Monday, August 31, 2009

Apakah erti kemerdekaan bagi kamu

Aku bukan sengaja buat macam ini. Mungkin kerana terpaksa atau keadaan yang memaksa aku buat macam ini. Aku pun macam tak nak buat macam ini tapi tapi.

Kita semua tahu hari ini hari merdeka. So aku sebelum apa-apa aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua pelanggan eh eh kepada semua penduduk di Malaysia ini.

Okay kita semua juga tahu hari merdeka jatuh pada hari isnin dan bukan hari ahad. Cis kenapa aku berada di Terengganu. Hari ahad adalah hari pejabat okay hari pejabat.

"HELLO CIK"

"YA SAYA"

" SAYA NI RAFIQ"

"YA"

" CIK, ESOK ADA KELAS TAK?"

" EMMM. ADA"

"ALAA CIK, ESOK KELAS CIK JE ADA"

"EMM TAKPELAA"

"ERR OKAY CIK"

Aiseh, isnin cuti pun ahad ada kelas.

Bila rasa sakit perut kadang-kadang mesti kita akan ke tandas. Tapi hari itu aku tak ke tandas macam biasa tapi aku terus ke sebuah klinik. Aku jumpa doktor lepas itu doktor cakap perut aku masuk angin. Dia bagi ubat untuk angin dan beritahu perut aku bukan gastrik tapi hanya dimasuki angin.

"DOKTOR"

"YA ADA APA"

"BOLEH BAGI MC TAK?"

"OH PAGI NI TAK BOLEH TAPI PETANG BOLEH LAH"

"SAYA NAK MC UNTUK ESOK"

"HARI AHAD YA?"

"YA"

"OKAY HARI AHAD BOLEH"

Aku dah rasa lega sekarang. Cuti aku dah menjadi empat hari bermula hari jumaat. Aku dapat mc untuk hari ahad. Dan aku rasa aku dah merdeka lah. Kau rasa tak?

Thursday, August 27, 2009

Aku tahu kamu lagi tua dari aku

Kamu tahu jam sekarang pukul berapa?

Mengikut pengiraan matematik darjah enam aku yang hancur waktu sekarang adalah 12 minit hendak masuk pukul 4.

Aku masih tak dapat tidur lagi. Mata dah rabak tapi tak boleh tidur.(rabak sepatutnya adalah simpulan bahasa untuk seluar seperti koyak rabak bukan. okay abaikan)

Aku rasa ini mungkin sebab aku mandi tadi. Kamu bayangkan aku terpaksa mandi pada pukul 12.30 tengah malam. Kalau tak mandi memang bau telur dan tepung lah badan aku.

Okay aku malu sebentar.

Umur aku sudah 20 tahun rupanya.

Wednesday, August 26, 2009

Lukis muka sendiri tetapi menjadi lobak

Dulu.

Masa aku darjah enam aku ada satu kumpulan sendiri. Kumpulan ini bukan lah kumpulan penyanyi yang pandai bermain instrumen-instrumen muzik dan mempunyai seorang vokalis yang mantap. Kumpulan ini juga bukan kumpulan koir sekolah yang sangat bersepakat untuk menghasilkan satu nada yang menarik.

Kumpulan yang aku maksudkan ialah kumpulan pelukis. Sebenarnya aku memang tidak tahu melukis. Kalau mewarna pernah juga aku menang masa tadika dulu. Itupun sebab ayah aku yang jadi pengadil. Okay kumpulan pelukis ini semuanya terdiri daripada budak-budak kelas yang juga teman-teman rapat aku pada waktu itu.

Hasil usaha gigih kami. Akhirnya kumpulan aku dah berjaya menjadi pelukis kerana telah berjaya menghasilkan sebuah komik ciptaan sendiri. Di dalam komik tersebut di muatkan dengan pelbagai cerita-cerita menarik serta lawak-lawak yang direka atau diciplak oleh teman-teman dan juga aku.

Semasa proses pembikinan, aku mengadu,

"WEH AKU TAK PANDAI LUKIS KARTUN LAH, KALAU ORANG LIDI MEMANG AKU PANDAII"

" KAU JANGAN RISAU, KAU TEKAP JE DENGAN BUKU-BUKU KOMIK YANG KAU SUKA" (aku tak pasti ejaan tekap ni)

" TAK ORI LA MACAM TU, TAK NAK LA TEKAP-TEKAP"

" OKAY KAU BOLEH BUAT ORANG LIDI "

" ALA ORANG LIDI LAGI TAK HIDUP LUKISAN AKU, OKAY BAIK AKU TEKAP"

Akhirnya aku berjaya tekap sebuah lukisan kartun dengan jayanya. Aku berjaya menjadi pelukis seawal 12 tahun.

