Sunday, November 29, 2009

Aku taknak jadi mat rempit

Baru ni member aku mat rempit balik kampung. Kampung dia dekat juga lah dengan rumah aku dekat Bentong tu. Aku dengar dia baru beli motor RXZ Catalyzer. Aku pun bangga lah sebab kawan aku dah maju sikit.

Tapi yang menyedihkan motor tu dah takde. Sebabnya kena samun. Aku jadi terkejut gila.

" APE CITE NI BAI?"

" AKU KENA SAMUN DO, 5 ORANG KEPUNG AKU. DIORANG PUKUL2 LEPAS TU BAWAK LARI MOTOR. ABES MOTOR AKU BARU SEMINGGU AKU PAKAI"

Mak oi sedih gila aku dengar. Aku pun tak sempat tengok motor dia bawa, tau2 dah kena samun. Kesian gila aku dekat member aku tu. Nasib baik lah dia tenang je aku tengok. Boleh gelak-gelak lagi walaupun aku rasa bahaya gila. Kau tahu badan member aku ni dah berlubang sebab kena skru driver masa berlawan ngan penyamun penyangak tu. Mana tak cuak nya aku tengok badan member aku pun dah berparut.

Bila aku dengar je pasal ni terus aku bengang gila dengan mat rempit. Kalau takde duit sangat pergilah kutip taik kucing dekat tepi jalan pastu jual dekat pasar malam. Itupun kalau laku lah. Tak pun pergi ambik upah panjat pokok kelapa pastu kelapa tu hentak kat kepala sendiri sampai mampos. Aman sikit dunia takde penyamun. Kesian dekat mangsa-mangsa samun. Penat lelah kerja bertahun-tahun nak beli motor, kereta, senang-senang je penyamun ni merembat.

Aku teringat masa aku interview dekat 7-eleven dulu. (ya aku penah interview sebab nak kerja part-time). Manager dia tanya,

" APA AWAK BUAT KALAU PEROMPAK DATANG MEROMPAK KAT SINI?"

(Aku punya keyakinan kurang sikit jadi cakap pun tak yakin)

" DISEBABKAN SAYA LEMBIK SAYA BAGI JE LAH APA YANG DIA MINTAK. PASTU CAM MUKA PEROMPAK TU. PASTU REPOT LAH POLIS"

" OOO OK2. TUNGGU PENGESAHAN NANTI YA. KALAU AWAK DAPAT PANGGILAN MAKNANYA AWAK AKAN DAPAT KERJA DISINI"

Sampai ke sudah aku tunggu tak dapat2 panggilan. Aku faham lah memang aku tak dapat kerja kat situ. Kalau sekarang ni ada orang tanya lagi macam tu mesti aku jawab macam ni,

" KALAU ADA PEROMPAK MULA2 KITA TANGKAP DIA, KITA IKAT DIA DEKAT POKOK, KITA PANGGIL SUME ORANG KAMPUNG KITA PUKUL DIA RAMAI2, LEPAS TU KITA BELASAH BELAKANG BADAN DIA SAMPAI BENGKOK, LEPAS TU KITA GANTUNG PULAK DIA DEKAT ATAS POKOK KITA LASTIK RAMAI2 DIA PUNYA TELUR SAMPAI PECAH, LEPAS TU BARU KITA HERET DIA KE BALAI POLIS."

Okay-okay kalau macam ni lah kamu rasa ada peluang tak aku nak dapat kerja dekat 7-eleven tu?

10 comments:

abe long said...

aku rase lg la ko xdpt keje..hahahha

.rafiq. said...

hahaha tkpe2 jdi pakgad ok?

cik EPAL said...

kalau tak nak jadi mat rempit..jadilah minah rempit ;)

mamma mia! said...

lastik telor smpi pecah. menarik!

.rafiq. said...

cik epal: minah rempit tkleh sbb aku tk tonggek.haha

mamma: tang mana menarik tu?hhaha

{lumut} said...

haha..ko kene buat muke tulus dan suci time inetrview la beb.hee

aku nak bg ko kiwi sekor neh.nak x?

nurain said...

hahaha..aku tambah satu agi, letak lebah+kerengga, perhatikan perompak tu, pastikan die betul2 terseksa, baru bagi pada polis.

haha

sekarang sume orang nak buat undang2 sendiri kan, sgt trend

chokio_nia said...

haha..kalo ko jawab cmtu, silap2.die plak panggil polis..suh tangkap ko..haha

.rafiq. said...

lumut: muke dah habis baik dah aku wat tp tk dpt jugak.huhuk. yes2 nak nak kiwi comelnye.haha

nurain: hehe ko pasti lebah tu tak gigit orang lain? baik bagi madu lebah sumbat dekat mate prompak tu. baru manis sikit penglihatan die.

chokio: haha aku tak besalah beb. Aku niat nak membantu.haha

nadia :) said...

patotnye alasan mcm tu la ko bg.
br nampak bersemangat.