Tuesday, October 6, 2009

kehabisan wang mungkin bermula

Riwayat komputer bimbit aku mungkin tidak lama aku rasa. Skrin pada komputer bimbit ini sudah terdapat garis-garis pemisah yang memisahkan di antara satu sama lain. Kadang-kadang skrin di sesetengah tempat tertumpu akan memutih dan lama-kelamaan menjadi semakin besar putih hingga memutihkan keseluruhan skrin.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh aku, harga membaiki bagi skrin komputer bimbit mungkin mengambil wang hampir 1k. (okay kenapa sudah terikut-ikut dengan poker ni) Baiklah 1k = 1000. Jadi kalau 10k = 10000 dan 100k = 100000. Oh aku sangat tidak berduit.

Ada saranan mengatakan,

"WEH BAIK KAU CAMPAK JE LAPTOP KAU KE LAUT CHINA SELATAN"

atau,

" DARIPADA KAU REPAIR BAIK KAU BELI BARU JE WEH"

dan

" JANGAN LUPA DATANG AWAL KELAS"

Okay contoh terakhir itu ialah saranan dari aku kepada aku. Aku teringat sebab aku sempat lagi menulis sebelum ke kelas pukul 8. Baik lah. Berkenaan komputer bimbit ialah aku terpaksa pakai komputer bimbit sampailah ianya tak boleh dipakai lagi. Aku masih sayang kau wahai laptop.

12 comments:

BULLET said...

selagi boleh pakai kite pakai je ape yang ade. jangan bazir...

imHepPie said...

pinjam ke kt kwn ko smpai ko da kaya..

suezensuzanna said...

bli br je..kalo repair2 kang...nnt dia rosak lagi..

oranglidi said...

bakar je laptop tu. pastu mintak pampasan dengan kerajaan. hehe.

.nurfazlen. said...

aku kecik?ko besa la cmtuh ea.haha

chipsmore said...

ok..mari pergi laut china selatan sekaranggggg..ahaha :D

niEna hailani said...

ko jahanamkn je...
nnt ckp da rosak terus
mne tau dpt gantian

.rafiq. said...

bullet: memang nak pakai lagi. sampai rosak pun pakai lagi buat2 macam tak rosak.haha

imHeppie: aku tak nak kaya. boleh?

suezensuzanna: beli baru macam lagi mahal gila babai. takde duit.

oranglidi: try bakar dulu. kita mintak sama2 ok?

nurfazlen: eh c kecik. aku besa dan gagah.hahaha

chipsmore: nak buat ape? bercarekarama di bawah bulan purnama?haha

niena: sape nak ganti laptop yang dah takde warranty ni? nangis weh camtu.

oranglidi said...

wa dah bakar dah. lu macamne?

.rafiq. said...

cis banyak duit lu. kasi wa seposeng?

misz benida said...

aku pling xske kalo brg electronic rsak..blh wak kta bnkrup.

weh,skrin lptup adjla pon dok disko2 gak dulu..tpi die onn je post blo..hehe

.rafiq. said...

aku pun nampaknya senasib. tunggu masa nak bangkrup je ni.ahah