Friday, May 29, 2009

Perlawanan bermakna buat MU


Hahaha! Hahaha!


Tengah aku kusyuk tengok shebby bagitahu pasal MU dekat tv ada sorang mamat ni cakap dekat rakan dia yang menyokong Barca,


"WEH KAU DIAM JE, KAU TENGOK LA MU MENAN
G KARANG"

Rakannya pun pandang dia balik sambil cakap,


"EK ELEH! G
ELABAH LA DIA NI DOWW! (Okay doww tu aku reka tiru stail bohsia cakap)

Perlawanan bermula...
Memang mendebarkan betul. Serangan dem
i serangan MU bagi dekat Barca. Nak masuk minit ke 10 keluar senarai cubaan. Barca-0 MU-5.

"WOIH 5 KALI MU TRY, KAU TENGOK B
ARCA SATU PUN TAK TRY LAGI!,HAHAHA!"

Gila berlagak betul la
penyokong fanatik MU ni. Bola masih lagi bergolek. Tup-tup dah sampai dekat atas. Sampai dekat eto. "POM!" Eto sepak masuk bawah ketiak Van der Sar.

"GOALLLLLL!"


Penyokong Barca bersorak kegembiraaan.


"RILEX2! AWAL LAGI AWAL LAGI!"
kata mamat tadi.

Ceh berlagak lagi tu. Kau ingat boleh kejar la? Boleh makan la? ( Okay aku agak terlebih) Aku sebenarnya bukan penyokong Barca tapi aku pembenci MU. Aku tak nak MU menang. Kamu faham bukan maksud aku?

Okay sambung main. Masuk separuh masa kedua aku tengok Barca dah kuasai padang. MU banyak kena ayam la.haha. Main macam
katak. Minit ke-70 Messi pulak 'main rilex menang rilex'. Selamba aje dia tanduk masuk.

"GOALLLLLLLLLLL
!!!!!!!"

habis masa. MU-2 Barca-0


"EH EH TERSILAP! BARCA-2 MU-0"


....terdiam terus pen
yokong MU.hahahaha!

lionel messi

p/s: suka gila tengok messi kena himpit sampai terjatuh dengan 3 pemain tapi boleh bangun lagi kejar bola. gila lah!

Wednesday, May 27, 2009

aku dengan kau tak banyak beza


Kau ingat kau dah berjaya la kalau kau pun macam tu!!???


Aku malas betul nak cerita pasal orang lain. Tapi aku bengang gila dengan seorang mamat ni. Aku taknak bagitau siapa dia tapi aku nak cerita mulut dia yang agak terlepas tu. Mungkin dia pun tak sedar yang dia dah keluarkan kata-kata yang boleh terasa kan orang macam aku yang berhati nurani ini.

Untuk pengetahuan kamu aku selalu online dekat pejabat aku. Tengah aku syok-syok baca blog kamu tiba-tiba ada sorang mamat ni sergah aku,

"KAU NI MENGADAP LAPTOP JE TAU! BILA NAK BERJAYA!?"

Sit!

Aku terdiam.

Tiba-tiba aku terasa bengang yang amat sangat. Dia memperkotak-katikkan tindakan aku. (ceh ayat sastera lah pulak) Kau ingat blog ini takde faedah langsung ke? Banyak benda kita boleh tahu. Ah. Lantak kau lah. Kau pun kerja macam tu. Kau ingat kau dah bagus sangat ke nak cakap macam tu? Kau patut cermin diri kau dulu. Kerja pun tak seberapa tapi nak rendah-rendah orang yang rendah macam aku ni.

Dah la aku malas nak cakap banyak-banyak pasal ni. Aku pun tak nak simpan benda ini jadi aku luahkan kat sini aje. Aku tahu dia memang takkan baca apa aku tulis ini. Jangan gaduh-gaduh okay.

