Tuesday, December 8, 2009

Apa erti terima kasih

Sedih betul aku dengar cerita pasal kemalangan dekat kbmall tu. Paling sedih lagi adik sendiri pun lari tengok akak dia jadi camtu. Kalau jalan takpe jugak. Ni nak lari-lari pulak. Kita doakan je la dekat mereka ye tak.

Tapi aku bukan nak cerita sedih hari ni. Aku nak cerita garang. Sebab apa garang. Sebab seorang makcik ni.

Seingat aku masa tu aku tingkatan berapa entah. Zaman itu memang aku dan rakan-rakan tengah ketagih main counter-strike. Tau tak counter-strike tu ape. Dia macam main tembak-tembak polis. Nak-nak polis tu muka macam selipar jepun. Tembak je dekat kepala confirm mati terus. Kalau nak sedap lagi baling bom asap pastu nanti polis tu jadi buta, pastu target kepala dia biar pecah terus.

Okay sambung cerita. Masa tu kitorang baru sampai lah dekat CC VONTONG. Kitorang panggil cc vontong sebab bawah cc tu ade kedai kain baju name vootong. Kalau siapa orang bentong paham sangat lah dekat mana cc tu.

Kira kitorang baru lepas mati enjin motor lah masa tu. Pastu tiba-tiba ada sorang makcik naik kereta waja parking sebelah kitorang. Tengok makcik tu memang macam kelam-kabut sikit masa tu. Dia keluar kereta terus naik bangunan berdekatan cc tu. Kitorang tak perasan pintu mana dia masuk.

Yang kitorang perasan makcik tu tertinggal kunci dekat atas kereta. Kitorang syak kunci spare kereta dia sebab bentuknya memang macam kunci kereta. Dengan pantas kitorang ambik kunci tu dan kejar makcik tu. Kitorang try-try bangunan yang ade dekat situ sebab nak bagi kunci. Tapi kitorang tak jumpa orangnya.

Kitorang hampa sekejap. Dengan penuh baik, kitorang tunggu lah makcik dekat dengan kereta dia. Lepas dia turun je nak pergi dekat kereta terus kitorang bagi kunci tu.

" NAH KUNCI KERETA MAKCIK"

" HMM"

Lepas tu makcik tu terus blah.

Mak aih makcik ni. Kitorang punya lah nak bagi balik kunci dengan niat mulia. Terima kasih pun tidak. Terima duit jauh sekali. Terima kasut apatah lagi.

Kitorang pun bengang lah kan. Terus masing-masing berangan kalau lah tak pulang kunci tu kan bagus. Boleh bawak jalan-jalan lepas tu jual kereta. Boleh bukak kandang lembu satu. Bila lembu dah besar boleh jual pastu beli banglo. Tempah orang gaji suruh basuh okay-okay dah dah tak payah berangan banyak sangat tak elok.

Takpe lah makcik. Janji kita ikhlas kan? Tak kisah lah takde terima kasih pun.

Tapi

Kalau ada terima kasih mesti tak berangan macam tu. Kan?

11 comments:

Sharinginfoz said...

memang sedih kan.. maybe bila jadi taak boleh nak fikir secara rasional kan???

bsn2 dtg le sini ya

MuhD NoR AzyM said...

Uish. Garangnye makcik tu..;p

{lumut} said...

ko garang x?

oranglidi said...

naseb baek lu tak tengah makan nasik mase tu.

AmalinaOmar said...

kau yang silap. kau patot cakap begini masa pulang kunci ni.

" TERIMA KASIH MACIK SEBAB TELAH TERTINGGAL KUNCI DI ATAS KERETA. KALAU TIDAK, MESTI DUIT SAYA DAH HABIS BAYAR CC MAIN C-STRIKE."

zaman dah berubah, dunia dah maju.

y@n@ M!B said...

sabar je la macek tu..len kali kalu jmpe org cemtu awk yg ckp time kaseh kuat2 kt macek tu dgn nada sinis dgn harapan dia phm maksud awk tu..huhuhu =)

.rafiq. said...

sha: tu la. tak rasional maknanya separa sedar lah? haha

azym: garang lagi bpak aku.haha

lumut: aku garang sikit je. manje banyak.ahak3

oranglidi: betol tu. nasib baik wa makan cuwinggam.

amalina: hahaha duit tetap habis sebab lepas tu main cc jugak.haha

yana: betol2. kalau tak paham jugak tulis terima kasih dekat dahi.hahaha

Dak Wan said...

Maybe makcik tu sedang mengalami trauma yang mendalam tu... Tu yg takder perasaan.Sungguh, perangainya mmg macam harem...

.rafiq. said...

mungkin la. kesian dia.

cik EPAL said...

yang pasti saya bukan makcik itu..terima kasih...hehe ;)

.rafiq. said...

klu ko dah lme aku ngorat dulu.haha