Tuesday, March 31, 2009

kami tahu kami baik

sedang aku menunggu pelanggan tatkala sedang meniaga, kedengaran suara riuh rendah di belakang rumahku. jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. waktu macam ni mesti sepatutnya waktu tidur bukan? ok tak ramai. tapi ia tetap waktu tidur. ok kembali ke cerita asal.

dari alunan suara dan lirikan mereka, aku dapat mengagak ada sekumpulan manusia berbangsa cina membuat kebisingan di malam hari. (cina tempatku kadang-kadang agak kecoh)
tiba-tiba idea bernas gredAA tercetus oleh kami. sedikit perbincangan telah dilakukan dan mereka (aku terpaksa duduk kerana masih lagi berniaga) telah bersiap sedia. dengan berbekalkan topeng hantu dan kain putih (aku rasa kain telekong la), mereka memulakan misi.

dan tiba-tiba
"aaaa!!"
"aaaaaaaa!!"
aku dapat mendengar jeritan momok dari kedaiku. seakan-akan menjerit ketakutan melihat hantu. haha puas hatiku. aku yakin mereka telah berjaya. "aku bangga dengan kamu semua" (nada seorang bapa memuji anaknya).

selang beberapa minit,
" wei. kau tahu tadi kelam kabut cina tu lari masuk rumah!"
"diorang buat birthday party tadi, ambek kau memekak lagi.haha"

selepas menutup kedai. kami meraikan kejayaan kami dengan menshisha. sila tarik nafas.
kamu percaya x? percayalah.




p/s: ini bukan ketika earth hour ok?

Thursday, March 26, 2009

ini bukan roti pita ok


sebenanye sudah lame aku nak cerita dekat kamu pasal tempat kerja aku. sebelum ini aku penah citekan yang aku akan bertukar ke unit baru dari unit lame.

maybe di sini kerja agak banyak dan aku agak sibuk menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk bermain bola tampar pantai, bola lisut, dan bolasepak jalanan. eh ape aku mengarut. maksud aku, aku tidak mempunyai masa untuk menceritakan tentang tempat kerja aku. hari ini dapatlah aku menerangkan serba sedikit mengenai tempat kerjaku yang agak kondusif dan elegen ini (kondusif dan elegen?) memandangkan kerja tidak lah berapa banyak pada hari ini.

kerja-kerja yang aku lakukan di sini ialah seperti memasukkan gula2 ke dalam tepung, menanam tebu di tepi tasik, dan mengorek rahsia kerajaan amerika. ok mengarut. kerja aku sebenanye hanyelah memasukkan data ke dalam komputer. memasukkan data ke dalam komputer. dan memasukkan data ke dalam komputer. semua nye same bukan. kerja agak mudah tetapi mungkin kerana kadangkala agak banyak menyebabkan aku merasa kerja ini tidak membosankan seperti sebelum ini.

aku nak tunjukkan sesuatu.



ini ialah pita untuk rekod data-data di unit aku. dipanggil "archieve saving".

pita ni xde kene mengena pun dengan aku sebenanye. aku saje nak tunjuk alatan ni dekat kamu. alat ni macam sekeping cd yang besar bukan?

dalam otak aku sedang terfikir. macam mana kalau cd yang kita guna kan sekarang ialah sebesar ini. macam mana kalau kita nak membeli cd cetak rompak di pakcik lanun? dan bagaimana kita mahu membuat koleksi di rumah dengan pelbagai cerita-cerita kesukaan?

"dik2, mari dik macam2 cerita ada. pakcik jual longgok. 3 rm100 3rm100"

"oh ya dik. almari untuk cd pun pakcik jual. macam-macam almari ada."





pendidikan seni: aku dapat bayangkan saiz pemain cd ialah sebesar bilik air.

Monday, March 23, 2009

kau pandai ke main snooker?

setelah kejadian yang mengerikan aku dan rakan-rakan aku berlalu selama beberapa hari, kami tidak lagi terlalu berani untuk pergi ke kolam air panas.

malam-malam kami selalu tidak disenangi dengan mimpi-mimpi yang menakutkan seperti terjun bangunan, terjun kolam, terjun gaung, bidan terjun dan bermacam2 lagi mimpi (kebanyakannya adalah berkenaan terjun) yang menyebabkan kami tidak lena tidur. kami terpaksa mencari lantai untuk tidur kerana risau akan terjun katil jika tidur di atas katil. tetap terjun bukan?

ok. aktiviti kami pada malam hari kini lebih di kawasan yang berhampiran. aktiviti bermain polis entri tetap diteruskan kerana bosan tidak lagi menguasai kami. selepas bermain polis entri barulah kami hampir bosan dan mencari idea baru.

hans(bukan name sebenar): "kita nak kemana ni?"
isaac(bukan name sebenar): "jum g snuker."
hans: "snuker.....ok."
isaac: set.

kami bermain hampir 4 orang. walaupun masih baru dalam bidang ini, kami bermain bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. semua bakat dan skill telah ditunjukkan oleh kami. kami puas bermain.
setelah habis 1 frame, tibe2 datang sorang mamat ni.

panjang(name sebenar): eh kau. (ditujukan kepada aku)
aku: kau pun ada?
panjang:kau ni. sembahyang-sembahyang juga. snuker pergi juga. aku ingat duduk surau saje.
aku: ~diam (balas dengan senyuman)

kami meneruskan permainan.



salah ke aku main snooker?