Pantun hari ni:

MENGAKU DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT,
AKHIRNYA PANDAI LAGI KATAK LOMPAT.

Sekian.

Tuesday, May 26, 2009

Kini tidak perlu lagi membeli santan di kedai


Kadang-kadang lelaki juga sangat rajin bukan? (okay kalau tak pun aku tetap nak cakap rajin!)


Hari ini aku nak mengajar kamu semua cara menghasilkan santan buatan sendiri. Kamu mesti fikir sangat senang nak buat bukan? Sebenarnya terdapat teknik-teknik yang betul untuk membuat santan daripada kelapa okay.

Baiklah sebelum itu aku nak terangkan jenis-jenis kelapa yang sesuai untuk dibuat santan. Di Malaysia terdapat banyak jenis kelapa seperti kelapa muda, kelapa tua, kelapa sawit, dan kelapa laut afrika (okay nama dia sahaja afrika). Jadi kamu semua perlulah memilih kelapa tua untuk membuat santan.

Kelapa muda hanya sesuai untuk dibuat minuman jika adik atau abang kamu demam kerana ia bagus untuk menyihatkan daripada demam. Kelapa sawit pula selalunya digunakan untuk membuat minyak masak seperti minyak masak cap buruh dan sebagainya. Manakala kelapa laut afrika sesuai untuk membuat minyak angin. Okay cukup la mengenai jenis kelapa.

Seterusnya aku akan menunjukkan cara yang betul untuk membuat santan:



1. Gunakan besi pengupas kelapa untuk mengopek sabut kelapa. Hentak pada kelapa dan buka besi untuk mengupas. Maaflah besi pengupas kelapa hanya kelihatan sedikit sahaja kerana jurukamera tidak mahir menggunakan kamera telefon bimbitnya.




2. Ratakan sabut-sabut yang terdapat pada tempurung kelapa menggunakan parang kecil supaya kelapa kelihatan cantik dan tidak serabut.



3. Kemudian apabila kelapa telah cantik. Pegang kelapa menggunakan tangan dan lihat dengan teliti kawasan kepala kelapa itu. Ya kepala bagi kelapa itu. Kamu dapat lihat terdapat tiga bahagian. Dua bahagian anak dan satu bahagian bapak.




4. Sekarang kamu sudah tahu bahagian mana yang patut dipotong? Ya. Bahagian tengah di antara bahagian anak itu. Kamu perlu potong di garisan tersebut. (pastikan kamu guna belakang parang okay).


5. OKay sudah siap! Kelapa akan terbelah dua dengan cantik. Jadi bagaimana mahu membuat santan? Mudah sahaja. Ambil kelapa yang telah dipotong dua tadi. Gunakan mesin kelapa untuk mengambil isinya dan perah isi kelapa dengan campuran sedikit untuk hasilkan santan. Sangat mudah bukan?

Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Aku harap bagi bakal-bakal suami dapatlah luangkan sedikit masa untuk membantu ibu kamu di dapur membuat santan. Bagi yang berpangkat suami pula diharapkan dapat membantu isteri kamu di dapur. Jangan lah duduk sahaja tunggu makanan. Nanti jangan sampai isteri kamu berkata kamu goyang kaki sahaja okay?

Monday, May 25, 2009

Beli pepsi pun dah cukup


"Saya benci mat rempit macam awak!"


Aku nak pinjam sikit ayat Diana Danielle. Walaupun aku addicted juga dengan ayat tu tapi aku tak boleh tengok kalau orang sedang menolak motor. Rupanya baru aku tahu aku ada juga perasaan penyayang. (ceh kesian tengok orang tolak motor kau kata penyayang!?)

Aktiviti hujung minggu aku kali ini memang menyeronokkan lah. Aku dapat berjumpa dengan rakan lama yang sudah 6juta tahun tak jumpa. Okay sebenarnya hanya 6bulan. Kami dengan azam yang kuat mencari lokasi untuk dituju.

