indah ini memang dah jadi tidak indah bila sesuatu yang berlaku di luar dugaan kita. Aku bangun-bangun pergi kelas dengan semangat nak belajar. Lepas dah habis kelas aku pun balik rumah dengan semangat nak mem blog.

Tapi tapi.

Aku ni dah lah bukan mat rempit. Bukan boleh sangat tak ikut peraturan jalan raya ni. Kalau melanggar lampu isyarat tu pernah lah juga. Itupun waktu malam sahaja semasa tiada kenderaan lalu lalang.

Kamu bayangkan (ok tak perlu bayang sebenarnya cuma dengar sahaja) aku semasa hendak balik ke rumah selepas kelas. Aku pergi ke parking lot untuk menaiki motor pulang ke rumah. Bila aku nak sarung helmet dekat kepala tiba-tiba aku rasa macam jelas sahaja dunia ini.

Tiba-tiba rakanku bersuara,

" WEH VISOR KAU MANE?" (visor adalah cermin pelindung bagi topi keledar)

"EH HAAH LAH"

"VISOR KAU KENA REMBAT.HAHAHA"

"CIS SIAPA YANG MEREMBAT DI BULAN-BULAN PUASA INI"

Kalau ikut hati memang aku dah maki-maki dalam hati dekat pencuri. Tapi mengenangkan bulan puasa. Aku cuba tahan dan memaafkan pencuri visor. Patut ke?

Tapi aku memang tak boleh la kalau takde cermin pelindung tu. Baik aku tak pakai topi keledar daripada pakai topi tanpa visor. Biarlah langgar undang-undang pun.

Sunday, September 13, 2009

matematik sekolah rendah nak buat kawan

Aku sangat suka bercerita tentang masa kecilku. Aku rasa macam nak kembali pada zaman dulu-dulu (bukan zaman dulu pegang batu gesel-gesel keluar api tapi zaman dulu-dulu). Zaman dulu-dulu maksud aku ialah sewaktu aku masih kecil muka masih bersih tiada janggut tiada misai tiada bulu hidung tiada bulu ketiak tiada bulu okay-okay dah cukup cukup.

Waktu darjah-darjah dahulu aku sangat suka belajar matematik. Sebab matematik pada masa itu sangat mudah dan waktu darjah-darjah dahulu aku sangat suka belajar matematik (kenapa macam dah ulang ayat ini?ok abaikan).

Aku sangat cintakan matematik sehingga pernah sekali aku terlewat memasuki kelas dan apabila masuk kelas Cikgu Rosdi (cikgu yang paling rock di dunia) sedang mengadakan ujian. Aku menjadi kelam kabut kerana masa yang ada untuk menjawab soalan ujian tidak mencukupi. Akhirnya masa menjawab pun tamat dan aku tidak sempat menyiapkan soalan ujian tersebut.

Aku merayu kepada Cikgu Rosdi supaya memberi sedikit masa tambahan untuk aku menyiapkan soalan itu tetapi tidak diendahkannya. Aku berasa sungguh bangga sehingga kembang-kembang buntot. Woi bukan bangga lah. Sebenarnya aku berasa sungguh sedih dan terkilan dengan keadaan itu sehingga aku menangis kerana tidak dapat menjawab soalan hingga habis.

Nampak kan kecintaan aku terhadap matematik sekolah rendah?

Tapi ada satu kisah seorang budak menjadi perhatian sewaktu belajar matematik. Semasa cikgu matematik yang lain sedang mengajar dan bercakap-cakap, tiba-tiba cikgu itu berhenti bersuara dan kelas menjadi senyap sunyi. Tumpuan cikgu itu terhadap budak tersebut. Rupa-rupanya budak itu sedang tertidur. Malu budak itu bila bukak mata je cikgu sudah depan muka dia.heh heh heh.

Yang ni aku tak tahu dia cinta matematik. Ada sesiapa terasa tak?

Saturday, September 12, 2009

Apakah perkataan terbiasa bagi kamu.

Dari hari itu aku hendak beritahu streamyx sudah siap pasang dekat rumah aku. Kalau kamu perasan aku agak rajin dua tiga hari ini untuk mengupdate blog sebab aku agak senang untuk online ( sekarang dah takde alasan tak boleh update lagi ).