Tapi.

Mana perginya pelukis-pelukis ini. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi komik yang kami hasilkan. Jadi tak dapatlah aku nak tunjukkan kepada kamu hasilnya. Apapun. Aku masih ingat lagi nama aku sebagai pelukis. LOBAK.

Eh lobak?

Manisnya.

Monday, August 24, 2009

walaupun harta banyak selembah emas

Bila terasa hendak melakukan sesuatu yang di luar batasan kita selalu akan terfikir tentang akibat dari perbuatan kita itu. Ini adalah lumrah pada diri setiap manusia yang waras. (KALAU TAK WARAS PASTI TAK RASA BERSALAH PUN MACAM NI).

Beberapa hari yang lalu sewaktu aku sedang berjalan-jalan di pasar malam. Aku ternampak sejenis makanan yang sangat aku minati iaitu sosej gulung. Kamu tahu sosej gulung ialah seperti sosej yang dibalut dengan tepung yang digoreng dan ia akan menjadi seperti nugget. Kamu dapat bayangkan bukan bagaimana bentuknya? Maaf aku tiada gambar untuk itu.

Okay kembali kepada cerita asal. Semasa aku terpandang terus aku membeli sosej itu kerana terlalu meminatinya. Aku hanya membeli satu kerana satu pun sudah cukup membuatkan aku puas hati.

"MAKCIK, BUNGKUSKAN SAYA YANG NI SATU"

"HOK MANE SE?" (Makcik ini terdapat sedikit loghat terengganu)

"SOSEJ GULUNG NI MAKCIK"

"BAIK NOK"

Apabila aku mahu membayarnya perasaaan aku tiba-tiba menjadi gundah gulana. Degupan jantung aku berdegup laju. Aku menjadi tidak tentu arah. Aku menyeluk saku kiri dan kanan untuk mencari wang untuk dibayar.

Cis baru aku teringat duit aku sudah habis membeli kebab ayam dan ayam goreng. Aku tidak jadi membeli sosej gulung. Aku berlalu pergi dari gerai makcik itu dengan hampa. Aku dapat lihat wajah makcik itu juga turut kecewa.

Kamu rasa adakah tindakan aku ini sudah diluar batasan. Aku rasa bersalah. Kerana aku rasa aku masih waras.

Sunday, August 23, 2009

sehingga kini nota adalah sangat penting

Aku masih ingat lagi ketika aku menuntut di KAFA tadika abim. (ABIM IALAH NAMA SEBUAH ORGANISASI TADIKA BUKAN SEORANG RAKAN YANG BERNAMA ABIM). Di sana aku dapat belajar agama. Tak sia-sia mak dan ayah aku menghantar aku ke KAFA sebab banyak perkara yang aku tak ketahui telah aku ketahui semasa menuntut di sana.

Waktu itu umur aku dalam linkungan 8 tahun. Aku bersama dua orang lagi penuntut iaitu kakak dan abangku yang turut menuntut di KAFA tersebut. Kami pergi ke KAFA dengan menaiki sebuah bas sekolah. Bas itu tidak lah sebesar bas biasa tetapi ia hanya sebesar sebuah van. Aku pelik walaupun ia hanya sebesar van tetapi dinamakan bas sekolah juga.

Okay waktu pergi ke KAFA tiada masalah kerana bas sudah dipenuhi dengan rakan-rakan seperjuangan yang turut mahu ke KAFA. Pakcik Atan yang membawa bas itu datang betul-betul di hadapan rumah aku untuk menjemput aku.

Aku berasa kehairanan kerana walaupun pada waktu itu kami baru sahaja menumpang bas sekolah nya, dia sudah dapat mengingat kedudukan rumah aku dengan tepat. Cis kenapa aku tak fikir pasti dia sudah tulis nota untuk setiap rumah yang perlu di singgah.

Waktu balik adalah waktu yang sangat genting. Tiba-tiba kakakku bersuara,

"Apik, ambik kedudukan!"

"Baik kakak"

"Hati-hati ada orang datang"

"Jangan risau apik akan tahan dia"

"Okay jangan sampai dia menangis"

"Yes! Berjaya!"

