Thursday, April 30, 2009

kenangan bermain badminton dengan raket kotor


aku ingat lagi masa aku darjah tiga aku sangat aktif dalam sukan badminton. aku selalu berlatih badminton kat sekolah rendah yang dekat saja dengan rumah aku. yelah pegi sekolah pun naik basikal. selalunya aku akan bawa raket masa pendidikan jasmani.( ya pendidikan jasmani sangat seronok)


time tu aku takde mini skuter, roller blade (cis kakak aku ada), apatah lagi motosikal. aku hanya ada basikal yang dihadiahkan ayah aku masa darjah dua. memang tiap-tiap hari aku sekolah naik basikal. basikal aku memang canggih. ada gear racing.

pada satu hari tu aku nak pergi sekolah. tapi basikal aku minyak habis. stesen minyak pulak jauh nak isi minyak. orang pulak takde nak tolong belikan minyak dalam botol. ok ok cukup tipu. sebenarnya basikal aku rosak dan terpaksa la aku menapak ke sekolah. ah tak kisah la. bukan jauh sangat pun. perjalanan kalau berjalan kaki selalunya akan mengambil masa 10 minit. aku gerak awal sikit hari tu sebab takut terlewat.

hari tu aku bawa raket sebab nak bermain badminton. sebenarnya aku paling takut nak jalan kaki sebab ada sebuah rumah beranjing ni. taukeh (aku panggil taukeh sebab kepala dia botak licin tapi separuh ada rambut) ni boleh biarkan anjing dia tanpa merantai. aku sabar je lah.

masa aku nak lalu depan umah dia aku dah cuak. langkah aku jadi makin berhati-hati. aku perhatikan setiap ruang dengan harapan anjing nya tiada diluar rumah. ah harapan berkecai. aku ternampak anjingnya berada di depan pagar.

aku gagahi jua diriku dengan berjalan merentasi rumah taukeh itu. cis anjing nya mula memerhatikan aku. dia bangun. aku pandang balik. aku berjalan makin laju. makin laju.
aku hampir berlari. dan tiba-tiba anjing itu terus mengejar aku.

"aaaa" aku menjerit sambil berlari sepantas mungkin. tapi aku dapat rasa anjing itu lebih pantas dari aku. dengan tak semena-mena.

"iyakkkk. ktang ting tung".

dan akhirnya. raketku menjadi penyelamat. dan aku selamat.

p/s: padan muka taukeh kena marah dengan bapak aku pasal tak rantai anjing dia.
p/s: aku tak reti nak samak masa tu. aku pakai je la raket bernajis. kot.

Tuesday, April 28, 2009

hadiah untuk peminat setia


Sesiapa yang pernah terbaca
entri aku sebelum ini pasti dia tahu aku pernah mengalami satu kejadian ngeri yang amat menakutkan konon. tetapi malangnya pada masa itu aku tidak dapat menyiarkan gambar-gambar yang menakutkan itu.

walaupun ada permintaan yang seperti merayu-rayu mahu melihat gambar tersebut, ok tipu tak merayu-rayu pun. aku meminta maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana tidak dapat menyiarkannya. (macam lah ada orang kisah.haha)

hari ini aku sangat berbaik hati kerana aku mahu memberi kamu hadiah iaitu sepasang jam tangan alain delon yang bernilai ok ok cukup. aku sebenarnya bukan nak beri hadiah tetapi aku nak siarkan gambar SELEPAS kemalangan. (aku sengaja besarkan selepas sebab gambar ini diambil semasa ia sudah berada di bengkel).

mungkin aku terlupa hendak memberitahu kamu kereta yang dipandu oleh aku ialah proton iswara. ok layannnn.


kamu boleh lihat lekukan di sebelah pemandu. hentakan yang kuat yang menyebabkan wajahku terdapat scar line (bukan skyline ok).




kerosakan teruk di bahagian belakang/bontot kereta. susah dah kereta nak melepas.




dan kereta ini masih boleh dibaiki. fuh. aku lega.