Menjawab persoalan oranglidi di entri yang lepas. Kamu tahu bukan aku sekarang mahu menjadi budak belajar. heh heh heh. Aku sudah kembali ke politeknik kerana mahu menjadi mat modul.(modul adalah sama seperti buku teks tetapi kulitnya tidak cantik dan isinya selalu di fotostat.) Kamu faham bukan?heh heh heh.

Okay,

Aku pernah bercita-cita hendak masuk ke dalam rancangan roda impian musim ke 5. Eh eh bukan bukan. Maksud aku, aku pernah bercita-cita hendak masuk pertandingan menulis paling laju. Tapi sampai sekarang masih tiada rancangan seperti itu.

Aku ingat aku pernah berlumba menulis dengan rakanku yang bernama Aizuddin. Aku panggil dia dengan panggilan Din,

"DIN, MARI KITA LUMBA MENULIS NAK? KITA LIHAT SIAPA PALING LAJU."

"BAIKLAH, TIADA HAL."

"MARILAH!"

"BAIK!"

Pertandingan dimulakan dengan menulis dengan begitu pantas sekali. Aku rasa perkataan yang aku tulis adalah macam ini,

" SAYA SUKA MAKAN KAKI "

Eh bukan bukan, tapi macam ini,

" SAYA SUKA MAKAN NASI "

Aku rasa lebih kurang macam tu la. Aku tulis dengan penuh semangat waja dan aku menang. Pantas bukan tulisan aku. Cantik buruk jangan cerita lah. Din kau tulis dah laju tapi aku laju lagi beb.heh heh heh.

Kita semua mesti ada satu perkataan yang akan biasa tertulis jika sedang memegang pen atau pensel bukan? Aku pernah berlaku tabiat seperti ini. Macam aku masa kecil-kecil dahulu akan tertulis 'saya' jika memegang pensel. Bukan 'saya saya saya saya saya' tapi hanya 'saya'.

Tapi.

Sekarang tidak ada lagi. Aku tidak tahu kenapa.

Okay.

Jadi, apa perkataan terbiasa kamu?

Friday, September 11, 2009

siapa paling baik boleh tolong aku

Aku paling tidak kesukaan keadaan batuk macam sekarang ini. Bila hendak batuk (okay sebenarnya bukan hendak tapi terbatuk dengan sendiri) akan menyebabkan abdomen kita akan tergerak ke belakang sedikit manakala bahagian tengkuk hingga ke kepala akan tergerak ke hadapan sedikit. Kalau lebih teruk lagi bahagian lutut juga akan tergerak ke hadapan sedikit.

Selepas itu disusuli bunyi "ehhuuk huuk". Kalau kita cuba menahan batuk ia akan berbunyi didalam dada seperti "eherrk hemm". Dan selepas terlalu lama kita menahan batuk akan terbatuk juga dan bunyi akan menjadi lebih kritikal seperti ini, "EHFWORKK HFWORKK WOFFF!". Lihat agak sakit bukan.

Aku perlukan ubat. Ada tak ubat batuk di waktu siang bulan puasa ini?

Buat pengetahuan kamu semua aku selalu juga membuang masa dengan melayani yahoo messenger. Tapi sekarang ini aku paling sukar hendak sign in. Keadaan yang agak lama tidak boleh sign in menyebabkan aku dah men delete program tersebut. Tapi bila aku nak install balik dah tak boleh. Ia akan keluar ini,



Sudah puas aku mengusik-ngusik/ mencuba-cuba/ bermanja-manja dengan windows firewall. Tetapi tetap tidak berjaya untuk install. Jadi siapa yang paling baik boleh tolong aku selesaikan masalah ni?





p/s: comment sudah terbuka untuk sesiapa yang terbaca entri ini dan boleh membantu.:')

Wednesday, September 9, 2009

Dan sebenarnya

09/09/09

Cantik kan tarikh tu?

Hari ini hari paling bermakna dalam hidup aku. Akhirnya sudah setahun aku menjadi pasangan kepada si pasangan. Tahun lepas aku letak tarikh ini sebab aku rasa macam aku rasa sekarang. Tarikh ini sangat cantik. (OKay kalau tak cantik pun kamu diam-diam sudah.)

