Sunday, December 13, 2009

Ada petanda tak?

Aku tak tahu lah sejak dua menjak tiga menjak ni aku rasa letih sangat. Badan rasa lemau-lemau ubi. Sampai aku pernah termimpi yang sangat jelas. Aku boleh ingat satu persatu pergerakan mimpi tu. Cerita mimpi laaagi.

Yang aku ingat dalam mimpi ada dua orang aku kenal. Sorang ali (bukan nama betul) dan sorang amad (juga bukan nama betul).

Kitorang masa tu pergi ke satu tempat dengan menaiki motor. Pada masa tu ialah waktu malam. Dan waktu adalah hujan. Kitorang pergi dekat sebuah kawasan macam hutan sikit dan ada sungai dekat kawasan tu.

Tapi,

Dalam perjalanan sampai ke tempat tu, aku terjatuh dari motor. Barang-barang yang aku bawa turut terjatuh. Aku bangun dan angkat barang aku sorang-sorang. Ada orang yang berdiri depan aku tapi dia buat dono sahaja aku angkat barang sorang-sorang.

Lepas tu sampai je dekat kawasan sungai tu. Aku tengok member aku nak mandi.

" KAU TENGOK KAT SITU BOLEH MANDI" kata amad

" MANA BOLEH MANDI LAH, NAK MANDI KAT MANA?" tanya ali

" TUU" (amad menunjuk menyuluh-nyuluh pada sungai)

Lepas itu aku tanya kepada amad.

" MALAM-MALAM PUN NAK MANDI KE?"

" AKU PANAS LAH" jawab amad.

Tau-tau saja kami dah mandi dekat sungai tu.

Paling aku takut masa aku mandi tiba-tiba kepala aku jadi berat ke kanan. Aku angkat kepala aku tapi masih lagi menyenget ke kanan. Aku cuba lagi angkat tapi ia tetap ke kanan sehinggalah aku terbangun dari tidur.

Aku bangun-bangun dah pagi.

Aku tak tahu apa petanda mimpi. Adakah aku akan mendapat atuk baru atau isteri baru. Aku pun tak pasti. Macam ada petanda sahaja mimpi ni. Siapa-siapa boleh bantu aku?

17 comments:

+black.angelz+ said...

X blh blah ah firasat ko..hahaha

.rafiq. said...

angle ke black?: betul ke tak firasat ni?hehe

~ life Saya ~ said...

mak kate "kalau mimpi air 2 jernih, rezeki murah n yang baik2 jer..kalau sebaliknya, lu pk la sendiri rafiq.."

.rafiq. said...

rezeki mahal lah camtu?

Deqna A.J said...

klu kau mimpi nmpak sungai aku tahulaa.mknenye ade dugaan di sebalik gembiraaaaa kauuu.

Pak Chu Car (Apih) said...

petanda ke papan tanda

chokio_nia said...

siot..ape hal kepala aku senget ke kanan jugak ne??issshhhh

tande byk pahale kot..

~ life Saya ~ said...

mgkin rzeki nk akj lg kot..

.rafiq. said...

deqna: aku kena berhati-hati ni. tq.

pak chu: papan tanda ke muka kau.haha

chokio: ko pun dah jadi macam aku ke. ko mungkin kena penyakit kepala senget.haha

life: insyaAllah. doakan ek.

oranglidi said...

bek lu cakap tau-tau lu dah mandi dalam kolam air panas. sedap sikit.

.rafiq. said...

oranglidi: ye tak ye. kolam air panas wat masak telo pun sedap.

niEna hailani said...

bukan kalu mimpi air means petanda x baik???

.rafiq. said...

niena: tu lah. aku pun rasa macam tu.

A+z+i+E = AziE said...

mungkin dpt suami baru.. hoho. =P

.rafiq. said...

azie: haha muda lagi nak kawen2 nih.

oranglidi said...

tanak nasik juga sedap.

.rafiq. said...

tanak nasi sempat msk ke?