Monday, April 27, 2009

tag dari syeza

beberapa tahun lalu cik syeza telah mengetag aku. tengok ni. kali ni aku mahu menjawab tag itu ok.


1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke...
2)bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
3)tag 10 people

4)that's all...


1)
my wally screen capture


2)wallpaper ni sangat kemas sekali. aku sangat cintakan dia. ikon-ikon yang sedikit juga membuatkan aku rasa tenang je. tak serabut sangat lah. gambar yang 'freekstyle' tu sebenarnya tak membawa apa-apa maksud ok. aku tengok gambar ini kemas yang membuatkan aku nak jadikan dia wallpaper. ok.

3)ten people to tag:
.
.
.
.
.
.
.
.
.

4.aku tak tau nak tag sape.

Friday, April 24, 2009

award dari cik syeza dan cik neeysa

Mula-mula nak ucapkan terima kasih kepada cik syeza dan cik neeysa sebab bagi award ini. walaupun aku bukan ada mata bintang, muka bintang atau tahi bintang atau apa-apa yang berkaitan dengan bintang, cik berdua sudi memberi award ini. terima kasih lagi sekali.hehe.


copy image kat bawah
pastu, tulis sebarang comment pasal penghantar award ni. Easy isn't it?


Cik Syeza:

>rakan baik dan mempunyai skandel dengan cik awin.
>dia seorang yang comel
>dia sudi menjadi follower aku ( kerana aku follow kau juga cik syeza.huhu)
>dia pernah nyaris menjadi pembunuh burung merpati. haha.


Cik Neeysa:

>rakan kepada madihah, adjla, dan wanie dan benida.
>juga seorang yang comel.
>boleh bertutur bahasa yang aku tak boleh tutur.hehe.

Last skali, send pada followers yg korang suka

aku rasa korang star:
>cik madihah.
>cik benida.
>cik adjla.
>encik comel. kau tau tak kau comel fatul.
>encik azym. hari tu tak buat tag.
>cik ajwin. plus famous.
>cik inn. dah berpunya.
>cik eireen. ada wahid.
>cik boo.
>encik bok. nama hampir sama dengan boo. ok lain sangat.

Wednesday, April 22, 2009

merebut piala thomas

permainan bermula... 0-0
.

.
.

.
.

.
1-0
.
.
19-12
.
.
game! 21-13

permainan kali ini dimenangi oleh team kuat lagi bergaya. marboro team! (bukan nama team bola)


"yes, aku menang lagi."

hari semalam sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan aku menang semasa perlawanan badminton sekolah rendah bukan lah sesuatu yang sia-sia. aku telah mengulang kejayaan aku pada perlawanan menentang team dunhill semalam.


bakat aku dalam sukan ini tak boleh di sangkal lagi. aku telah memenangi banyak pertandingan dari perin
gkat sekolah rendah hinggalah peringkat kampung. kini juara kampung bermain badminton telah dipegang oleh aku.

hanya seorang yang dapat mengalahkan aku di kampun
g iaitu pakcik aku. dia tidak dikira sebab dia adalah jurulatih kami ok.

aku lah juara.


so ada sesiapa yang bera
ni berentap dengan aku? hey dato lee chong wei pun belum tentu la boleh kalah lawan dengan aku!


team dunhill yang takkan menang

Monday, April 20, 2009

perkembangan hidung kamu


wartawan: "baiklah, apakah perkembangan terbaru encik kakijalan?"

aku: "oh saya sekarang sudah berjaya menjadi seorang mat bunga."

wartawan: "apakah yang menyebabkan encik berkata begitu?"

aku: "sebenarnya saya telah berjaya menarik pelanggan-pelanggan wanita ke gerai saya. saya pernah memakai baju bunga-bunga di atas nasihat seorang rakan."