Akhirnya aku dan kakakku berjaya duduk kerusi depan. Nasib baik aku sempat tahan budak perempuan itu sebelum dia naik. Memang hairan kenapalah kami selalu berebut nak duduk depan.

Thursday, August 20, 2009

Kalau bukan sebab berbayar dah lama aku buat

Tinggal dua hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Kalau tolak hari ini bermakna tinggal satu hari lagi kita akan berpuasa. Kalau tolak esok bermakna hari ini kita dah berpuasa. Hari ni dah puasa? HAH! KORANG TAK PUASA KER?

Jangan gabra okay. Aku cuma buat andaian jika hari ini ialah hari sabtu. Sebenarnya hari ini adalah baru hari khamis (WOIH MACAM LAH ORANG TAK TAHU HARI KAU NI). Okay di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger dan rakan-rakan blogger serta jiran-jiran blogger dan saudara-mara blogger. Kenapa mesti blogger sahaja. Tidak lupa juga kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. (MUTU KAU BUKAN MUSLIMIN LAH!)

"SELAMAT BERSAHUR BERPUASA DAN BERBUKA OKAY!"

"JANGAN CURI MAKAN MINUM PERGI BAZAR AWAL-AWAL BAWA BALIK AIR DAH SIAP CUCUK STRAW"

" JANGAN LIAT NAK BANGUN SAHUR OKAY NANTI MALAS NAK PUASA BAGI ALASAN TAK SAHUR"

Bulan ini juga niat aku nak banyakkan amal pergi masjid solat terawih. Lepas terawih niat aku dapat makan percuma.

Okay,

Hari itu aku sempat pergi jalan-jalan dekat sekitar terengganu. Pergi makan dekat MCD Kerteh. Selepas itu singgah di MESRA MALL, Temasik. "JONG GI MESRA MALL!". Memang meriah berjalan esoknya pergi Kuala Terengganu pergi PC Fair.

Aku pelik pergi PC Fair tak keluar satu sen pun tapi bawa balik beg dan pen dan belon dan poster. Okay jangan buat-buat pelik lah siam. Sebenarnya aku pergi daftar streamyx sebab itu dapat beg percuma pen percuma dan belon percuma dan poster percuma. Dan sebab inilah aku dah lama tak update blog. Rumah sewa rumah wangi baru nak masuk streamyx. Jadi aku tak boleh nak online untuk meng update blog ini. (Alasan ini sangat kukuh okay.)



Kalau muka macam ini ada tak orang nak bagi big mac atau chicken mc deluxe percuma?



gedik tak i?haha



kalau tak silap aku nama pulau dekat belakang itu ialah pulau melukut. Kalau tak silap aku lah.



Nama pokok dekat sebelah ini ialah pokok melaka. Yang ini dah tentu silap.


Thursday, August 6, 2009

Jujurlah padaku bila kau tak lagi suka

Hari ini memang paling best la dalam sejarah hidup aku. Kamu jangan nak cemburu lah dengan kejayaan aku. Aku bukan nak berlagak lah kan tapi memang kamu mesti rasa nak jeles lah cemburu lah dengki lah. Okay tak baik tahu bersikap begitu. Kamu sepatutnya rasa nak tahu bagaimana aku boleh mencapai kejayaan seperti ini.

Aku bukan lah seorang jutawan atau ribuwan atau puluhwan. Aku juga bukan salah seorang daripada angkasawan yang memacakkan bend
era Malaysia di bulan. Jika kamu ingin tahu, aku juga bukan CEO di syarikat peredaran motor TAN CHONG.

Okay lah cukup lah pengenalan serba sedikit tentang aku. Aku akan teruskan dengan kejayaan dak sekaligus mencata sejarah dalam hidupku ini.

Buat pengetahuan kamu, hari ini aku telah berjaya membuat roti canai buatan sendiri.

" WAH WAH HEBATNYA HEBATNYA"

Haha betul weh. Hari ini aku dah berjaya menghasilkan roti canai sedap-sedap. Tak sia-sia aku bertungkus lumus menguli tepung malam semalam. Hampir berpeluh-peluh juga aku dibuatnya. Diulang hampir berpuluh okay. Jadi belum lagi berpeluh. Kamu perlu faham di situ. Aku menguli dengan bersungguh-sungguh dah fokus sehingga aku terlupa hendak meletak telur. Dah nak siap baru aku teringat. Nasib baik doh aku masih boleh diselamatkan. (doh ialah tepung yang siap diuli bukan kata ganti nama diri seperti "KAU BUAT APA TU DOH?", bukan yang ini okay.)