Lokasi pertama iaitu Air Terjun Sungai Dua (kamu tahu ke?) terpaksa dibatalkan kerana apabila tiba disana kami dapat lihat orang sangat ramai bermandi manda walaupun air agak keruh. Putus selera kami mandi disitu dan kami menukar lokasi ke Batu Tujuh. (ni mesti kamu tahu).

Untuk pengetahuan kamu Batu Tujuh terdapat bahagian-bahagian untuk mandi manda seperti bawah jambatan, sebelah tandas, gagak hitam, dan kelapa sawit serta perting valley juga lata hammer.

Kami memilih lokasi untuk bermandi manda di gagak hitam. Kamu mesti pelik kenapa nama gagak hitam itu bukan? Sebenarnya itu nama yang dicipta oleh kami kerana ada batu yang di spray dengan cat tertulis Gagak Hitam.

Kami ada bakat menyumpit tauk!!

Memang seronok lah mandi sampai penat sampai ada sorang mamat ni boleh bercalar badan. Berlagak nak buat skill pusing kebelakang dengan melompat dari atas batu lepas tu bila lompat terhantuk badan dekat batu sebab lompat dekat sangat. Ambik kau badan dah calar. Lepas mandi kami pergi minum dekat Najath. (itu nama restoran okay, bukan rumah rakan yang bernama Najathkani).


Sesi menayang gigi siapa paling kuning!


Kamu perasan tak ada mandian spa dekat belakang tu?



Friday, May 22, 2009

Sebab dah jauh berjalan



Aku memang puas hati gila lah. Semalam aku pergi jj dekat klang. Pergi kat bandar botanic itu. (aku pelik kenapa nama dia botanic? macam minuman isotonic lah pulak).Sebenarnya lokasi dia dekat bukit tinggi. Siapa duduk sana atau dekat-dekat dengan klang mesti tahu lah dekat mana aku maksudkan ni.

PEH!


Best gila lah aku tengok syurga cinta semalam! Memang seronok gila lah cerita tu! Aku suka gila tengok. Rasa macam nak gila aku tengok! Gila lah!( Okay cuba kira berapa banyak perkataan gila dekat sini).
Aku nak cerita sikit lah dekat korang macam mana cerita dia. Sape yang tak tengok lagi cepat-cepat lah pergi tengok. Nanti tiket habis tak sempat nak tengok waktu pagi, kena tengok waktu petang. Waktu petang bukan sudah lewat? Maghrib tak boleh tengok sebab nak solat lagi. Ok ok cepat-cepat lah beli tiket sekarang.

Syurga cinta ni kisah kan seorang yang kaki mabuk / kaki botol / kaki busuk (awal asyaari) dicabar oleh rakannya untuk mengorat seorang perempuan bertudung / alim / baik (heliza). Awal ni pun buat la macam-macam nak pikat Heliza dengan bantuan budak kecik (Haziq) ni. Akhirnya dia dapat la si Heliza. Lepas pada sebulan dia kena la break dengan Heliza depan rakan dia sebab cabaran rakan dia. Dia tak sanggup tapi nak tunjuk dia pantang dicabar dia pun buat la jugak depan rakan dia tadi. Heliza pun tinggalkan dia sebab terasa dipermainkan. Last-last awal dapat balik Heliza lepas dah pujuk.


Okay itu je aku nak cerita. haha. Nanti cerita panjang-panjang tak best pulak. Korang tengok lah sendiri nanti okay!


Semalam aku pergi kedai telefon bimbit Digi dekat jj tu. Aku tanya dekat taukeh kedai (cina) tu ada tak topup celcom. Dia cakap takde. Lepas tu aku tanya lagi dekat mana kedai celcom dekat jj ni. Die cakap dekat sini takde kedai celcom. Aku agak terkejut tapi buat muka rilex dan sejuk (cool) sahaja.


