Friday, July 31, 2009

perasaan sebagai pelajar kurang malas

Nampaknya esok ialah harinya. Hari ini merupakan hari terakhir aku di tanah tumpah darah. Esok aku akan bertolak ke Dungun, tanah tumpah air nescafe.

Ya hari esok aku akan bertolak. Tiada lagi tidur lama. Tiada lagi makan banyak. Tiada lagi rehat sebenar. Ahh. Aku akan bertemu dengan tidur sekejap. Makan sedikit dan rehat palsu. Kehidupan sebagai pelajar memang kadang-kadang agak memenatkan. Aku benci tugasan. Aku benci quiz. Aku benci peperiksaan.

Tapi inilah yang perlu dihadapi oleh setiap pelajar. Dan perkara inilah yang membuat seseorang pelajar itu bertambah pandai atau mahir dalam sesuatu bidang yang diambilnya. Semakin banyak halangan atau cabaran, semakin mendalam kesan yang akan diperoleh. Maksudnya sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk belajar, pasti dia akan dapat apa yang dia mahukan itu.

Kamu faham bukan maksud aku? Jadi aku tak mahu sia-sia kan masa aku untuk balik ke tanah tumpah air nescafe ini untuk bermain-main. Aku mahu menjadi seorang pelajar yang berusaha untuk siapkan tugasan. Meniru dengan bijak dalam quiz. Dan studi bersungguh-sungguh dalam peperiksaan.

OKay aku dah bersedia sekarang! One now One nescafe...

Saturday, July 25, 2009

Jantan tina

Dalam kesibukan aku menyiapkan laporan latihan industri yang asfgaskjg, (betul weh laporan akhir memang macam influenzaAh1n1) Pening kepala aku hendak menyiapkannya. Sepatutnya esok aku dah kena hantar. Tapi disebabkan poli ditutup 5 hari. Jadi ditangguh pada minggu depan. Jadi masih ada sedikit masa untuk menyiapkannya. Dalam kesibukan ini sempat lagi aku menjelajah ke negara orang. ( okay sebenarnya hanya negeri orang).

Beberapa hari yang lalu aku telah pergi ke Kuantan yang terletak di negeri Pahang yang makmur. Aku menemani rakan ku untuk pergi menandatangani surat perletakan jawatannya sebagai pelajar di salah sebuah kolej di Kuantan yang dirahsiakan namanya. Baiklah kita menganggapnya sebagai kolej S.

Memang mengerikan betul aku masuk kolej S. Semasa rakanku pergi mendapatkan surat perletakan jawatannya, aku hanya duduk dan berbaring menunggu di dalam kereta sahaja. Kereta rakanku hanya di parkir di hadapan kolej. Aku dapat lihat pelbagai telatah dan ragam pelajar-pelajar di kolej tersebut menerusi tingkap kereta.

Ada yang berambut panjang, ada yang berambut pendek, ada yang berkaki panjang dan ada yang berkaki pendek. Aku tak kisah lah dengan gaya dan fesyen dan penampilan diorang. Tapi dalam macam-macam yang dapat aku lihat, aku terasa macam banyak semacam je aww. AWW!

Kau faham tak maksud aku? Aku terasa banyak semacam je aww. AWW!

Okay lah aku terangkan. Aku rasa macam banyak je aww. Eh susah betul nak sebut. Rasa macam banyak sahaja bapuk di situ. PEH!

Gila lah. Memang mengerikan. Muka dah hensem tapi bila mula berborak aku sudah dapat mengagak kebapukan mereka melalui nada suara dan pergerakan tangan mereka. Isk. Kau tak rasa ngeri ke?



p/s: masa pam minyak pun ada satu kereta ni usha-usha kami. Kami usha balik. Cis. JAntan!

Friday, July 17, 2009

Ilmu yang sedikit

Bila aku tulis pasal tujuan kita dihantar ke dunia pun orang dah boleh agak aku pergi mana.
kau memang alert lah orang lidi.
aku tak pandai sangat nak cerita pasal ni tapi mungkin aku boleh cakap sikit-sikit.
okay.

