Pentingnya persahabatan.

Persahabatan ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan. Sahabat umpama laut yang luas dan kita umpama sebuah kapal Titanic. Tanpa laut sudah tentu kita tidak mampu bergerak. Tanpa laut kita tidak mampu mengapungkan diri. Tanpa laut sudah tentu kapal tidak dicipta. Begitulah ibarat betapa pentingnya sahabat dalam hidup kita.

Apekejadahnya aku menulis seperti ini.

Aku tahu nilai sahabat sangat penting. Betapa jauh aku melangkah, jika tiada pertolongan sahabat sudah tentu aku terumbang-ambing keseorangan. Betapa jauh aku terbang, jika tiada sayap sahabat sudah tentu melompat pun tidak mungkin aku lakukan. Sekuat mana aku berlari, tanpa tenaga sahabat sudah tentu merangkak pun belum pasti terdaya.

Sebuah kisah mengingatkan aku tentang sahabat.

Okay-okay dah dah penat aku tulis macam ini tau. Aku dah lah tak pandai bermadah berseni ni. Entah betul entah tak perumpamaan aku buat tu. Sesiapa yang baca buat-buat faham je lah ya.
Siapa tak faham mengikut firasat aku dia anak luar negeri. Hah hah semua nak mengaku tak faham lah tu?

Okay okay aku nak cerita ni. Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang sangat comel. Nama lelaki itu orang panggil dia Pit.

Pada satu hari Pit termimpi bapanya mengejutkan dia untuk sembahyang subuh. Dia pun bangun dan pergi mengambil air sembahyang. Selepas dia selesai sembahyang dia sambung tidurnya balik.

Tapi lama-kelamaan dia terasa sakit sedikit. Rupanya Pit kena libas oleh bapanya kerana tak bangun-bangun dari tidur. Dia tak sedar bapanya telah kejut banyak kali menyuruhnya pergi sembahyang. Dia sangka kan sudah sembahyang, rupa-rupanya tadi itu hanya mimpi.

Pit menyesal kerana percaya kepada mimpi tersebut. Dia teringat kawannya pernah memberitahu dia,

" KAU JANGAN PERCAYA SANGAT, MIMPI TU CUMA MAINAN TIDUR"

Sejak dari itulah baru dia percaya bahawa sahabatnya itu sangat penting dalam hidupnya. Jika tidak sampai sekarang Pit tidak tahu mimpi itu kadang-kadang hanya bayangan hasutan syaitan. Pit tahu sahabat ialah sumber inspirasi nya.



p/s: entri khas buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Selamat Hari Sahabat. Setiap hari adalah hari sahabat bukan?

8 Comments

komen sikit?

Hanamaruku said…
hahahahahha. bangangggggg
woah woah jangan ckp bangang sangat nanti kena lempang.haha
misz benida said…
terharu...
teruja..
ko mmg pndai brkarya..
oranglidi said…
wa banyak kali jugak mimpi semayang. ke semayang sambil tdur?
benida: terima kasih.uhuk3

oranglidi: dua2 pun penah.haha
Deqna said…
banyak pengajaran.
=}
Eireen Camelia said…
(-___-") shabas, anda dah berjaya pedajal saya dgn entri seperti ini. cheiiittt!!!
deqna: dan juga pengalman.hehe

eireen: kita sahabat kan?heheh
Previous Post Next Post