Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan oleh nenek moyang kita semua seperti batu seremban, congkak, galah panjang, gasing, takraw dan sebagainya. Memang benar kita bukan nenek atau moyang yang sama. Walaupun kita tidak pernah kenal tetapi pasti lama-kelamaan kita juga akan ada kaitan seperti moyang sama, bapa moyang sama, atuk moyang yang sama atau moyang moyang yang sama. (seperti sudah lari dari maksud permainan tradisional sebenar)

Waktu kecil-kecil dahulu aku memang selalu bermain bermacam-macam jenis permainan tradisional. Boleh dikatakan aku juga sebagai pembawa sesuatu permainan itu. Sebagai contoh aku bermula dengan bermain gasing berseorangan. Lama-kelamaan pasti ramai yang akan bermain gasing sehingga jiran-jiran pasti tergoda dengan permainan gasing. Selalunya senior-senior yang berusia tua daripada aku pasti turut sama bermain gasing. Kadang-kala ada atuk-atuk yang sedang sakit terbaring juga terpikat dan terus membeli gasing.(okay okay tipu sangat)

Seingat aku permainan yang paling aku gemari ialah batu seremban. Eh tiada lah! Sebenarnya aku suka permainan penutup botol (ceper). Tetapi mungkin ramai yang tidak kenal dengan permainan ini, kamu kenal? Jadi aku memanggil permainan penutup botol sebagai batu seremban kerana cara permainannya agak sama kerana perlu timbang menggunakan tangan. Caranya ialah letak batu/penutup botol di tapak tangan kemudian lambungkan ia dan pusingkan sehingga batu/penutup berada atas belakang tangan dan kemudian lambungkan ia lagi dan terus menangkap batu/penutup botol seperti harimau menerkam rusa. Jadi hasil yang diperoleh adalah berdasarkan berapa banyak yang digenggam dalam tangan.

Nampaknya aku terlalu seronok (excited) dengan permainan tradisional sehingga penerangan aku agak terperinci (detail) bukan. Sehingga sekarang aku masih teringin mahu bermain penutup botol (ceper), galah panjang, dan batu seremban. Tetapi aku rasa dalam usia 20 tahun ini permainan yang aku layak bermain hanyalah sepak takraw. Congkak tidak lagi sesuai kerana permainan tersebut kini sudah berhantu.

Ingin tahu lebih lanjut tentang permainan tradisional? Buka sahaja ini atau ini dan juga ini

hehehe.

15 Comments

komen sikit?

suezen said…
i like the baling sliper tuh...hehehe
ikhwanmuda said…
Salam ziarah. nice blog. jom meramaikan rakan2 blog. memang asal bentong ke? aku kat temerloh:)
suezen: mesti kau budak nakal bukan?haha

ikhwan: thnx ziarah. ya koi memg ank jati bentong.hehe. kita ni rodhong2 gak.
lumut said…
aku bukan nak ckp ape.
tp nak ajak kamu lawan ceper ngan aku.mau?hehe..

"dalam inbox ade airmata"

wah~
setakat ceper sebelah mate aku leh kalahkan kau.heheh.

eh air mata pun kau menangis?pelik2.
Anem Arnamee said…
Salam.

walau anem asai kampung,
tapi la ni, asik kalah main
ceper dengan dak2 bando.
malu, malu, malu.;p
DaliaLiyana said…
kak dalia suka main baling sliper...
kalau kite bengang kat org tu, time nak matikan dia ,,,baling sliper kuat2...hehhee...
Unknown said…
Salam...bagus lah awk ada fikir untuk agama,,,kita sama2 doa pada Allah supaya Allah terus istiqomah kita dalam agama yang mubarak ini!!!amin...
chokio_nia said…
teringat maen pondok2 ngan kawan..die jadi ayah aku jadi anak...heh..eh2..nak men galah panjang ajak aku weh..
imHepPie said…
kalo men farmville kira permainan tradisional x..ala bertani tu tradisional la kan kan
arnamee: wslm. mungkin kau kena banyakkan praktis bersama nenek di kampung.

dalia: akak memang ganas!heheh

anak pendang: wslm. amiinn. insyaAllah.

chokio: die tu sape? pakwe ko eh. orait nak main galah panjang ke?

imHeppie: ok2 tradisional jugak. haha sengaja nak cover sebab main farmville jugak.
Unknown said…
saya suka main takraw...sebab tu saya macho..TERIMA KASIH.. ;)
en_me said…
nostalgia tewww bro.. ehehe
Anonymous said…
Attrаctive sectiοn of content. I just stumbled
upοn your web sіte and in асcessіοn cаpital to asseгt that I get actually enjoyed acсount your blοg
рostѕ. Anу wаy І'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.

Here is my web site: fast easy cash loans
Anonymous said…
Currently it lооkѕ like Eхρreѕsion Engіne
is the best blogging platfοrm out there
right now. (from what I've read) Is that what you are using on your blog?

Also visit my blog post; get a loan fast
Previous Post Next Post