Thursday, October 22, 2009

Raksasa berkepala dua belas punye cerita

Beberapa tahun yang lalu. Aku dan rakanku telah pergi menyelesaikan satu misi menyelamat yang mana satu mesin telah tersedak.

Kami pergi lebih kurang pukul 12 malam begitu kerana tiada orang lain lagi yang boleh menyelamatkan mesin tersebut melainkan hanya kami sahaja.

Dengan berbekalkan sebuah tong yang besar 27 liter, kami semua bertolak dengan penuh semangat wajar kerana kami semua sangat menyayangi alam sekitar terutama mesin tersebut.

Walaupun hati kami semua takut bagaikan ular melilit kaki di waktu berselimut, kami semua tetap dengan keteguhan dan pendirian kami bergerak pergi untuk menyelamatkan mesin tersebut.

Akhirny tempat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami terus menyumbat tong sebesar 27liter kedalam mulut mesin tersebut. Kami memasukkan ketulan-ketulan syiling kedalam tengkuk mesin tersebut. Terus syiling itu termuntahkan air dan kami terus menahan air tersebut menggunakan tong yang kami sediakan.

Akhirnya misi menyelamat tamat!

Misi menyelamat terbesar sepanjang tahun.


p/s: cerita ini menggambarkan aku sudah bertambah tenang selepas berasa sibuk selama beberapa hari pada minggu ini.

p/s2: cuti hujung minggu bermula pada hari ini mungkin digunakan sebaik mungkin untuk mencari pengalaman atau menambah pengalaman.

" JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN"

Sempat laaagi.

9 comments:

MuhD NoR AzyM said...

Apa motif ni?

Hoho.

Razman said...

Apa motif ni?

ulang soalan sama...

chokio_nia said...

tu tong air wat minum ke wat mandi??

.rafiq. said...

azym: takde motif. muahaha

razman: takde motif. ulang lagi. muahaha.

chokio: buat air basuh tangan.haha

Adjla Hafizin said...

ko bkn nk slamatkn mesin,
tp ko nk slamatkn tekak ko drpd kehausan..haha.

tu mesin air..
mmg la die muntahkn air,
xkn muntah pasir lak.
huuhu.

:: Cikgu Wiween :: said...

mau pigi jalan2 carik makan ka sempena cuti hujung minggu? :P

misz benida said...

aku pon nk ulang blik siklan adjla..haha
de msin mntah air brperisa mcm2 tau..tpi skali die mntah,mmg gedegang la bnyi die..
ko tau x tu msin pe??

oranglidi said...

menyelamat ke menyelinap asrama wanita? cis.

.rafiq. said...

adjla: aku nak selamtkan sume penduduk bumi drpd kehausan.haha

wiween: jum2 pegi bersiar2.hehe

misz benida: penduduk bumni nak slmtkan aku. tuka jawapn sikit.haha

oranglidi: cis. tak main lah menyelinap. wa bagi salam dulu bai.haha