Sebenarnya hari ini aku bukan nak bercerita tentang itu. Aku nak bercerita tentang pengalaman aku sebagai pemenang pingat emas larian berganti-ganti masa darjah tiga dahulu. Aku pernah mendapat emas kerana berjaya memintas pelari yang mendapat perak serta gangsa. Aku tidak lah bangga sangat ketika itu.

Okay sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang larian sekolah. Aku hendak bercerita tentang pendakian ke Bukit Raka. Bukit Raka kalau kebiasaan akan mengambl masa 3jam pendakian. Aku adalah antara peserta terawal yang sampai ke puncak. Walaupun tidak sepenat mendaki Gunung Everest tetapi aku dapat rasa lutut aku hampir tercabut juga. Aku juga tidak bangga dengan itu.

Sebenarnya bukan lah cerita ini aku nak ceritakan. Tapi aku nak ceritakan bagaimana aku dapat memanjat dinding batu dengan pantas. Memanjat dinding atau wall climbing merupakan salah satu sukan yang terdapat di Malaysia mahupun Pakistan. Aku juga mendapat johan di peringkat politeknik kerana berjaya memanjat dengan masa terpantas. Walaupun begitu aku tetap tidak bangga juga.

Okay sebenarnya aku bukan nak cerita mengenai ini. Aku nak bercerita mengenai OKay dah dah. Pasti kamu semua sudah cukup bengang dengan entri aku kali ini.

Sebenarnya aku nak beritahu satu je hari ini. Aku memang gembira dengan tarikh yang cantik ini. Betul.

09/09/09

Aku rasa nak berkenalan dengan tarikh ini. Ada sesiapa cemburu tak?

Tuesday, September 8, 2009

Sekarang semua sudah besar sudah pandai-pandai cakap

Beberapa hari lepas memang hari paling bahagia lah aku rasa. Aku ni dah lah miskin, kecik, comel, takde duit dan tak pernah beli baju mahal-mahal. Tapi hari itu si pasangan dah belanja aku sehelai kemeja. Walaupun aku tak tahu harga baju tu tapi aku rasa itulah baju paling mahal aku pernah miliki sebab dibeli dekat butik padini. Selalu aku beli dekat pasar malam aje itupun tunggu sale juga. "Terima kasih sangat-sangat kat awak sebab bagi baju tu ek."

Okay dah dah.

Aku ingat lagi masa umur aku 12 tahun. Waktu itu seingat aku ialah aku berada pada darjah enam.(ini semua orang pun tahu lah). Aku akan pergi sekolah menaiki basikal atau berjalan kaki. Jika aku berjalan kaki bermakna basikal aku mungkin mengalami kerosakan yang aku malas perbaiki lagi. Macam aku dah cerita sebelum ni dekat sini.Pengalaman bertahun-tahun menaiki basikal.

Rutin aku waktu itu ialah balik sekolah aje aku akan menonton cerita pi mai pi mai tang tu. Aku rasa itulah cerita yang paling kelakar habis lah pada zaman itu. Aku layan sangat sampai tak sabar-sabar nak balik rumah nak tengok cerita tu. Sampai rumah campak beg terus bukak tv tanpa tukar baju dahulu.

Antara dialog-dialog masih kekal dalam ingatan aku seperti,

" EH SUDA TUKAR KA?"-Ravi

" KAMU MENGAPE JADI GHOPE ITU?"-Mak ngah

" SUDAH LAH PIIIIIRAHH!"- Budin

Haha memang agak kelakar lah cerita itu. Kalau boleh tak nak lepaskan satu siri pun dari cerita itu. Aku suka sangat tengok cerita sampai dah boleh hafal penutup cerita yang bagitau cerita ini dirakam dihadapan penonton bla bla bla dan bla. Aku pun masa itu rasa macam wah hebatnya hebatnya. Kena berlakon secara spontan di hadapan penonton. Tapi memang betul sampai sekarang pun aku masih rasa diorang hebat.

