Tuesday, December 22, 2009

Ular kacau masa merokok

Aku tengah boring-boring semalam. Duduk rumah tak tahu nak buat apa. Lepas makan pulak tu. Aku pun start motor pergi dekat depan taman aku. Kat situ macam ada pondok boleh lepak-lepak. Orang panggil tempat tu WAKAF.

Aku keluarkan suria. Petik lighter. Lalu aku hisap rokok. Fuhh fuhh. Eh jap. Dulu aku beria-ria kata dah berhenti merokok kan. Tak ingat? Ah tak payah cerita la kenapa aku hisap balik. Aku pun malu. Dah ah diam ah korang.

Okay-okay masa aku tengah hisap tu tiba-tiba aku dengar, bukan dengar la, aku nampak ular. Peh terkejut aku. Aku macam ke belakang sedikit. Padahal aku duduk atas bangku. Ular tu dekat rok-rok dekat bawah. Korang tak tau ke rok tu apa? Tu lah sapa suruh tak duduk terengganu. Rok tu semak la. Bush tau?

Aku pun cuak sikit lah masa tu. Bila dah ke belakang ular tu aku tengok dia masuk balik dalam rok. Ah lantak korang tak paham. Aku ingat dah selamat lah dia dah masuk rok. Sekali tiba-tiba,

" SIT SIT SIT SIT"

Dia keluar lagi sekali nak tangkap mengkarung. Mak oi lagi lah terkejut aku. Aku pun lari terus ke belakang. Lepas tu aku diam tengok je ular tu. Ular tu pun lama-lama pergi masuk balik rok. Dah lama sikit aku dah tak nampak ular tu. Fuh. Baru aku tenang.

Hisap balik rokok. Fuh fuh. Diam semua diam. Ular nak hisap rokok juga lah tu.

11 comments:

nurain said...

haha..the issue is bukan kenapa ko sart isap rokok kembali, tapi..um..surya?sangat indon..hakhak

cne ko leh enok je ulo 2?heran ak.

.rafiq. said...

haha ko mgalakkan aku isap dunhill ke? terharu aku.haha

tengok je lah. tkkan nk men2 ngan ulr tu. mti ah aku.

♥chentaMAYA™ said...

sape soh isap rokok! kan da kena! ki3~

Ahmad Luqman said...

lepak je kau haha

hanilopiplopz said...

cett.. gua igt ular nk baham lu.. baru la nk berfantasi.. hahaha

imHepPie said...

bagos btol ular nih...mencuakkan ko..aku suka

.rafiq. said...

maya: tak hisap rokok pun leh kena apa.

luqman: lepak la cuti2 ni.hehe

hani: hmpir2 la nk bhm. nsib je tu bhm mengkarung.

inHeppie: ko suke? tk kesian aku ke?huhu

SwEeTFoResT said...

ai..salam singgah..keep in touch..

Pak Chu Car (Apih) said...

kehidupan seorang perokok ahaks sit sit sit cam ingat masa skewl menengah jew

~ life Saya ~ said...

sy tau nape kamu isap rkok balik..
hikhikhik..
sy kn ade..amacam bro?? ;)
statement brani nih..

.rafiq. said...

sweetforest: thnx.

pakchu: mesti skg da benti rokok neh?

life: ko nak wat ape