Friday, December 4, 2009

Pengalaman bergotong-royong

Aku ada ramai kawan. Tapi aku nak cerita pasal seorang je. Cerita ni masa dia dekat asrama. Ye lah masa asrama macam-macam lah cerita hantu. Tapi aku nak cerita ni bukan cerita hantu sebaliknya pasal gotong-royong.

Masa tu lepas je gotong-royong boleh lah rilek-rilek dalam bilik main dam haji. Dam haji tahu tak? Permainan dia yang ada kertas ada petak-petak hitam putih lepas tu ada buah warna merah hitam okay okay dah tak payah cerita panjang sangat. Korang tahu lah kan.

Okay masa kawan aku sorang ni tengah main tengah kalah pulak, masa tu ada orang sepak-sepak kaki dia kacau dia main dam. Dia pun bengang lah. Dia marah orang tu tanpa pandang sebab tengah fokus main dam,

" WOI APA NI SEPAK-SEPAK, JANGAN AH KACAU AKU"

Orang tu tak hiraukan tapi menyepak-nyepak lagi kaki kawan aku ni.

" AKU TENGAH MAIN NI JANGAN LAH KACAU"

Tapi orang tu tetap berdegil. Dia terus dengan perbuatan nya. Kawan aku terus pusing dan nak bangun,

" AKU CAKAP JANGAN KACAU AKU KAN?"

Alamak. Sekali yang sepak dia rupa-rupanya cikgu dia. Selamba aja dia ni pergi marah cikgu tu.

" EH CIKGU RUPANYA, SAYA INGAT KAWAN SAYA TADI MANA SAYA TAU"

hehehe

Terus malu kawan aku. Nasib baik cikgu tu sporting. Tak makan petai. Hidung mancung. Suka melancong. Suka melencong. Okay dah dah takdelah cikgu tu tak macam tu pun. Saje je buat cerita.

6 comments:

nur hidayah isa said...

nsb bek cikgu sporting, kalo tak, mau kene tomoi tu...

chokio_nia said...

haha..kalo da aku jadi cekgu tu, mang abes la kwn ko..haha

Sharinginfoz said...

memang seronok kan.. anyway bosan2 singgah ya

MuhD NoR AzyM said...

Cayalah. Naseb baik cikgu tu tak join sekali main dam. Haha.

suezensuzanna said...

hahahaha!...sporting!....best best

.rafiq. said...

hidayah: haha. tomoi tu macam timun ke?hehe


chokio: kau memang ganas. takleh jadi cikgu.haha


sha: betol tu. nak-nak lari asrama.haha


azym: haha tah-tah join jugak lepas tu.haha


sue: best best sporting.haha