Sunday, November 22, 2009

Entri hantu betul punya

Entri ini agak menyeramkan. Sesiapa yang mempunyai masalah lemah semangat atau sakit jantung sila jangan baca.

Sesiapa yang tinggi semangat boleh baca seorang diri. Hendak seram lagi boleh menutup langsir tingkap di sebelah anda.

Kejadian ini berlaku di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Pada suatu pagi, Amai (bukan nama sebenar) tiba-tiba berasa sakit perut. Dia terus berlari ke tandas untuk membuang air besar. Apabila Amai sampai di tandas dia melihat ketulan najis di dalam tandas tidak di cuci. Terus Amai pergi ke tandas lain dan melepaskan hajatnya.

Setelah sekian lama didapati tandas yang tidak dicuci itu dibiarkan kotor. Orang ramai tidak mempedulikan tandas itu kerana terlalu busuk. Tidak ada orang yang berani menggunakan tandas tersebut.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah musim peperiksaan. Amai yang ketika itu sedang mengulangkaji pelajaran tiba-tiba dia didatangkan seorang rakan, tumpuannya terganggu seketika,

" AMAI, KAU PERASAN TAK TANDAS BUSUK DEKAT BLOK KITA NI?"

" YE AKU PERASAN. KENAPA?"

" KAU TAHU SIAPA PUNYA KERJA?"

" TAK TAHU LAH. SIAPA EK?"

Amai tiba-tiba menjadi seram sejuk dengan soalan yang ditanyakan oleh rakannya itu. Dia mendengar sahaja dengan penuh tumpuan apa yang diperkatakan oleh rakannya.

" KALAU KAU NAK TAHU ITU KERJA AKU LAH. SATU MALAM TU AKU NAK BERAK. TAPI TENGAH-TENGAH BERAK AKU TENGOK ADA ORANG BERTENGGEK ATAS PALANG TEMPAT AKU BERAK TU. TERUS AKU LARI DENGAN TAK SEMPAT BASUH BERAK LAGI."

Amai yang mendengar percakapan rakannya terus terdiam. Dia menjadi takut dan pucat. Sejak kejadian itu Amai tidak lagi berani berak di tandas itu.

11 comments:

milimilo said...

haha..entri ni patut jd entri fatul suruh buat kelakar tu..apeke mamai sgt si amai tu..heeee c:

.rafiq. said...

eh milo. lame menyepi?hehe. takpe2. kptusan d tangan penganjur.huhu

hannamaruku said...

bongok ah. haha

suezensuzanna said...

wah....bertenggek??huhuhu

.rafiq. said...

hana: jage2.wahaha

suezen: anda diperhatikan.hahaha

I n n z said...

speechless :X

chokio_nia said...

hahaha..apsal aku gelak je bace??haha

Fatt Chin Choy said...

mcm bengong pun ada
hahaha

.rafiq. said...

innz: ade pglmn ke?hehe

chokio: sbb antu tu jht kot.haha

fatt: hhaha hantu skodeng.

Sizuka said...

haha.
motif??

pam rosak kut. hihi.
husnuzhon giler aku nih. ahax

Anonymous said...

Pe la nak takut sangat. Patutnya takut dengan tuhan. Sah-sahlah pam tandas tu rosak dan x de orang yang cuci tandas tu.