wartawan: "tahniah buat encik. ok terima kasih diatas kerjasama encik"

aku: "baiklah"

........................................................................................

begitulah sedikit temuramah di antara peniaga terkenal dan seorang wartawan tempatan. encik kakijalan kini berada dalam bahaya kerana kedainya sering diancam oleh peniaga-peniaga lain dan juga oleh datin-datin kerana kejayaan beliau menarik pelanggan melalui cara kebungaan.

menurut encik kakijalan, sebenarnya tujuan sebenar beliau menjadi mat bunga bukan kerana mahu menarik pelanggan wanita. tetapi adalah kerana musim bunga pada waktu itu. beliau telah menjalankan dirinya mengikut peredaraan musim. tidak disangka pula tindakannya itu telah mencetuskan pergaduhan di antara mak-mak datin yang berebut-rebut untuk membeli burger di kedainya. peniaga-peniaga lain juga berasa tergugat mengenai perniagaan mereka setelah mendengar berita ini.

bilakah agaknya musim buah akan tiba. encik kakijalan dikatakan tidak sabar menunggu musim buah kerana mahu menjadi jejaka buah. baiklah, sampai di sini dahulu laporan saya. kita kembali ke studio 18.

Friday, April 17, 2009

menjawab tag kerana terbaca

tag kali ini ialah daripada cik nia salina.
ok sekarang saya sudah menjawab.

1) nama timangan
mereka selalu panggil saya rafiq. mak saya panggil saya apik. adik dan kakak dan abang saya panggil saya apik. dan rakan-rakan panggil saya brad pitt. saya tak faham betul.

2) anda seorang yang.......
sangat pendiam. pemalu. pemanis. kamu pasti akan takut hendak bercakap dengan saya. saya juga ganas.

3) insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa..
mak dan ayah saya lah! mereka yang telah susah payahkan bernikah dan berkahwin dan melahirkan saya. juga membesarkan saya. oh terima kasih mak. terima kasih ayah.

4) lagu kesukaan sekarang..
nyayian oasis. dont go away.

5) warna kegemaran
sangat suka warna warni. betul la.

6) benda wajib dalam handbag..
sorry, saya tiada handbag. jadi tak perlu jawab ok.

7) kali terakhir menangis...
sewaktu memenangi anugerah bintang popular ABPBH. "hari demi hari, episod demi episod, dan episod hari ini, saya nak mengucapkan terima kasih.." ok cukup cukup.

8) tag
saya nak tag kamu. yang pakai baju dan seluar tu. ha kamu lah!

Tuesday, April 14, 2009

musim bunga di taman terindah

~aku ingin menjadi mimpi indah~dalam hidupmu~ aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau sentuh ~karena~ langkah merapuh~tanpa dirimu ~ooo karena~ hati telah letih...
wah! wah! musim bunga sudah tiba. mungkinkah aku patut menukar mode ganas kepada mode jiwang? memandangkan aku ada bakat untuk menjadi seorang jiwang seperti mat bunga. aku rasa aku perlu menonjolkan bakat aku dalam bidang tersebut.

antara yang perlu aku lakukan adakah dengan
menukar perfume menggunakan duit sendiri? atau
menunggu orang menghadiahkan perfume? atau
mencuri perfume kepunyaan kamu?

ah sudah tentulah aku kena tukar guna duit sendiri. takde sape nak hadiahkan aku perfume. kalau curi pulak berdosa. aku taknak mencuri. takut. kalau merompak lain la cerita. berani la jugak. cuba bayangkan aku mencuri nanti kalau kantoi aku kena pukul sampai darah-darah pastu kena hentak dengan pasu dekat kepala lepas tu kena baling helmet dekat muka. hah boleh mati aku. kalau rompak lain la. kena tembak ngan senapang gajah pastu terus mati. takdelah terseksa sangat.kot.