Kalau hendak di kaitkan aku ada satu kisah waktu berbuka semalam. Kawan aku yang sangat baik telah beli air soya dan perisa laici. Lepas tu sorang kawan aku cakap masukkan air dalam jug air. Kawan aku sorang lagi baru hendak masukkan perisa laici untuk membuat air laici.

" WEH LETAK LAH AIR SOYA TU BUKAN AIR LAICI"

"LAH APESAL TAK CAKAP AKU TAK PERASAN KAU BELI AIR SOYA"

Kamu perasan tak di situ?

Kawan aku sorang suruh masukkan air tetapi tak cakap dengan jelas masukkan air apa. Selalunya kalau perkara umum macam ini kita mungkin boleh cakap dengan jelas sedikit. Contohnya,

"WEH TOLONG BELI AYAM SEKETUL"

"OKAY AKU BELI AYAM GORENG BEREMPAH"

"WOIH BUKAN AYAM GORENG BEREMPAH LAH AYAM! AYAM MASAK KICAP TAU!"

"WOIH KAMBING! KAU BELI SENDIRILAH!"

Sila perhatikan tak pasal-pasal dipanggil ayam kerana cuba meneka. Kalau dah salah teka perlu memanggil kambing pula. Sepatutnya perlu cakap dengan jelas sedikit seperti ini,

"WEH TOLONG BELI BONTOT AYAM GORENG SERINGGIT"

"OKAY NANTI AKU BELIKAN EXTRA LAGI SERINGGIT UNTUK KAU"

Kamu nampak bukan bila ada persefahaman sebegini keadaan akan berubah dan mood pembeli juga turut berubah sampai mahu membelanja.

Jadi kalau nak cakap biar lah jelas sedikit supaya semua orang pun faham. Macam dialog Mazlan Pet Pet dalm Senario,

"LAIN KALI CAKAP BIAR TERANGG"

Monday, September 7, 2009

Games penghilang bosan

Bila teringat hendak makan nasi mesti kita semua akan pergi ke dapur selepas itu senduk nasi dan letak dalam pinggan dan terus makan. Kalau ada lauk pasti kita akan senduk lauk dahulu dan makan.

Tapi itu semua tak boleh terjadi masa bulan puasa sebab kita semua tahu kita tidak boleh makan macam biasa. Kalau makan juga sudah tentulah namanya orang tidak puasa. Ramai juga orang tidak puasa ini terutama sekali perempuan. Bukan seorang dua tetapi boleh dikatakan semua perempuan yang bergelar wanita tidak berpuasa. (bukan perempuan dan wanita adalah sama? ok abaikan)

Aku pernah juga mengidam hendak makan nasi ayam sepinggan dan kemudian terlupa sebenarnya aku berpuasa. Itu sudah tentu tidak membatalkan puasa bukan. Pernah sekali aku terminum air dan makan nasi sepinggan. Tapi rupa-rupanya aku bermimpi. Okay aku rasa puas juga sebenarnya walaupun hanya mimpi.

Bulan puasa ni sebenarnya aku ada hadiah untuk kamu. Aku nak bagi kamu sedikit barang penghilang bosan. Kalau kamu rasa kamu nak kamu boleh ambil dekat tepi blog aku okay. Tak apa aku tak kisah pun. Aku tidak ambil upah untuk itu.

Ini untuk suka-suka sahaja okay. Aku hanya hendak menghilangkan bosan yang terdapat dalam diri aku ketika ini. Sesiapa peminat games dalam telefon bimbit boleh ambil dengan pantas okay. Sebenarnya kamu boleh search sendiri. Aku sengaja hendak tepek dekat sini. (tepek ialah tampal okay jangan buat-buat tak faham)

Friday, September 4, 2009

boleh tak aku nak panggil kamu cantik dan kacak?

Akhirnya dapat juga aku bersahur dengan maggi goreng sedap pagi tadi. Punya lah nak makan maggi sebab daripada sebelum puasa lagi beli tapi tak makan-makan lagi. Aku bangun awal sikit hari ini lepastu terus tekan butang panaskan air sebab ingat nak cepat masak maggi.