Monday, March 16, 2009

gerhana scar face

cerita ini hanyalah sebagai pengajaran. bukan menakut2kan pengidap sakit menyerang jantung (heart attack) atau pengidap kencing manis ataupun kamcing gigi. ok serius.

perjalanan bermula pada pukul 11 malam. selepas mengemas dan menutup kedai burgerku yang semakin popular itu, kami seramai tujuh orang bersiap sedia menerima arahan tuan!. OPPS SORI. tersasul. kami seramai tujuh orang bersiap sedia untuk mengeluarkan diri pada malam itu seperti hari kebiasaannya. pada mulanya kami merancang untuk bermain bola lisut. malangnya kami tidak mempunyai kayu besbol dan bola besbol serta kuih derayaki untuk dimakan. kami membatalkan niat kami untuk bermain bole lisut sebaliknya pergi ke cc untuk bermain apekejadah (counter strike)iaitu permainan polis entri.

setelah puas bermain, kami telah pergi minum dan makan untuk menghilangkan barang sedikit lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayahh.eh ternyanyi plak. baiklah untuk menghilangkan lapar dan dahaga kami pada malam itu. setelah hampir selesai makan, kamil (bukan name sebenar) mengajukan soalan kepada samad (bukan nama sebenar).

kamil: hai rakan. kita hendak kemana selepas ini?
samad: hai. saya fikir kita pergi ke kl amacam?
kamil: boleh juga. agak2nya dengan modal rm10 kita sampai tak ke sana?
samad: sampai kepala hot kau. separuh jalan pon tak lepas. tol je da bape hingget dol.

kami membatalkan rancangan ke kl. kami berasa sangat bosan pada malam itu. tibe2 sorang lagi bersuara. rosyam (bukan nama sebenar) meluahkan hasratnya.

rosyam: apakata kita ke cherating beach resort?
diam~
rosyam: eh takdelah, aku gurau je. apakata kita pergi kolam air panas? da lama kita tidak ke sana.
rakan-rakan: ok jugak idea kau tu. jom lah kita ke sana.

kami pun bertolak ke kolam air panas. sampai je disana kami terus mendebushkan diri kami ke dalam air. kami sangat seronok bermandi manda di sana kerana keadaan pada waktu agak sejuk dan kami mandi dengan syok sekali. setelah penat mandi kami pun bersiap sedia untuk pulang. kami pulang mengikut jalan lain kerana suke2. kelajuan yang dipandu oleh kami agak laju juga pada waktu itu. sedang asyik memandu,

tibe-tibe.
di suatu selekoh yang agak tajam.
srettttttt srettttt..boomm!
ahh menyesal nye kami. kereta yang dipandu terbabas. masuk gaung.
muke kami...
badan kami...
tangan kami..
kaki kami...
ahh..
kami sudah berada di hospital..

pengajaran: jangan minum di warung pada pukul 3 pagi.

p/s(pendidikan seni): gamba ditahan untuk siasatan lanjut.

Wednesday, March 11, 2009

lebih baik korang ceria naa..!

Hari tu.
Aku belajar sesuatu yang amat berguna.
'Hari ini kepunyaan aku'
Korang tahu kenapa aku cakap macam tu?

Kalau kita nak jadi orang yang sentiasa ceria, orang yang berfikiran positif, kita mesti memikirkan apa yang kite sedang lalui iaitu hari ini.
Apa yang akan kita lakukan semuanya adalah untuk hari ini.
Jangan dikisahkan tentang hari semalam.
Jangan pula disibukkan tentang hari esok.

Hari semalam ialah semalam.
Walau apa pun yang berlaku hari semalam takkan datang kembali.
Hari semalam baik atau buruk ia tetap adalah semalam.
Jadi jangan dikisahkan tentang semalam.

Hari esok pula ialah untuk esok.
Jangan terlalu difikirkan apa yang akan berlaku esok kerana esok belum tentu ada.
Esok belum tentu kita akan lalui.

Apa yang penting,(bukan kerjasama ye) kita akan menjalani hari ini.
Anggap la hari ini ialah hari terakhir kita.
Hari untuk melakukan segala-segalanya yang kita mahu.
Hari ini untuk menceriakan diri kita.
Hari ini untuk menyiapkan segala tugasan kita.
Hari untuk menceriakan sesiapa sahaja.
Baiklah.
'Hari ini kepunyaan kita'.

ps: hari ni aku berjaya pergi kerja.