Aku pusing-pusing dekat situ pastu aku jumpa kedai Celcom Blue. Taukeh kedai melayu.


...


Kau tengok la. Punya la tak nak tolong.

Wednesday, May 20, 2009

sediakan payung sebelum hujan


Orang cakap kalau nak keluar rumah jangan lupa kunci pintu. Terutama orang tua-tua yang selalu buat kata-kata menakutkan untuk kanak-kanak. Contoh lain macam "jangan menyanyi semasa memasak, nanti masak tak sedap!" atau "jangan tukar tempat masa makan, nanti kahwin empat!" (okay aku tak tahu sebenarnya sebab apa diorang cakap macam tu)

Pada firasat aku diorang hanya nak takutkan anak-anak atas sebab sebab tertentu macam kalau menyanyi masa memasak nanti air liur afdhwf akan menyembur nyembur ke dalam makanan dan kalau tukar tempat masa makan nanti bersepah sepah makanan di merata tempat. Orang-orang tua sangat bijak bukan?


Semalam masa aku nak meniaga burger terlazat di alam semesta aku mengalami situasi mengejut. Gas aku habis! (ceh takde la mengejut sangat kan). Aku pun tenang saja sebab gas saja yang habis, bukan lisa surihani yang nak melamar aku.


Waktu tu aku baru saja nak mulakan perniagaan. Gas pulak habis. Aku balik rumah ambil tong gas lagi satu. Yang ini baru aku betul-betul terkejut. Baru je aku nyalakan api, kira dah ada asap asap sikit pastu lama kelamaan api makin kecik. Kecik. Kecik. Dan padam!


Gila lah dalam sehari dua tong gas boleh habis serentak? Nasib baik rumah nenek tersayangg dekat je dengan rumah aku. Aku pinjam la sekejap. Pastu aku guna. Pun Habis! haha takde lah. Saje buat saspen. Nasib baik nenek aku punya gas tu boleh guna. Aku pun guna lah tong gas tu buat sementara. Dapat la aku meniaga semalam.


Boleh tak kalau aku cakap kejadian ni sebab tak ikut orang tua tua cakap? Macam orang tua tua cakap sepatutnya aku sediakan payung sebelum hujan. Sediakan payung = gas ada. Hujan = gas habis. Sepatutnya aku sediakan gas ada sebelum gas habis. Boleh tak?

Monday, May 18, 2009

entri yang menyayat hati


Masa itu aku ingat lagi. Saat paling memilukan aku dan rakan ku. Sebagai seorang pelajar yang sangat baik dari wajah. Kami berasa sangat sedih kerana perkara yang tak disangka itu.


Waktu itu adalah 9 pagi.

Pengajaran dan pembelajaran (p&p) seperti biasa hari-harinya. Aku dan Hakim (nama sebenar. ah kau bukan baca blog aku pun), adalah rakan yang agak rapat. Kami duduk bersebelahan dengan meja bercantum dan kerusi tak bercantum.

Aku tak siap matematik dan dengan pantas aku pinjam buku hakim dan membuat kopi. Aku buat di bawah meja sedangkan masa itu adalah waktu pendidikan islam. Aku tak perasan yang ustazah Norazleen (juga nama sebenar) memerhatikan aku dalam diam-diam. Sesekali dia menanya aku apa yang aku sedang lakukan. Aku hanya menjawab " takde pape ustazah saya tak buat apa-apa". Ustazah hanya menjeling.

Sedang ustazah Norazleen sibuk mengajar tiba-tiba datang seorang cikgu disiplin ke kelas kami. Cikgu disiplin itu ialah cikgu Mazian (okay kenapa semua nama sebenar). Cikgu Mazian mahu membuat pemeriksaan mengejut (spot check) kepada kelas kami. Beliau menyuruh semua pelajar mengeluarkan barang-barang yang terdapat di dalam laci meja.