Sebagai meraikan kejayaan aku ini, aku dan rakan-rakan rumah sewa rumah wangi telah pergi ke Air Terjun Cemerong. (ceh padahal kebetulan memang nak pergi sana). Lokasi air terjun ini ialah di kawasan Paka,Terengganu. Hampir kesemua penduduk rumah sewa rumah wangi telah pergi ke kawasan rekreasi ini. Memang syok gila lah weh. Siapa yang ada plan nak pergi bercuti memang aku cadangkan dekat sini lah. Tempat dia memang syok dan kemudahan pun lengkap.

Kita layan gambar sebentar okay,


Kami bukan rempit-rempit kepit tersepit okay



dekat sini memang agak sejuk jadi tak perlu pergi ke Gunung Fuji lagi



aku dah cakap memang rugi kau tak pergi sebab memang syok gila lah dekat sini



tengok kemudahan dia lengkap kau cakap je nak apa mesti dapat

Tuesday, August 4, 2009

Kalau dah terhantuk baru nak terngadah memang benjol lah

Kita selalu tak menyangka satu keadaan yang jarang berlaku ke atas seseorang itu akan berlaku dekat kita. Sebagai contoh seseorang yang kena sembelit atau buasir. Eh bukan contoh ini. Maksud aku contoh macam suatu kemalangan. Seseorang yang tak pernah kemalangan pasti dia tak merasa dia juga boleh terlibat dalam kemalangan.

Betul tak apa aku cakap? Aku dapat rasa sebelum aku kemalangan kereta hari itu. Aku tak sangka langsung yang aku boleh mengalami kemalangan yang agak teruk apabila membawa kereta. Aku berfikir bahawa orang lain yang kemalangan adalah sebab kelemahan mereka sendiri membawa kereta. Sebenarnya walaupun sepandai mana pun kamu pandai membawa kereta tapi jika cuai pasti berlaku kemalangan.

Kalau seseorang menasihat kepada seseorang lagi kerana dia membawa kereta agak laju, pasti dibalas dengan kata-kata menguji minda seperti,

" AKU DAH 18 TAHUN BAWA KERETA LA WEH. TAK PENAH ACCIDENT KAU TAU!"

atau,

" KAU INGAT AKU BUDAK-BUDAK CURI BAWA KERETA BAPAK KE?"

atau pun,

" APA GUNA METER KERETA 240km/j KALAU BAWA 20km/j. BAIK PAKAI KERETA SORONG."

Orang-orang macam inilah yang tiada kesedaran untuk berhati-hati. Aku nak menasihat supaya sesiapa yang ada rasa macam itu kamu patut tahu bahawa kamu juga boleh terlibat dalam perkara yang tidak kita inginkan ini. Sekiranya kamu tahu, kebarangkalian untuk seseorang terlibat dalam kemalangan bagi setiap yang membawa kenderaan ialah 99%. Jadi setiap daripada kita perlu berhati-hati dan jangan berasa kita sangat handal kerana tidak pernah terlibat dalam kemalangan.




p/s: aduhai screen laptop aku dah rosak. yang ni pun aku tak sangka boleh berlaku dekat aku. cis. agak-agak berapa juta ek habis nak repair?

Monday, August 3, 2009

Laporan setebal 140helai

Akhirnya sampai juga aku di tanah tumpah air nescafe ni. Perjalanan jadi mat rempit sekejap memang agak memenatkan. 5jam atas motor memang penat. Nasib baik aku sempat beli teh o ais limau dalam botol. Tak lah penat sangat.

Hari pertama aku jejakkan kaki dekat poli (ceh macam lah kau budak baru nak daftar) sudah macam pelajar nursing pulak. Semua pelajar dan tenaga pengajar memakai topeng misi (doktor gigi). Ni semua gara-gara penyakit H1n1. Sebelum masuk dewan kena check dulu. Tak pasal-pasal nama aku kena tulis sebab suhu 39 darjah celcius.

Aku dengan niat yang sangat baik mahu menghantar laporan latihan industri. Perasaan memang penuh debaran apabila cik memeriksaan laporan aku.

" HAH YANG NI TAK BETUL!"

"YANG NI SALAH NI"

" AWAK CHECK BALIK FORMAT YANG BETUL NAK BUAT NI"

Okay aku dah faham sekarang. Laporan aku direject. Aku dapat dua hari nak betulkan balik.


p/s: tak berbaloi betul aku buat penat2. baik aku pergi konsert awan biru camneh.