Friday, December 18, 2009

Jangan pernah putus asa

Yeah aku baru sampai rumah sewa dari poli ipoh. Banyak benda nak cerita. Jari dah terketar-ketar nak post entri baru. Yelah mana tak terketar-ketar, dalam bas sejuk gila. Luar bas pulak hujan gila. Memang sejuk gila babai punya lah.

Aku teringat masa dalam perjalanan balik tadi. Aku nampak sorang budak aneh nak peluk bas aku. Aku tengok gaya dia peluk besar peluk kecil bas aku naik tu. Lepas tu pensyarah pengiring aku cakap,

" TENGOK BUDAK TU PELIK TENGOK BAS KITA PENDEK"

Baru aku faham rupa-rupanya budak tu tengah ukur bas aku. Biasa dia tengok panjang saja. Tapi yang ni pendek mestilah dia pelik. Sebenarnya aku naik bas pendek (coster). Aku pergi lapan orang termasuk pensyarah pengiring sebab tu lah naik coster sahaja. Nasib baik budak tu comel, kalau tak dah lama aku lempang dia.

Aku ada cerita sedih tau. Paling sedih lah cerita ni. Aku nak cakap ni cerita paling sedih tahun ini. Kau tahu ceritanya ialah aku dapat tengok siaran langsung bola sepak Malaysia lawan Vietnam pada minit ke-83. Gila kau Malaysia dapat masuk final sukan SEA lawan Vietnam tapi tak tengok siaran langsung dari awal sebab masih dalam bas. Memang sedih gila bukan.

Tapi nasib baik. Elok sahaja aku duduk dekat kedai makan. Tak sempat panas lagi bontot aku tiba-tiba,

" GOOOOLLLLL"

Peh Malaysia gol weh! Malaysia gol! Macam nak bagi aku tengok Malaysia menang lah tadi. Betul-betul aku duduk sahaja lepas itu terus gol. Bertuah betul aku kalau ada orang belanja choki-choki. Okay takde kena-mengena.

Papepun aku nak ucapkan tahniah dekat pasukan Malaysia sebab menang semalam. Eleh macam Sharbeenee baca blog aku nak ucap-ucap tahniah ni. Eh kenapa aku asyik teringat Sharbeenee je ni. Mungkin sharbeenee mempunyai nama yang unik sebab tu boleh teringat. Pemain lain macam zakwan, badrul bahri tak ingat pula. Eh tiba-tiba teringat juga.

Okay jadi bagaimana dengan topik utama iaitu hasil aku pergi mengambil test semula (retest)? Aku tak pernah putus asa. Ah malas lah aku nak cerita. Aku failed lagi.

10 comments:

oranglidi said...

fist

oranglidi said...

lu pegi ipoh?

lempang je budak tak peramah tu. dengan coaster pun berkira.

.rafiq. said...

lu mmg musang bejanggut. tk reti tido ape. haah wa g ipoh smlm. pegi hari je. baru smpi dungun ni.

nadia :) said...

yg pntg score aku naik.
xkire la walau 8 je pon btol

{lumut} said...

ko dah balik?
cehh

.rafiq. said...

dd: tahniah sb ko naik. aku ni ha dah trun. mcm ape je. takpe janji boleh jln2.haha

lumut: blik da la. sehari je pegi. skg boleh blik kmpung sudeh.hehehe

chokio_nia said...

tape..bole cube lagi..sile2..bukan cbe nek coster..cbe amek exam..

.rafiq. said...

ah kecewaa.

mamma mia! said...

poli ipoh? kenal nafia nabila azmi?

.rafiq. said...

mamma: eheh aku bkn poli ipoh ler.