Wednesday, November 18, 2009

Kenapa saya suka berblog

Tadi aku baru sahaja membuat persembahan nasyid. Sebenarnya bukan aku lah tetapi kami sebenarnya. Ya kami baru sahaja membuat persembahan nasyid untuk Anugerah Ketua Jabatan Mekanikal (AKJ). AKJ itu berlangsung dekat Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (tempat aku belajar lah itu)

Kamu tak percaya ke aku pandai bernasyid? Aku pandai juga sebenarnya tapi aku hanya jadi suara latar sahaja lah. Suara aku tidak boleh boleh menjadi solo kerana nanti akan menjadi tak sedap persembahan kami. Aku ingat lagi kawan aku kata,

" KAU KALAU TARIK TINGGI SANGAT MESTI NANTI JADI SHREKK"

Aku pun pelik lah kenapa jadi shrek pula. Sedangkan aku tidak lah besar sangat dan muka aku bukan seperti harimau bintang. Rupa-rupanya shrek itu ialah bunyi tidak sedap yang keluar apabila menarik sesebuah lagu yang tinggi.

Jadi aku hanya jadi latar pun dah kira okay lah. Dapat juga bagi sumbangan dekat persembahan sikit-sikit.

Okay mana perginya mata(point) mengapa aku suka berblog?

Kamu carilah kalau kalau aku ada dalam ini.


Inilah sebabnya, bila aku taip sahaja mesti ada benda yang aku hendak cerita. Mula-mula fikir hendak cerita lain tapi bila dah taip jadi cerita lain. Menarik bukan berblog ini. Boleh mengarut mengarut walaupun orang akan menyampah dengan cerita kita kadang-kadang.

Sebab lainnya aku boleh cerita apa sahaja yang aku mahu. Dan yang lebih penting lagi aku tidak nampak reaksi muka orang yang membaca cerita aku. Kalau depan mata mesti dah boleh lempang aku dengan laju-laju sebab cerita entah apa-apa. Kalau belakang mata mestilah aku selamat bukan.

Aku berhasrat hendak meneruskan berblog sehingga aku dewasa kelak dan menjadi datuk. (datuk yang ada cucu). Nanti cucu aku boleh baca cerita aku dari kecil hingga tua dan terus cucu aku melempang datuknya sendiri. Tapi langkah yang pertama aku rasa patut buat ialah potong.

Potong jangan tak potong. Potong jangan tak potong.

Barulah boleh update hari-hari kan cu?

16 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

utk entry yg nih plak muhammad rafiq nampak warak habis. dua dr kiri bukan?

hmmm..masih jambu air. :P

P/s : cuba nyanyi lagu Rindu (Hijjaz) kejap.

.rafiq. said...

haha betul lah tu warak sangat lah kan. masih nasib baik sebab bukan jambu batu.hehe

aiseh. sy tk yakin nak kunci lirik ni.haha

imHepPie said...

owhh besh pe shrek dpt kawen ngan fiona..

aku lak akan berblog smpai tua n jadikan warisan turun temurun haha

chokio_nia said...

ko due dr kiri kan??yesss..btol lah tu..

oranglidi said...

nasyid rock kapak ade?

edda(",) said...

shreeekkk tu bukan katun yg warne ijau tu ke?? hahaha... b'blog la sampai tua....=)
aku baca nt.. haha

yoro okino said...

huhuuhu...
sampai ujung nyawa..huhu

♥chentaMAYA™ said...

salam kenal~
sy dlu ex psmza!
hee~

xsgke jmp gak dak psmza yg laen!
he~
;)

akula.bello said...

ohh tidakkk! m ko masuk nasyid ke rafiq?


UNBELIEVABLE!


hahaha

Anonymous said...

aku mmg rase cam nk lempang ko psl ko ske wat citer yg bg aku skt perot..haha
neway..truskan usaha(poyo)

psanan ikhlas dari MARUKU(huh!)

.rafiq. said...

imHeppie: haha kalau macam tu sape fiona? kalau siti jadi fiona mesti aku setuju punye.

chokio: ya2. kau memang mahir menembak.hehe

oranglidi: ish macam aku terasa je?haha

edda: tenkiu2 kerana memberi sokongan.hehe

yoro: ujung nafas pun aku tekan keyboard lagi.kahkahkah

chentaMAYA: slm knl juga. wah dah leh dating ni.hahaha

bello: hahah nape anda tak percaya. (n_n) muka baik.hehe

maruku: eh kau ni kona kan? haha mengomen kau ye. thnx bg galakan. bile nak buat blog?

mindbreaking said...

bagi ak blog ni way ak knal rmai org..kalu men facebook org sama je..suma kekawan kita..

hanilopiplopz said...

hahaha.. baik la atuk.. potong! potong! hahahaha

.rafiq. said...

mindbreaking: kau memg bijak. blog mungkin lebih skit dpd fb.hehe

hani: kau da potong belum?haha

lea said...

KAU KALAU TARIK TINGGI SANGAT MESTI NANTI JADI SHREKK"

haha...nak dgr..nak dgr...

tp betul la..aku pun suke blog
sebab kite boleh mengarut ikut suke kite kan...

.rafiq. said...

lea: nk denga sore sumbang ni?haha btul2. nanti kau pun akan kena lempang.hehe