ok sambung. tapi cukup ke hanya dengan menukar perfume boleh menjadi jiwang? tak boleh.
aku kena tukar jel rambut. tetap takde orang boleh belikan. ada sapa-sapa nak belikan tak? tak payah la nak buat-buat tak dengar. aku tau kamu takkan belikan. takpe aku boleh beli sendiri.
yang penting ialah cara aku menggayakan rambut mat bunga. sesiapa ada idea tak? jangan buat aku muntah ok.

oklah itu saja yang aku perlu sekarang ni. semoga misi aku menjadi jiwang (mat bunga) berjaya.



musim bunga di taman terindah sungai marong. eh nampak rumah maggi perisa ayam?


Monday, April 13, 2009

award dari royal albert hall.

AWARD RULES!


1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded


2. make sure u take the pic n said it is from

si gadis kecil molek, thnx dla.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.


  • saya ialah kakijalan. bukan kaki jalanan atau kaki di jalanan atau kaki berjalan ok?
  • hobi saya memancing. saya pernah memancing ikan paus 18juta kilogram di lautan sulawesi. ok tipu. ikan paus pun tak pernah jumpa.
  • saya juga bermain badminton. tapi saya sedih kerana badminton tak pernah bermain saya.
  • saya menjual burger pada waktu malam. kerana waktu siang adalah waktu saya berfoya-foya. eh bukan. waktu saya bekerja.
  • ramai orang kata saya superhero tapi saya tak mengaku. saya sebenarnya ialah hero cukup. itu saya mengaku.
  • saya suka menolong emak saya membeli barang dapur. saya anak yang baik. ok ini betul.
  • saya tidak suka tidur siang. tetapi pernah tidur dari malam sampai petang. kamu faham bukan?
  • saya ada rakan-rakan. rakan-rakan saya sangat baik. mereka tidak pernah mengebom klcc.
  • warna kegemaran saya ialah warna warni. kadang-kadang warna pelangi juga menjadi kegemaran saya.
  • saya tahu saya tak kuat makan.



4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog

  • cik philocoly
  • cik bee
  • cik neeysa
  • cik adjla
  • cik sarra-bella-aniss


  • 5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged

    Friday, April 10, 2009

    tag untuk nia.

    ada sorang awek ni kan. dia tak nak jawab tag aku kan. tapi aku jawab tag dia. ok cukup.

    1. Orang luar sana tak kenal kamuh.Perjelaskan siapa kamu.

    saya ialah penyelamat dunia yang menangkap segala penjenayah-penjenayah dunia demi untuk keamanan dunia.

    2. Sikap kamuh yang 'mantap'
    saya suka makan roti gardenia.

    3. Sikap kamuh yang sangat jelek
    saya tidak membuang plastik roti gardenia.

    4. Apa gajet yang sentiasa kamuh bawak?
    handphone dunia. jam tangan dunia.

    5. Dah berapa HP kamuh pakai selama neh?
    1.2.3. ok 6. ah nia.

    6. Siapa bestfriend kamuh?
    semua kawan adalah best!

    7. Siapa yang kamuh sayang selain family kamuh?
    family korang.haha.

    8. Lagik 10 tahun kamuh jadi apa?
    tak tahu la. yang pasti bukan ultraman. dia tipu.

    9. Kata-kata hikmah yang pernah kamuh dengar & paling kamuh suka?
    assalamualaikum. ahh syahdunya.hehe.

    10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
    21 orangs.

    11. Senaraikan followers yang paling kamuh suka? (Tak kira kuantiti). Kenapa?
    ok saya suka semua follower. sebab diorang suka saya.haha.

    12. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:
    nia salina.

    p/s: aku nak bagi teka-teki. ada orang nak pergi gadai emas, dia pergi ke bandar, dia pergi arah mana?

