Thursday, December 3, 2009

cerita buruk dan berita baik


Pagi tadi.

Aku baru balik dari membeli nasi lemak. Sebenarnya bukan nasi lemak sebab nasi lemak dah habis. Jadi aku beli nasi dagang. Jadi maknanya aku baru balik dari beli nasi dagang lah. Jadi kenapa aku cakap baru balik dari membeli nasi lemak pun aku tak tahu.

Okay yang penting sekarang bukan kerjasama. Aku nak cakap cerita buruk dahulu. Aku nak beritahu kalau dah suruh orang pergi beli barang jangan lah banyak bunyi kan. Ni tak,

" BOOTOAH, WEH APESAL KO BELI NASI DAGANG NI, AKU NAK NASI LEMAK"

" NASI LEMAK HABIS, AKU BELI LAH NASI DAGANG"

" WHAT THE FUN"

" AH KO BANYAK BUNYI BELI LAH SENDIRI!"

Tu lah kalau dah nak macam-macam beli lah sendiri kan kan. Aku sanggup redah hujan sebab nak cari sarapan kan kan.

Nasib baik ada berita baik lepas marah-marah dalam hati. Aku masuk bilik je terus ternampak satu sampul surat berbentuk hati. Takde lah mana ada sampul surat bentuk hati. Sampul surat biasa je lah warna putih bentuk segiempat tepat. Ada tulis nama aku pulak tu. Geli eh gila lah pertama kali dapat surat sebab masuk pertandingan dekat blog.

Tak percaya lah tu.

Betul lah. Tak percaya tengok ni.


hehehe

Jadi aku nak mengucapkan ribuan jutaan milian terima kasih kepada penganjur encik tidak gay FATUL sebab bagi hadiah yang best-best dapat bercuti dekat tambun kalau hendak. Tengok siap tulisan besar besar lagi suruh korang nampak nama penganjur. Sebenarnya aku baru dapat saguhati pertandingan ini. Aku hantar yang ini. Memang lah tak kelakar entri aku hantar rasa nak lempang aje tapi apa boleh buat. Ini semua hanya kerana doraemon. okay tiada kaitan.

Okaylah. Aku nak bersiap-siap pergi tambun dari sekarang. Jangan cemburu buta okay.

10 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 kan.. apa2 pun bosan2 singgah le sini

hannamaruku said...

weh tolong jangan puji fatul boleh?
ish. meremang aku.

.rafiq. said...

sha: tau takpe. tak tau tanyee.haha. okay thnx ats jemputan.hehe

hanna: kau meremang sebab kau pun terasa juga ke?haha

hani YUNANAH. said...

mcm byk jer tiket tuh.
gggrr

.rafiq. said...

banyak juga. marilah nak ikut.heheh

MentaRi MaLaM said...

last two weeks br g tambun tu..
aku bg 3bintang je.. hahahaha

.rafiq. said...

macam sonok je ni. mane pegi lg due bintang?

vidadarisakura said...

gila ar.boleh menang.cis
haha

chokio_nia said...

wah..aku jeles..rugi tak masok..tapi kalo masok pon, dpt adiah tu, konpem expired dah date tgu aku balek..haish

.rafiq. said...

vida: jgn jeles. jum pegi tambun.haha

chokio: takpe2 nanti kalau masuk menang adiah boleh kasi aku.hehe