Tuesday, December 1, 2009

wujud



Semalam aku baru tengok cerita wujud. Cerita ni cerita hantu betul. Memang real lah cerita ni. Layan jugak kalau tengok sorang-sorang. Itupun kalau kau tak terkencing lah kan.

Cerita dia pasal krew filem pergi cari hantu. Diorang pergi dekat tempat-tempat yang disyaki ada hantu. Macam dekat pasar malam tak payah harap lah. Memang diorang takkan buat punya. Hantu cekodok, hantu burger ataupun hantu selendang ada lah kat pasar malam.

Yang diorang pergi ni macam dalam hutan, dekat kubur, atau dekat bekas rumah santet. Kau tahu santet tu apa. Santet ni macam bomoh hantu juga lah tak silap aku. Dia hantar hantu-hantu jahat dekat orang aje kerja dia. Hantu baik tak hantar kot. Rumah dia ni memang berhantu dah aku tengok. Hantu tak keluar lagi pun aku dah tau memang berhantu rumah tu.

Dalam cerita wujud ni ada jugak cabaran. Sape-sape yang berani ditawarkan 500 dollar selama 5 jam untuk duduk sendirian dekat kawasan berhantu. Tapi dah duduk sorang-sorang memang macam kucing kehilangan anak lah. Ataupun macam cacing kepanasan. Memang tak boleh duduk diam sebab rasa cuak gila babai. Aku tengok takde sorang pun lepas 5 jam. Paling-paling best pun 4 jam setengah je. Lepas tu jumpa pocong depan mata. Mana tak give up nya kan. Aku pun kalau 2 minit belum tentu lepas nak duduk sorang-sorang. Kalau seminit setengah boleh lah kot.

Okay aku dah cerita panjang-panjang ni korang tahu tak pasal cerita ni? Baiklah. Mesti kau dah tahu bukan.


14 comments:

{lumut} said...

aku nak tgk weh..nnt kau bawak aku nak pinjam boleh??hehe..

aku turun kl nextweek ari slase smp kamis...so slase aku trun semban.

+black.angelz+ said...

Okey..ko citer cambesh jew..mane aku mau crik ini citer?? hehehe...

Ahmad Luqman said...

haha bagi aku pinjam abang macho

abe long said...

isnin ni aku turun seremban..selasa g kl.. tebalik lak ngn lumut:senyumanmu manis bertahtakan lesung pipit d pipi
hahhahaha

tp

aku xbape nk caye dowh pasal hantu2 nih...
tgk cite antu mlm2 sorang2 pon ...xde gementar sgt...

abe long said...

lupe nk tanye.. tajuk citer tuh ape weh...

nurain said...

huu..kenapa perlu layan cite gini?

.rafiq. said...

lumut: next aku da stat exam.huhu. okeh tgu dekat semban la ye. nak bawak camne tu? external takde. so kne la cari cd yg original.hehe

black: best gile tau. cari di kedai cd bedekatan.haha

ahmad: disebabkan ko pnggil macho. aku nak bg terus la tk pyh pinjam.hahaha

abelong: mungkin lumut nak lari dpd ko kot?hahaha. haa try la layan wujud ni. aku tgk betige pun da cuak.

okayh tajuk dia WUJUD.

nurain: tambah pengetahuan dan pengalaman serta rakan-rakan. eh betul ke ni?

chokio_nia said...

aiyer..cte cmne mampus aku tak tgk..tidak2..

hanilopiplopz said...

haha.. klu aku dtawarkan kau dpn mate, lbih dr 5 jam pon aku sggup! hahah gurau~

hannamaruku said...

wehhhhhh. nak tgk! kat youtube ade?

.rafiq. said...

chokio: ko tgk cite doremon je lah cmtu.haha

hani: aku pun bgitu juge.hahaha

hanna: youtube tk pasti. ni membe aku rembat dekat cd.hehe

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...mcm ne nk download nie.....citer nie..

.rafiq. said...

wslm. aku dpt dari cd memne. so nk download tdak pasti.hehe

Anonymous said...

buy valium effects valium recreational drug - valium high stories