Tapi bila nak letak air panas dalam mangkuk maggi air dah jadi air sejuk. Aku tak tahu kawan aku yang sangat baik mana dah ambil air yang aku panaskan lepastu pergi campur dengan ais. Air panas dah jadi suam-suam kuku. Nasib baik dia panaskan air lain. Jadi kena tunggu juga lagi nak buat maggi.

Sekarang aku sudah mula nak berterus terang.

Kawan aku selalu panggil aku dengan nama penuh. Macam tengah ber sms dengan kawan yang lain dia akan panggil aku dengan nama Muhammad Rafiq. Aku tak kisah pun dengan sebarang panggilan terutama kalau ada kaitan dengan aku. Kalau macam ada selitkan kata-kata kesat aku rasa macam takde kaitan dengan aku. Contohnya macam ni,

"WEH SI BEDEBAH TU KAN SUKA TIDUR DEKAT TEPI TANDAS KAU TAHU"

Kalau cakap macam ini dengan aku mesti aku tak terasa walaupun aku tidur dengan sebelah mangkuk tandas aje pun. Sebab perkataan bedebah itu adalah kata-kata kesat dan aku rasa takde kaitan dengan aku. (ini adalah contoh saja okay jangan ingat aku betul-betul pernah tidur dekat situ). Kalau contoh lain seperti ini,

"WEH KAU TAHU MUHAMMAD RAFIQ TERTIDUR ATAS MANGKUK TANDAS MALAM TADI"

Okay kalau cakap nama penuh macam ini aku rasa macam nak mengaku aku pernah tidur atas mangkuk tandas walaupun aku tidur dalam bilik atas tilam yang sebatu jauh dari tandas. (ini adalah contoh saja okay jangan ingat aku betul-betul pernah tidur dekat situ. kenapa macam dah cakap sebelum ini. ok abaikan)

Jadi aku lebih suka kalau kawan-kawan panggil aku dengan nama aku sendiri seperti rafiq, apik, kojeck dan bukan dengan ganti nama diri yang jauh kaitan dengan aku. Tapi kalau panggil cutey aku kena fikir dua tiga kali baru mengaku sebab aku juga tak suka orang paksa aku menjadi cute. okay-okay aku tak kisah sebenarnya.hahaha.


MUHAMMAD RAFIQ BIN HASRUDIN
kecil molek bergaya. okay tipu sangat.

Wednesday, September 2, 2009

Entri sedih yang jangan percaya sangat

Entri sedih ini untuk orang gembira sahaja okay sebab kalau orang sedih baca akan jadi bertambah sedih. Tapi jangan percaya sangat.

Seseorang yang sedang marah selalunya pasti tidak dapat berfikir dengan betul. Fikiran boleh menjadi pendek dan keputusan juga mungkin kurang tepat bila seseorang itu berada dalam keadaan marah.

Pernah juga aku menelefon seseorang dalam jangka masa yang agak lama. Aku rasa orang akan menyebut perbuatan aku pada waktu itu ialah bergayut. (bergayut sepatutnya di pokok bukan macam monyet-monyet saja.ok abaikan)

Mungkin akibat daripada perbualan yang agak panjang deria pendengaran aku menjadi semakin berkurang. (ini hanya andaian aku okay jangan percaya sangat). Kadang-kadang aku terpaksa bertanya balik apa yang dicakapkan oleh pasangan aku. Dia juga terpaksa mengulang-ulang apa yang dia cakapkan.

Sampai suatu ketika nada suara aku menjadi semakin tinggi kerana tidak berjaya untuk mendengar suara si pasangan. Keadaan menjadi tidak selesa bagi si pasangan kerana nada yang kuat itu bagaikan ditengking oleh aku.

Akhirnya situasi menjadi tegang seperti tegangnya rantainya motosikal yang baru ditarik. Aku menjadi marah juga dengan keadaan itu lalu mengalami gejala-gejala menengking. Keadaan itu diakhiri dengan kata-kata kesat dan putus talian oleh si pasangan.

Aku sangat sedih sebenarnya.

Terasa betul lah. Aku rasa aku salah juga. Bila dah marah mesti tak boleh fikir dengan betul.





p/s: aku dah kata entri ini sedih. siapa suruh baca kalau tengah sedih. kan?