Monday, November 23, 2009

Aku rasa kelakar

Kamu pernah menjadi seorang ketua kelas? Atau seorang ketua kumpulan? Atau jika tidak pun pun ketua permainan guli? Jika pernah pasti kamu pernah rasa bangga sedikit. Ia bukan bongkak atau angkuh tetapi cuma rasa bangga yang sepadan. Faham tak ni?

Okay dulu aku pernah jadi security guard bersama scout aku. Kerja kami mengawal orang keluar masuk ke dalam kem askar. Semasa itu kami masih lagi perajurit muda wataniah.

Sedang kami bertugas, datang seorang askar berpangkat sarjan melepak bersama kami. Dia memberitahu supaya jika ada pegawai lalu di hadapan pondok pengawal harus memberi tabik hormat. Muka dia sangat serius memberi arahan itu. Kami angguk tanda faham.

Tengah kami bersembang-sembang hal dunia, tiba-tiba pegawai askar lalu di hadapan kami. Pegawai itu ialah mejar yang mana beliau ialah ketua di kem.
Pegawai itu membawa kereta waja dan lalu di hadapan kami dengan laju sekali.
Aku menjadi terpinga-pinga kerana tidak sempat menabik hormat. Bila aku toleh ke arah sarjan. Aku lihat dia mahu menabik hormat ke arah mejar tetapi mejar tidak memandang.

Kamu tahu apa sarjan buat. Dia membuat gaya menyikat rambut untuk mengelakkan malu. Tahu tak menabik hormat tetapi menyikt rambut. Tahu tak ni? Aku hanya menahan gelak melihat perlakuan beliau.

Selepas sarjan itu pergi dari aku. Kami gelak dengan sepuas-puasnya. Memang kelakar gila lah aku tengok gaya dia cover line.

Hahaha. Aku sudah tidak tahan gelak. Aku dah boleh gelak sorang-sorang sekarang ini.

Okay-okay sudah. Aku tahu cerita tak lawak. Aku nk cerita dekat nenek aku lah macam ni. Mesti die ketawa.

12 comments:

green said...

hehe..boleh imagine die cover line..:P

nurain said...

hehe..

walau tak gelak guling2..p bolehla~


besnye de nenek ag~

hanilopiplopz said...

haha.. x pe la weyh.. aku gelak dpn pc sengsorang da nih.. bagus kau cover line nk g cite kt nenek kau eyh.. haha

suezensuzanna said...

hehehehe....aku kalo gelak..dh x leh nk tahan2 dh..mmg akan gelak giler2 time tuh gak..bahaya kan.. n susah nk stop gelak..hohoho

I n n z said...

[ Aku nk cerita dekat nenek aku lah macam ni. Mesti die ketawa. ]

part neyh wat aku gelak
:D

Cik Dila said...

lawak la...aku pun tumpang gelak sekaki

.rafiq. said...

green: haha mesti kelaka kan?

nurain: fuh nasib baik.hehe. syukur sbb ade nenek yg cun.haha

hani: haha mari bersuka ria.

sue: ish2. jangan gelak sgt. nanti ilang ilmu.hehe

innz: haha part last je?

cik dila: yes. tenkiu2.hehe

vidadarisakura said...

ini cerita sedih la weh.bukan cerita kelakar.

HaNiM PoSh said...

lagi bagus kalo dia pegang cermin time tu..lg real nmpk dia cover line mcm nk sikat rambut..haha

p/s:sajen tu ada misai lentik ker??

.rafiq. said...

vida: aku pun sedih sbb bkn lawak.haha

hanim: haha nampak sangat dah malu tu. sajan mesti ah ade misai weh.haha

chokio_nia said...

haha..apsal ne tak kasi masok fatul nye contest??hahaha

.rafiq. said...

chokio: aku dah hantar yang lain.huhuk