    Tuesday, April 7, 2009

    hanya kenangan

    hari ini aku nak berkongsi dengan kamu tentang diri kita.

    pagi tadi aku tengok rancangan GO!.
    pengacara dia asyraf sinclair.
    dia cakap 'buang semua yang lama dan masukkan yang baru'.

    aku berfikir sejenak.

    mungkin betul apa yang dia katakan.
    kadang-kadang kita terlalu sayangkan barang-barang yang kita anggap kenangan kita.
    sebenarnya kenangan itu sudah tersemat dalam diri kita.
    kita sepatutnya beri peluang untuk benda baru masuk ke dalam diri kita.
    kita kena buang kenangan yang terlalu kita sayangkan itu.

    salah satu cara untuk kita melakukankannya ialah dengan membersihkan almari kita.
    kita buang segala yang tidak penting.
    selalunya barang itu adalah barang kenangan yang sudah lama kita simpan.
    kita buang supaya kita dapat memasukkan barang-barang baru.
    ia akan membantu kita untuk proses pembaharuan.

    jadi,
    marilah kita sama-sama membersihkan almari kita.
    kamu juga boleh mengemas rumah, menghias laman, atau menyusun dapur.
    semua itu adalah proses pembaharuan.

    p/s: negara barat ada sistem memberi upah kepada seseorang untuk membuang barang kenangan miliknya.

    Friday, April 3, 2009

    kenangan manis di melaka

    pada zaman parameswara menamakan melaka sempena sebuah pokok bernama melaka, seorang gadis telah mengetag aku. dengan ini aku menjawab tag tersebut. sila berdebar sekarang.

    1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
    <> henpon. untuk membuat panggilan penting.

    2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
    <> roti burger.see? peniaga bukan?

    3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
    <> gurun sahara.haha

    4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
    <> dengan mak ayah eh? selama-lamanya lah!

    5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
    <> haah. jum pergi surau?

    6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
    <> restoran tamak. (tmk)

    7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
    <> riwayat bidadari syurga.aduhh.

    8. Nama penuh anda?
    <> muhammad rafiq bin hasrudin. ok puas hati?

    9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
    <> saya senang dengan emak. saya senang dengan ayah.

    10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
    <> zulkarnain. bukan alexander.

    11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
    <> mat kilau
    <> dato bahaman
    <> tok gajah
    <> puteri hang li po
    <> hang tuah
    <> dang anum
    <> dato maharaja lela
    <> p ramlee


    12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
    <> tidak. pakaian dicuci oleh mesin basuh.

    13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
    <> saya ingin pergi ke seronokian. kamu tahu di mana seronokian? x tahu sudah!

    14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
    <> sejenis tikar aladin.
    <> rambut kembang.
    <> keding.
    <> ok ok. cantik.
    <> berkulit putih.

    15. 8 perkara yang saya gilai..
    <> aspire 4720.
    <> nokia 6120.
    <> toshiba TV.
    <> astro oasis.
    <> mayonis.
    <> sos cili.
    <> sos tomato.
    <> sos lada hitam.

    16. Pelukan atau ciuman?
    <> atau.

    17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
    <> buku yasin.
    <> alif ba ta tahap 1.
    <> alif ba ta tahap 2.
    <> perkara asas fardhu ain.
    <> rahsia kusyuk dalam solat.
    <> dont be sad.
    <> kamus bahasa melayu- bahasa inggeris.
    <> kamus bahasa inggeris- bahasa melayu.

    18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
    <> married with children.
    <> stand by me.
    <> dont go away.
    <> songbird.
    <> hampa.
    <> tergamak kau.
    <> adakah kau setia.
    <> taubat.

    19. mari main TAG 8 orang lain..
    <> encik bok.
    <> encik muhd nur azym.
    <> cik ajwin ajeera.
    <> cik adjla.
    <> cik madihahzubir.
    <> cik neeysa.
    <> cik boo.
    <> cik philocoly.

    sila buat. ko tak buat ko sombong. haha.