Kami semua pun mengikut arahannya kerana sangat takut dengan mukanya yang macam wolverine itu. eh takde lah. cikgu Mazian sangat kacak okay. Setelah mengeluarkan segala barang-barang di bawah meja dan meletakkan di atas meja, beliau pun memeriksa satu persatu jika terdapat barang larangan yang perlu dirampas.

Kami semua satu kelas berasa selamat kerana tiada seorang yang membawa barang larangan seperti senapang patah, bom tangan, dan pisau rambo.

Tiba-tiba ustazah Norazleen bersuara, " Cikgu, cuba cikgu periksa meja Rafiq (itu aku). Dari tadi saya perhatikan dia buat sesuatu bawah meja. Dia bawa handphone barangkali."

Aku tersentak.

Cikgu Mazian dengan pantas menyuruh aku mengeluarkan semua barang jika masih ada. Aku hanya terdiam kerana aku sudah mengeluarkan semua barang aku untuk diperiksa. Kemudian aku bersuara "Saya dah keluarkan semua barang saya cikgu." Cikgu Mazian mempercayai aku kerana aku berkata dengan penuh sungguh-sungguh. Memang benar aku tak bawa barang larangan.

Cikgu Mazian pergi setelah selesai tugasnya membuat pemeriksaan. Ustazah terdiam. Aku dapat lihat dari riak wajahnya dia tidak berpuas hati. Dia menyangka aku bawa handphone ke sekolah sedangkan pada masa itu aku tidak mampu memiliki handphone lagi. Apatah lagi hendak membawanya ke sekolah.

Akhirnya aku bersuara, "Ustazah, sebenarnya saya buat kerja matematik tadi. Bukan bermain handphone macam ustazah sangka. Tak percaya tanya Hakim. (sambil merujuk kepada Hakim)"

Ustazah Norazleen terdiam seketika. Kelas menjadi sunyi dan sepi. Ustazah akhirnya terus bersuara dan memarahi aku dah Hakim. Ustazah meleteri kami dan tiba-tiba ustazah menaikkan suara yang sangat tinggi. Air mata ustazah tiba-tiba mengalir.

...

Kami sekelas terkejut kerana ustazah menangis. Aku lagi terkejut sebab aku lah punca ustazah menangis. Aku sangat terdiam. Rakan sekelas aku juga terdiam. Mungkin kerana takut. Aku mengagak punca ustazah menangis mungkin kerana beliau malu terhadap tindakannya menuduh aku.

Akhirnya kelas tamat pada hari itu selang beberapa minit. Semua pelajar keluar rehat.

Tinggal aku dan beberapa pelajar lagi yang mahu berjumpa ustazah. Aku meminta maaf kepada ustazah kerana aku yang menyebabkan ustazah menangis. Aku tak tahu kenapa aku juga hampir mengalirkan air mata sewaktu meminta maaf dengannya. Ustazah memaafkan aku dan menasihatkan aku supaya jangan mengulanginya.

Aku takut gagal weh. Bila result PMR keluar pendidikan islam aku dapat A.

Terima kasih ustazah Norazleen. Walaupun saya dah buat ustazah menangis, ustazah tetap merestui saya. Saya tahu ustazah nak kami semua berjaya. Takde cikgu yang nak anak murid gagal. betul tak ustazah? Saya tahu ustazah takkan baca blog ni sebab ustazah tak pernah tau saya ada blog. Saya cuma nak melepaskan apa yang saya rasa dalam hati ini.

p/s: Selamat hari guru kepada semua guru di seluruh dunia. Jasamu pasti dikenang cikgu!

Thursday, May 14, 2009

tag oleh pembelanja


Aku berasa sangat senang hari ini. Aku sangat hendak membuat tag yang diberi oleh fuzz ini. Mulanya aku tak perasan ada kojek rapik di situ. Baru aku ingat itu panggilan aku. Okay. Terima kasih sebab belanja aku semalam. hehe.