Bismillah...

Manusia dicipta dengan sebaik-baik ciptaan. Apabila adam dicipta sebagai manusia ia telah dimuliakan oleh Allah dengan mahkluk yang terbaik sehingga semua makhluk diperintahkan untuk sujud pada Adam. Apabila ada makhluk yang mengingkari perintahNya untuk sujud kepada Adam makhluk tersebut dilaknat oleh Allah dan diberi nama syaitan atau iblis laknatullah.

Syaitan telah berusaha sedaya upaya menghasut manusia sehingga Adam telah diturunkan ke dunia. Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. Dunia ini adalah sementara bagi manusia dan tempat yang kekal adalah di alam akhirat.
Manusia dihantar ke dunia hanya lah untuk beribadat kepada Allah.

Allah berfirman, "Tidak aku ciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepadaku".

Pertama sekali manusia perlu menafikan bahawa makhluk tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat sesuatu. Allah adalah pencipta. Selain daripada Allah ialah makhluk. Kita perlu nafikan makanan boleh mengenyangkan kita, minuman boleh menghilangkan dahaga, ubat boleh menyembuhkan penyakit dan pelbagai lagi asbab-asbab lain. Sebenarnya makanan tak boleh mengenyangkan, minuman tak boleh menghilangkan dahaga, dan ubat tak boleh mnyembuhkan penyakit.

Dalam diri manusia perlu ada yakin terhadap kekuasaan Allah bahawa segala perkara yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah. Allah yang menghidupkan, Allah yang mematikan, Allah yang menggerakkan, Allah yang menghentikan. Allah tidak berhajat pada sesiapa pun tetapi makhluk lah yang berhajat kepada Allah. Allah boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak Nya dan manusia tidak mempunyai kuasa untuk bertanya mengapa Allah menjadikan sesuatu perkara itu.

Apabila yakin ini sudah ada dalam diri kita. Maka segala perkara yang diperintahkan oleh Allah mudah untuk kita lakukan. Dan segala perkara yang dilarang oleh Allah mudah untuk kita jauhkan.

Okay lah sampai sini sahaja dahulu. Sebenarnya banyak lagi yang perlu aku terangkan. Tapi aku bukan lah pandai sangat mengenai ini jadi cukup sampai sini sahaja. Aku cuma mahu berkongsi sedikit apa yang aku dapat selama beberapa hari lalu. Kalau kamu nak faham lagi kamu perlu keluar okay. Keluar di jalan Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk untuk kita faham dan amalkan.
Aminnn.

Thursday, July 16, 2009

kembali menjadi pengarut

fuhh fuhh.
cis berhabuk dah blog ni.
dekat sebulan terbiar dengan rupa maintain gitu.
semenjak dua menjak tiga menjak ini aku dah mempelajari banyak erti hidup.
apakah maksud hidup kita yang sebenarnya.

apakah tujuan kita dihantar ke dunia?
mungkin bukan sekarang aku mahu bercerita tentang ini kepada kamu.
keadaan masih lagi dalam keadaan kelam kabut.

kali ini aku hanya mahu main cak cak sahaja di entri ini.
harap kamu semua tidak kisah.
kalau kamu kisah bermakna kamu ialah pandai membuat kisah.
tak kira lah kisah apa pun janji namanya kisah.
kisah hantu atau seram atau komedi atau sebagainya.
tidak kisah lah kisah apa-apa pun.
yang pasti ia adalah sebuah kisah.
ok lah aku harap jangan kamu kisah.

nanti aku cerita ok.

menjadi bersambung ( to be continue..)

ehemm ehemm





cubaan cubaan.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,

saya blogger baru belajar;

kalau salah tolong tunjukkan.


rasa sayang hey rasa sayang sayang hey;
hey lihat nyonya jauh rasa sayang sayang hey.

pisang emas dibawa belayar,

masak sebiji diatas peti,

hutang emas boleh kubayar;

hutang budi dibawa mati.


sekian..heee