5 Hadiah yang anda impikan :

:: Percutian 18 tahun 18 bulan 18 hari 18 malam ke planet pluto bersama Lisa Surihani. Siapa yang menang peraduan lip ice pun aku nak bawa sekali. Korang nak join?

:: Aku nak kereta yang boleh terbang dan mencilok-cilok. Boleh aku parking kereta aku kat atas pokok nanti.

:: Wallet yang penuh dengan duit 18juta. Kalau tak muat wallet boleh simpan dalam bank dan masukkan kad bank dalam wallet itu okay.

:: Sebuah rumah yang lengkap dengan perabot, orang gaji, pengawal, dan isteri. Erk! isteri?

:: Aku nak sebatang pokok yang sangat besar dan menghasilkan buah durian emas.

Alasan terhadap pilihan tersebut :

:: Aku nak bagi penghargaan kepada Lisa Surihani sebab pernah jadi peminat aku suatu ketika dahulu.

:: Takde sape boleh rembat sebab aku letak kerengga dekat pokok tu.

:: Aku akan jadi kaya dengan sekelip mata. Aku mesti sayang orang yang bagi wallet tu.

:: Hidup aku akan jadi senang hati dan tidak perlu memikirkan untuk membela anjing kerana ada pengawal yang menjaga rumah.

:: Tak perlu lah aku susah-susah nak kerja lagi. Aku hanya perlu siram pokok itu sahaja. Siapa bagi pokok tu aku belanja dia durian hari-hari.

5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:

:: Aku pernah melukis muka sendiri dan menjadi muka adi putra.

:: Pernah tertembak makcik jual nasi lemak menggunakan senapang kayu yang pakai peluru terung. korang tahu bukan? ceh kampung betul korang ni.

:: Aku pernah terminum air spider. nasib baik aku tak jadi spiderman. mungkin spider tak sempat nak berak kat air tu.

:: Aku juga pernah terjun bangunan 18 tingkat dan masih hidup. Itu pun masa aku termimpi rupanya aku hanya terjun katil.

:: Pernah tak mandi selama 2hari. Sangat hebat bukan?

5 Ciptaan yang paling disukai :

:: Ong bak. Ops bukan. Aku maksudkan ialah ombak. Menenangkan dan melupakan.

:: Awan dania. Dania juga aku suka.

:: Buaya. Aku nak bela satu bila aku senang nanti. Boleh aku main-main dengan dia kalau bosan.

:: Bulan. Memang jiwang aku ni. Bulan pun boleh suka.

:: Matahari. Aku tak la jiwang sangat. Ada jugak ganas nya okay.

5 Perkara yang paling dibenci :

:: Sakit perut yang nak terberak 18 juta kali.

:: Sakit gigi yang sampai mengalir air mata teruna.

:: Di kutuk oleh rakan-rakan sambil dikelilingi beramai-ramai sambil berkata gemok! gemok! gemok! Aku tak gemok lah.

:: Ditinggalkan isteri pertama. Isteri kedua dan ketiga aku tak kisah sangat. kot.

:: Lupa atau teringgal nak bawa duit masa nak pergi topup.


5 orang yang hendak ditag :

:: Cik Syeza. Kau rajin tak?

:: Encik OrangLidi. Kau lagi rajin bukan?

:: Encik Fatul. Kau pemalas!

:: Cik Neeysa: Kau sangat baik. Mesti buat.hehe.

:: Cik Mentari Malam: Aku nampak kau macam rajin.

Wednesday, May 13, 2009

test psikologi


semalam aku bukak friendster.


aku tengok ada mesej dan aku baca mesej-mesej yang aku dapat. aku sangat tertarik dengan satu mesej dari sorang mamat ni. Die bagi test pasal diri kita, kira psikologi juga kot.

Aku pasti mesti korang pernah terbaca. Tapi aku nak post juga dekat sini.

Macam ini, baca dengan teliti okay,

> > Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.

> > Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

> > 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

> > a. epal
> > b. pisang
> > c. jeruk
> > d. mangga
> > e. rambutan
> > f. papaya

> > Buah manakah yang akan anda pilih?

> > Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

> > (JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... )))
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > Ini dia jawapannya...

> > a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

> > b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

> > c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

> > d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

> > e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

> > f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
> >
> >
> >
> >
> >

haha sudah terkena bukan?aku pun sangat/lebih/amat terasa tertipu kau tahu.

Monday, May 11, 2009

topi ajaib dan kipas sedap


Aku pernah terfikir nak cipta macam-macam benda yang boleh menyenangkan hidup kita.Korang juga bukan. Aku bagi satu contoh, aku pernah terfikir nak cipta mesin urut. Mesin tu mesti pandai mengurut macam tukang urut. Macam abdul wahab dan abdul wahib. Kira aku jadi saudagar unta tu.


"WOW!!"

Hari tu aku lepak dengan anak-anak/kanak-kanak/budak-budak kecil di taman tercinta sungai marong. Masa tu waktu petang. Memang ramai anak-anak/kanak-kanak/budak-budak kecil sedang bermain tak kira la kejar-kejar atau lari-lari atau lompat-lompat. Aku pun sengaja duduk bersama mereka dan kelihatan aku seperti bapa melayan anak-anaknya.haha.

Sebenarnya aku masih muda okay. Nia Salina tak percaya aku muda. Aku rasa sangat seronok dapat melepak bersama anak-anak/kanak-kanak/budak-budak kecil ini. Anak-anak/ ok ok cukup la tulis panjang-panjang. Aku singkatkan panggilan kepada 'mereka'. Mereka kelihatan sangat seronok bermain menyebabkan aku terasa seronok juga walaupun aku hanya duduk sahaja.

Tiba-tiba seorang rakan daripada mereka membawa satu peralatan canggih.


topi ni sangat canggih bukan?



Wah aku sangat teruja melihatnya. Haha kanak-kanak gila aku. Aku pun meminjam topi itu daripada rakan mereka itu. Aku memakai topi tersebut dan waktu itu terasa dunia ni bergoncang bagaikan hampir kiamat. ok ok tipu. Aku pakai topi tu dan terasa la macam aku jadi artis sekejap kerana diperhatikan oleh mereka semua sambil berkata, "WOW CANGGIH BETUL LA ABANG TU", atau "GILA MUDA NYA ABANG TU".

Selepas itu aku pun sempat menjadi model kepada topi tersebut. Harap-harap lepas ni syarikat dindang atau tora-tora nak ambil aku jadi model mereka la. Okay tak?


topi ni ada kipas dengan sunglasses tau.



orang cakap aku comel. kenapa bukan kacak? aku tak puas hati betul.

Wednesday, May 6, 2009

pertukaran yang terakhir kalinya


Aku sangat sibuk sekarang. Tapi aku nak jugak tunjukkan korang tempat baru aku.


Sebelum tu aku nak cerita aku dah bertukar unit lagi. Ya! aku bertukar untuk kali yang ke-3. Maknanya ini unit terakhir yang akan aku duduki. Zaman bekerja aku akan tamat lagi sebulan lagi. haha gembiranya.

Sebenarnya aku bukan lah pekerja tetap. Aku sebenarnya sedang menjalani praktikal. Walaupun kadang-kadang aku sangat menyampah untuk datang kerja wbfwbf,, tapi aku tetap datang untuk menjaga status kehadiran ku yang cemerlang. cis.

ok lah aku tunjuk tempat aku sekarang.


latar belakang tempat duduk aku yang sangat serabut kan kepala.




ini ialah peralatan yang digunakan untuk membuat kerja-kerja wayar wfwfhksf.




dan ini hasilnya (sabon bosan melampau)haha~